Bab 27

422 36 2
                                    

SUDAH dua bulan Anggun dan Emir meluangkan masa bersama maka cara Anggun mempermainkan Emir juga sudah bertambah tahapnya. Kini, Emir tanpa segan silu meluahkan serta menunjukkan rasa kasihnya pada Anggun meskipun dia sedar akan hakikatnya yang Anggun Alessa ini merupakan isteri kepada Tan Sri Iskandar Raid.

Dia memang sudah mabuk kepayang akan Anggun yang semakin hari semakin pandai berpura-pura menunjukkan rasa prihatin dan simpati kepadanya.

Mereka sedang menghabiskan masa bersama di sebuah tempat perjumpaan rahsia agar tiada siapa yang tahu mengenai hubungan skandal yang mereka lakukan kini. Tempat itu adalah di sebuah universiti swasta yang separuh sahamnya dimiliki oleh Anggun dan Raid.

Mengapa memilih universiti? Kerana pelbagai alasan yang boleh dicipta tatkala ada sesiapa yang bertanya. Yalah, universiti kan tempat moden yang ada segalanya. Anggun boleh datang ke universiti itu pada bila-bila masa kerana dia juga salah seorang pemilik universiti manakala Raid boleh datang ke universiti yang sama dengan alasan, sering menghabiskan masa untuk mencari idea perniagaan melalui buku-buku tentang perniagaan kerana universiti tersebut adalah sebuah universiti yang fokus pada bidang perniagaan dan dunia koperat.

Anggun sengaja memilih tempat itu kerana dia bersetuju untuk membiarkan suaminya tahu semua gerak-geri dan atur caranya dalam permainan dendam ini. Pada dasarnya, memanglah hubungan skandal mereka ini kelihatan sangat selamat tanpa pengetahuan sesiapa namun hakikatnya Raid sentiasa tahu kerana dia tidak mahu isterinya terjerat di dalam permainan sendiri.

Lagi pula, seorang Tan Sri Iskandar Raid bukan senang untuk diperdaya. Dia sentiasa ambil tahu segala tindakan Anggun Alessa malah Anggun turut tahu bahawa bukan mudah untuk melepaskan diri daripada Raid. Perjanjian yang mereka buat sebelum kahwin dahulu adalah perjanjian sampai mati.

Tiada jalan keluar dari hidup Raid buat Anggun.

"Anggun, saya rasa dah sampai masanya kita jujur dengan perasaan masing-masing," ujar Emir.

Anggun bingung.

"Hah? I tak faham. Maksudnya apa ni?" soalnya.

"Kita... ok, sekarang ni, kita ni apa? Dah dua bulan kita macam ni. Hari-hari keluar jumpa, setiap malam texting sampai pagi. Hubungan kita ni apa? Kalau sekadar kawan biasa, tak mungkinlah kita akan keluar dan texting selalu kan? Saya yakin kita ada rasa perasaan yang sama."

Anggun jeda namun dia memahami maksud Emir.

"Emir, you tahu I ni isteri orang? Kalau ya pun I ada perasaan yang sama macam you tentang hubungan kita ni... ianya takkan boleh ubah apa-apa. I tetap isteri kepada Raid."

Emir mengeluh. Dia memegang tangan Anggun.

"But I really love you, Anggun. Saya tahu hubungan kita ni salah sebab status diri masing-masing tapi perasaan yang kita ada ni genuine dan saya tak nak hilang awak dalam hidup saya."

Anggun memandang Emir.

"Masalahnya sekarang ni, I tak boleh tinggalkan Raid, Emir! Ya, I mengaku I sayang you... I sayang you sangat-sangat tapi I tak boleh tinggalkan Raid. Raid dah banyak berkorban untuk I dan I tak boleh tinggalkan dia macam tu saja."

"Alaa... apalah sangat orang tua tu boleh buat pada awak? Ok, dia memang kaya tapi walaupun dia kaya, dia tetap tak boleh buat awak bahagia kan? Anggun, awak dengan dia jauh sangat beza. Macam langit dan bumi."

"Walaupun bagai langit dan bumi... dia yang sediakan I segalanya. Emir, cinta saja tak boleh buat perut kita kenyang. Ok, it may sounds selfish and materialistic but I do not want to downgrade my life just for the sake of love. Dunia sekarang tak berputar dengan cara macam tu lagi."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now