Chapter 5

44 6 4
                                    

Jeno masuk semula ke dalam kereta itu dalam keadaan masih tercengang. Dia langsung tidak dapat membuka mulutnya sejak tadi. Di satu sisi dia ingin segera memeluk Haechan. Tapi di satu sisi yang lain dia masih tidak pasti sama ada ini adalah satu keajaiban atau tidak. Sejujurnya, dia masih tidak tahu kenapa dia harus menjadi teruja untuk mencari lelaki yang hanya dikenalinya beberapa jam dulu.

"Dia tampan kan?"

Jeno menoleh memandang Renjun yang hanya memandang bangunan yang kelihatan usang itu. Buat seketika, dia hampir lupa bahawa mereka masih berada di perkarangan rumah Haechan.

"Ex saya tu..." Renjun memandang Jeno. "Dia tampan kan?"

Jeno menarik nafas panjang. Dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Memikirkan banyak perkara yang mungkin berbeza di masa lalu jika dia membuat pilihan yang berbeza. Bagaimanapun dia mengangguk sebagai balasan kepada pertanyaan Renjun. "Ya. Dia tampan."

Renjun tersenyum kemudian memuncungkan bibirnya dan menyandarkan kepalanya di cermin kereta. "Ah... Sebenarnya antara semua bekas kekasih saya dia yang paling tampan. Dan sekarang kami dah putus."

Jeno mengerutkan dahinya sedikit. "Sebenarnya apa sebab kamu putus?"

Renjun bergerak sedikit kemudian bersandar. Dia berfikir seketika. "Dia... Tak ada effort?"

Jeno semakin berkerut. Jelas memerlukan penerangan lebih lanjut mengenai jawapan yang diberikan.

Renjun menarik nafas panjang kemudian mencari jawapan yang lebih tepat. "Sejujurnya... Saya nakkan pasangan yang hidup stabil. Yang boleh menjamin masa depan. Dan dia... Awak nampak kan hidupnya."

Jeno mengangguk. "Dia tak stabil dari segi ekonomi dan kewangan?"

Renjun berdiam diri lagi. "Mungkin saya terlalu berfikir ke depan kot? Awak rasa saya yang salah ke?"

Jeno mengecilkan matanya. "Macam mana saya nak judge kalau saya tak tahu cerita penuh?"

Renjun berdiam diri lagi. "Saya bincang masa depan dengan dia. Apa yang saya nak, mana rumah kami tinggal, apa aktiviti kami... Tapi dia selalu buat tak peduli. Dia cakap semua tu masih jauh untuk difikirkan."

Jeno hanya mendengar tidak memberi sebarang balasan.

"Dulu masa kami mula-mula bercinta..." Renjun menyambung tanpa memandang wajah Jeno. Enjin kereta sudah dihidupkan bagi memudahkan mereka untuk mendapat udara. "Dia ada kerja. Tapi berhenti selepas seminggu. Dan lepas tu lagi... dia ada kerja lain. Tapi tak lama. Lepas tu berhenti." Renjun memandang Jeno. "Awak tahu tak dia ada lima kerja berbeza sepanjang kami bercinta selama sepuluh bulan ni."

"Langsung tak ada yang tetap?" tanya Jeno.

Renjun mendengus lagi. "Dia sebenarnya budak pandai. Dia ada degree macam kita. Tapi di bidang yang berbeza. Cita-citanya nak jadi seorang jurnalis."

Jeno terdiam. Dia masih ingat lagi pertemuannya dengan Haechan. Lelaki itu adalah seorang jurnalis bebas.

"Tapi dia tak ada usaha langsung." Ujar Renjun. "Saya bukan tak sokong dia. Tapi dia tak tunjukkan apa-apa kemajuan nak jadi jurnalis. Dia asyik hantar artikel. Bila kena tolak, dia terus tak nak sambung apa-apa." Lelaki kecil molek itu memandang Jeno lagi. "Awak tengok lah dia tadi. Macam tu lah hidupnya hari-hari."

"Awak ada bincang dengan dia tak?" tanya Jeno lagi.

Renjun mengangguk. "Setiap hari saya cakap kat dia. Tapi setiap kali tu juga dia tak suruh saya risau pasal masa depan."

"Nanti..." Jeno berkerut. "Pasal ni ke kamu putus?"

Renjun mendengus lagi kemudian mengangguk. "Mula-mula saya ugut tinggalkan dia... Dia masih cuba kejar saya. Masakkan saya makanan yang saya suka dan sebagainya. Tapi..."

"Tapi...?" Jeno mengangkat keningnya.

"Suatu hari saya terlepas cakap." Renjun memejamkan matanya seketika. "Saya... Terhina dia."

Jeno berkerut bagaimanapun tidak bersuara.

"Saya cakap saya tak nak masa depan dengan orang macam dia." Ujar Renjun perlahan. "Saya tak nak jadi orang yang akan menyara hidupnya nanti. Cita-citanya tak berguna untuk saya."

Jeno mengelipkan matanya kemudian mendengus.

"Lepas tu dia berhenti kejar saya." Renjun mengangkat bahunya. "Dia putus asa dan... Kami putus lah. Dan dia langsung tak ada effort nak kami kembali bersama."

Jeno bersandar di kerusinya sambil berfikir. "Awak cintakan dia tak?"

Renjun mengangkat keningnya. "Hah?"

"Awak mencintai dia tak?" Jeno mengulangi soalannya. "Cinta dan suka berbeza. Jadi... Awak cintakan dia atau tak?"

Renjun tidak segera menjawab. Dia berfikir seketika. Cuba menyelami hati budinya sendiri.

"Hubungan kamu terlalu raw untuk kamu fikir masa depan." Komen Jeno. "Mungkin awak jenis orang yang serius dan berfikir panjang. Tapi dia lebih kepada orang yang memerlukan masa untuk fikirkan semua ni."

Renjun hanya memandang Jeno.

"Saya yakin dia tak ada kesalahan lain yang teruk daripada ni kan?" teka Jeno dengan kening terangkat.

Renjun mengangguk.

"See?" Jeno menarik nafas panjang. "Awak tak beri dia masa. Awak belum jatuh cinta dengan dia tapi awak dah fikir jauh."

"Cinta boleh dipupuk."

"Begitu juga dengan duit." Selamba Jeno mematahkan apa yang Renjun ingin hujahkan. "Dia boleh berusaha."

Renjun mendengus lagi. "Tak ada guna kita nak berdebat. Dia tak akan nak kembali dengan saya."

Jeno memandang lelaki itu. "Awak nak balik dengan dia ke?"

Renjun menarik nafas panjang sambil berfikir. "Entahlah. Saya dah sedia nak move on. Saya dah pasrah."

Entah kenapa, jawapan itu membuatkan Jeno gembira. Dia masih tidak tahu apa peranan Haechan yang dia inginkan dalam hidupnya. Akan tetapi, sekurang-kurangnya dia tidak perlu risau dengan benda lain. Dia tidak tahu keputusan kecil itu boleh membawa perubahan yang sangat besar.

"Dah lah. Jom kita pulang."

Jeno hanya memandang apartment tua itu sekali imbas ketika kereta itu dipandu pergi. Memikirkan apa alasan yang akan dia perlukan untuk bertemu lelaki itu. Dan dia hanya mampu berserah pada takdirnya.






To be continue...

Sorry alls. Aku hampir lupa nak publish. Aku mati2 ingat dah publish. Anyway, enjoy. Jangan lupa vote & comment.

xoxo, M

Rewrite Our Stars [NoHyuck] [BL]Where stories live. Discover now