⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚
"Kau dah gila ke, Syed Emir?"
Elhana berusaha menahan amarahnya. Pagi-pagi buta dia dah terpacak dalam pejabat sepupunya itu. Semalam, ia sengaja menghubungi Nadra untuk mengajaknya keluar, namun belum sempat dia berkata, suara tangisan Nadra yang ia dapatkan. Maka, dia terus memaksa Nadra menceritakan segalanya.
Emir yang baru tiba di pejabatnya itu hanya menghiraukan sepupunya itu. Ia menggulung lengan bajunya dan bersedia untuk duduk.
"Eh, kau dengar tak aku cakap ni, Emir?'
"Kau nak apa El? Nak marah-marah macam ni jeke?"balas Emir datar.
Panas hati Elhana mendengarnya. Ini kalau bukan dekat pejabat, memang Elhana dah bagi pukulan terhadap sepupunya itu.
"Kau tanya aku nak apa? Kau gila ke? Kau suruh isteri kau gugurkan anak? Kau ni tak ada iman ke hah?!"marah Elhana bertubi-tubi. Emosinya membuak-buak melihat sepupunya seperti tak mahu mengambil tahu yang dia katakan.
"Tu salah dia. Awal-awal aku dah remind aku taknak anak. Siapa suruh dia lawan apa aku suruh,"jawab Emir sambil membaca dokumen dihadapannya.
Prak!
Elhana memukul meja lelaki itu. "Syed Emir Syed Farhan! Kau ni, aku nak kata tak belajar agama, arwah Pak Long dengan arwah atuk dah bagi kau didikan agama yang cukup. Nak kata bodoh, belajar sampai pergi US sana, masa KAFA dulu kau panjat pagar ke hah?! Kau ingat gugur anak tu benda kecil ke?! Kau nak tambah dosa, tak cukup dosa kecil yang ada, kau nak tambah dosa besar pulak?!"
Emir menghentikan tangannya daripada terus menyelak ke halaman seterusnya.
"Kau masa buat anak, taknak pakai protection, masa bini kau dah mengandung, sedap-sedap kau je nak suruh gugur! Kau ingat gugur anak tu macam kau buang sampah ke? Buang terus settle? Yang tanggung sakit tu, bini kau. Kau? Tak rasa sakit dia,"
Membara hati Elhana dibuatnya. "Kau jangan nak jadi dayus, nak rosakkan badan bini kau. Lain kali, dah tahu diri tu nafsu kuda, guna protection. Harap duit je berjuta dalam bank, tapi tak pandai nak fikir panjang,"
Tangan Emir dikepal. Silap besar dia cari nahas dengan Elhana. Sekali membebel, memang sampai Zohor dia takkan berhenti.
"Habistu, kau nak aku buat apa?"
"Kau tanya aku? Oh my god, Emir! Pergilah minta maaf! Tu anak kau kot, jangan nak jadi lelaki dayus sangat eh,"herdik Elhana.
"El,"
Elhana membesarkan matanya seakan memberi amaran.
"Aku taknak dengar. Kau pergi minta maaf. Kalau aku tahu kau cuba-cuba nak gugurkan anak tu, aku sunat kau sekali lagi,"
YOU ARE READING
INVISIBLE STRING
Любовные романыSyed Emir | Nadra Amelia Syed Emir mempunyai satu tujuan. Iaitu membalas dendamnya kepada keluarga Tuan Bakri. Untuk merealisasikan rancangannya, maka Nadra Amelia sebagai jambatan menjayakan rancangannya. Iaitu dengan cara menikahi gadis itu. Namun...