"Qaisara." Panggil Zyan Rafael setelah turun ketingkat bawah.
"Ya Tuan."Balas Alya yang sedang menyapu di ruang tamu.
"Teman aku makan."Ucap Zyan Rafael seiring dengan tangan kasarnya menarik tangan kecil isterinya di bawa keruang dapur.
Sampai di ruang dapur,Alya terus mengambil pinggan dan mengisi nasi goreng ke dalam pinggan lalu di hulur pada suaminya.
"Kenapa tak makan?" Soal Zyan Rafael setelah melihat isterinya yang hanya duduk di kerusi.
"Tuan makanlah,saya takde selera."
"Macam mana kau nak sihat kalau tak makan.Ubat kau makan pulak."
"Takpe tuan.Nanti saya lapar saya makan."
"No!makan dengan aku sekarang.Dari malam tadi kau tak makan.Kau nak sakit jee ke.Tengok muka kau tu pucat kalah hantu."
"Saya taknak makan lagi tuan.Saya tak lap...."
Belum sempat Alya menghabiskan kata.Tubuhnya di tarik kuat oleh suaminya.
"Bisinglah mulut kau ni.Tak padan dengan kecil." Ucap Zyan Rafael setelah isterinya selamat duduk di atas ribanya.
Alya berusaha untuk turun.Tetapi pegangan suaminya sangat kuat.
"Tuan.Turunkan saya.Saya nak sambung buat kerja."
"Kerja tu bila-bila pun boleh buat.Sekarang kita makan dulu." Balas Zyan Rafael selamba.
Sebelah tangan memeluk pinggang isterinya, sebelah lagi memegang sudu."Tuan.Saya makan.Tapi turunkan saya."
"Dah terlambat.Takpayah turun.Kita kongsi jee.Buka mulut." Balas Zyan Rafael sambil menyua sudu yang berisi nasi ke mulut isterinya.
Alya menggeleng tanda tidak mahu.
"Nak aku marah ke?"
Alya menggeleng lagi.Kali ini dia menunduk.Takut melihat wajah suaminya.
"Dah tu.Aku dah suruh makan.Makanlah,bukan susah pun." Ujar Zyan Rafael lagi dengan sudu yang masih di sua ke mulut isterinya.
Alya yang mendengar itu terus memasukkan nasi yang berada di sudu itu kedalam mulutnya.
Zyan Rafael simpan senyum melihat wajah takut isterinya.
"Kau suap aku pulak." Arah Zyan Rafael.
Alya mahu tidak mahu terpaksa mengikuti arahan suaminya.
"Tangan kau kecil sangatlah.Kau kurus kering."Kutuk Zyan Rafael selamba sambil menarik tangan kiri isterinya.Alya hanya diam sambil terus menyuap suaminya.
"Tuan.Nak tambah lagi?" Soal Alya setelah pinggan suaminya sudah licin.
"Nak.Tapi kau suap jugak."
Alya mengangguk sahaja.Bantah pun tiada guna.Nanti bapak singa keluar.
"Tuan tak kerja ke hari ni?" Soal Alya setelah perasan baju suaminya bukan baju kerja.Tetapi baju T shit kosong serta seluar pendek paras lutut.
"Tak.Malas."
Alya diam.
"Kau nampak lain hari ni." Ucap Zyan Rafael apabila melihat baju yang tersarung di tubuh isterinya.
"Saya pakai baju yang tuan beli jee."
"Aku marah baru kau nak guna kan."
"Saya minta maaf buat tuan marah."
"Takpe tapi kau belum jawab lagi soalan aku kan?"
"Soalan mana tuan.?"
"Kau suka aku kan?"
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romansa🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...