7

48 10 2
                                    

"Sedap?"

Aisyah mengangguk ya. Masuk sahaja ke kafe tadi, perut Aisyah sudah berkeroncong minta diisi. Langkah kaki kedua-duanya menuju ke meja kosong, sebelum menilik satu persatu item menu yang ada.

"Kau punya tu sedap tak?" Tanya Aisyah.

Nasi Lemak Ayam Penyet menjadi pilihan Irdina manakala Aisyah memesan Nasi Kerabu Ayam Percik. Kedua-dua mereka memesan Teh O Ais Limau, kesukaan masing-masing sejak sekolah menengah lagi.

Irdina mengangguk sambil tersenyum manis. Mulut penuh dengan ayam yang masih belum dikunyah. Sudah seperti hamster menyimpan makanan di pipi lagaknya.

"Kau ni dah macam tupai. Cuba kunyah dulu makanan dalam mulut tu, nanti tercekik susah," ujar Aisyah. Tisu diberikan kepada Irdina.

Laju rakannya itu mengambil tisu dan mengelap mulut. Perutnya yang lapar, memaksa diri untuk memasukkan semua makanan yang ada. Teh O Ais Limau disedut perlahan.

"Sorry la, babe. Aku ni dari semalam menahan perut dari kelaparan. Nasib tak mati kebulur je," kata Irdina.

"Lah, kenapa pula? Kau kerja overtime ke semalam?" Tanya Aisyah.

"Tak lah. Semalam aku off day. So, aku pergi lah clubbing dengan kawan-kawan aku. Ada pula Dato' ni yang paksa-paksa aku lepak dengan dia," jawab Irdina.

"Kau tolak ajakan dia?"

"Heh, memang tak lah aku nak tolak. Dia bayar mahal we. Longlai kaki aku dibuatnya. Aku ingatkan, dah tua-tua ni lemah lah kan. Rupanya-rupanya, padu, babe," cerita Irdina selamba.

"Ouh," balas Aisyah sepatah.

"Tapi tu lah, aku lupa nak beli burger masa on the way balik dari rumah. Jadi, aku tidur je terus sebab penat. Bangun pagi tadi ada lah aku breakfast kek batik yang aku beli dua hari lepas," tambah Irdina.

"I see," balas Aisyah.

Bunyi deringan dari telefon milik Aisyah dijawab laju. Panggilan daripada ibu dimulakan dengan ucapan salam sambil dia meminta diri untuk keluar dari kafe.

"Ye, bu?" Tanya Aisyah.

"Aisyah balik pukul berapa?" Tanya Asma.

"Lepas makan-makan, Aisyah balik lah, bu. Rasanya tak ada nak pergi mana-mana dah. Lagipun dekat sini macam nak hujan je," jawab Aisyah.

"Dekat sini dah hujan. Kalau boleh, Aisyah balik cepat sikit tau? Ibu rasa tak sedap hati lah," ujar Asma.

"Okay, bu. Lepas Aisyah on the way balik, Aisyah belikan bihun sup yang ibu nak," balas Aisyah.

"Okay, Syah. Balik elok-elok nanti. Assalamualaikum," kata Asma.

"Waalaikumussalam," balas Aisyah sebelum mematikan panggilan.

Sebaik sahaja dia kembali melangkah masuk ke dalam kafe, kelihatan Irdina sudah menghabiskan makanannya. Jam tangan dipandang sekilas, menunjukkan sudah masuk jam 6.30 petang.

"Kau ada nak pergi mana-mana lagi ke lepas ni?" Tanya Aisyah.

"Tak ada rasanya. Kenapa? Nak lepak lagi ke?" Ujar Irdina.

Bab lepak-melepak ni, jadi nombor satu. Lagi lama dia melepak, lagi lama dia boleh enjoy. Tak payah pergi kerja pun tak apa. Nanti malam, kalau bosan, boleh pergi club dan terus bertukar menjadi kucing gatal yang berbayar.

"Ibu pesan suruh belikan makanan," jawab Aisyah sambil menghirup air miliknya.

"Umm, okay lah kalau macam tu. Lepas kau habis makan, kita balik lah. But, singgah Guardian dulu. Aku nak beli Aloe Vera Gel," balas Irdina.

Aisyah mengangguk setuju. Baki nasi yang ada, dia habiskan dengan perlahan-lahan. Maklum lah, dia bukan Irdina yang suka sumbat makanan dalam mulut.

"Babe, kau habiskan lah makanan tu dulu. Aku nak pergi toilet kejap," kata Irdina. Beg bimbit diambil sebelum dia bangun dari duduknya.

"Okay," balas Aisyah sepatah.

Bukannya dia tak tahu yang Irdina nak touch up sana sini. Dia hanya membiarkan. Lantak lah dia nak buat apa pun, itu bukan masalah Aisyah.

Selepas membayar makanan, kedua-duanya mula beransur keluar dari kafe. Masing-masing kekenyangan sehinggakan langkah kaki pun menjadi tak betul. Perlahan macam sloth.

"Syah, aku nak bagitahu something dengan kau," kata Irdina.

"Apa dia? Kau nak kahwin dah ke?" Tanya Aisyah.

"Eh tak lah. Ahad ni, aku akan sambung belajar dekat Perth dengan boyfriend aku. Aku ajak kau lepak ni sebab nak lepaskan rindu dekat kau," jawab Irdina.

"Lah, ye ke? Alhamdulillah," ucap Aisyah gembira.

"Nanti aku dah pergi sana, kau jangan rindu aku pula tau?" Balas Irdina.

"Eh? Tak boleh nak rindu?"

"Bukan tak boleh. Maklum lah, timing Malaysia dengan Perth tak sama. Ha apa kata, kalau kau rindu aku, kau kahwin dengan ayah aku. Nanti, setiap dua bulan sekali aku balik, kita boleh lepak lagi," cadang Irdina sambil mengekek ketawa.

"Ish, tak nak lah. Aku tak sanggup nak jadi mak tiri. Cukup lah aku ada Aathif sorang," jawab Aisyah. Bahu Irdina ditepuk perlahan.

"Oh ye la! Apa cerita Aathif sekarang? Still handsome macam dulu ke?" Tanya Irdina seraya menukar topik perbualan.

"Hensem, comel dan segak. Nanti aku kahwin, kau jangan lupa datang pula. Jadi bridesmaid aku," jawab Aisyah.

"Serius lah nak kahwin?? Seronoknya boleh kahwin awal! Nanti bila kau dah ada anak, aku nak manjakan anak kau dengan mainan. Aku nak anak kau tahu yang aku adalah single rich aunt yang mampu beli apa sahaja yang aku nak," balas Irdina. Rambut diselak ke belakang dengan reaksi bangga.

"Ada-ada je lah kau ni. Ha, nak pergi Guardian tadi kan? Ni dah sampai," ujar Aisyah sambil menunding jari ke arah Guardian.

"Kau nak masuk sekali atau tunggu dekat luar?" Tanya Irdina.

"Tak lama kan? Aku tunggu dekat sini je lah," balas Aisyah.

"I promise I won't be long," janji Irdina sebelum masuk ke Guardian.

Sementara menunggu, aplikasi TikTok ditekan. Satu persatu video discroll oleh Aisyah. Kebanyakan video yang Aisyah tonton adalah video memasak, jual beli pakaian bundle dan hadiah DIY. Laju je jari scroll ke bawah jika ada video-video berunsurkan ceramah.

Mana tak nya, dia pun merupakan seorang wanita. Dan prinsip seorang wanita ialah 'perempuan tak pernah salah'

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now