HARI sudah berganti siang. Seperti yang dijanjikan oleh Raz untuk membawa Qay pusing satu Singapore ini. Kini mereka berada di 'Kampong Glam Cafe' untuk bersarapan sebelum menuju ke destinasi yang seterusnya.
Mark dan Zack tidak ikut bergabung sama pada hari ini kerana dihalang oleh Raz. Dia ingin meluangkan masa dengan Qay. Lepas kahwin dia tidak pernah ada masa dengan Qay walaupun sesaat. Nasib masa hari lahirnya sahaja Raz cuba luangkan tetapi tidak lama mana pun. Jadi, pada hari ini sehari dia akan bersama dengan Qay.
Destinasi mereka yang pertama hari ini ialah Universal Studio Singapore (USS). Di sini tiada hari yang tidak penuh dengan manusia. Tempat ini merupakan tumpuan para pelancong lagi-lagi dari Malaysia. Kerana di Singapore ini adalah merupakan salah satu cawangan Universal Studio yang paling dekat dengan Malaysia.
"Awak betul ke ni?" Soal Qay dengan matanya yang tidak lepas dari melihat tempat itu.
"Dah sampai sini takkan tak betul lagi.. Dah jom.. Pegang tangan aku jangan lepas.. Nanti kang ada orang buat announcement Aurora Qayla is missing.." Ujar Raz sambil menarik tangan Qay lalu berjalan bersama masuk ke gerbang besar USS.
Qay buat tidak endah dengan kata-kata Raz. Boleh dikatakan dia sudah masak. Memang dia suka cari pasal dengan Qay.
"Kau nak masuk mana dulu?"
"Tak tahu saya ikut awak aje.. Lagi pun semua best-best.." Kata Qay dengan teruja. Dia melihat semua yang ada di sini semua sangat menarik perhatian. Ramai kanak-kanak bersuka-ria.
"Masuk Sci-Fi City lah naik rollercoaster.. Kau okay?" Soal Raz dahulu takut Qay ini gayat ke apa. Tidak pasal baru naik dah muntah hijau.
"Jom!" Sahutnya dengan teruja lalu menarik tangan Raz pergi ke arah sana.
Mereka masuk menuju ke Sci-Fi City untuk menaiki rollercoaster yang boleh tahan tingginya. Ramai yang sedang beratur untuk menunggu giliran. Nasib giliran mereka tidak begitu lama untuk ditunggu. Mereka masuk dan duduk sambil memakai tali pinggang yang telah disediakan.
Gerabak itu telah bergerak dengan kelajuan biasa. Untuk permulaan dia mulakan dengan normal speed dulu takut nanti ada yang kena heart attack pula masuk-masuk sudah di bawa laju seperti haiwan cheetah.
Makin lama makin perlahan gerabak itu bergerak apabila ingin menuju ke tempat tinggi itu sebelum meluncur ke bawah. Sempat Qay mengerling ke bawah. Mata ini jahat! Hendak juga tengok bawah.
Gulp! Qay sudah telan air liur. Itu pun tidak lepas dari kerongkongnya.
"Jangan tengok bawah.. Close your eyes.." Kata Raz sambil tangannya memegang sebelah tangan Qay. Dia perasan riak wajah Qay lain. Itu lah seronok sangat awal-awal. Dia ingat rollercoaster ini macam yang dekat Pesta Pulau Pinang kot.
Satu.. Dua.. Dan akhirnya gerabak itu pun meluncur ke bawah dengan kelajuan yang sangat tinggi. Jeritan Qay sampai boleh buat orang bawah melihatnya. Yang sedang makan aiskrim pun terbatal niat untuk menjilat. Terkejut mungkin. Pertama kali mendengar jeritan yang begitu nyaring.
"Tadi bukan main, jom.. Aku ingat kau tak takut.. Sekali turun jerit macam apa lagi.." Perli Raz setelah habis menaiki rollercoaster di Sci-Fi City itu.
"Tak tahu pula dia naik tinggi sampai macam tu.."
"Hm.. Jom masuk sana pula.. Tak naik apa kita tengok-tengok aje.. Aku tengok kau dah macam apa dah.. Baru naik rollercoaster.." Ujar Raz sambil menunjuk ke arah 'The Lost World'.
"Tengok apa sana?" Soal Qay sambil mengikut jejak langkah suaminya.
"Jurassic Park tahu?"
"Tahu tahu.." Jawab Qay sambil mengangguk kepalanya. Dia banyak kali sudah layan movie Jurassic Park. Jadi dia tahu lah juga kan.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂
Lãng mạn𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗭 𝗠𝗨𝗞𝗛𝗥𝗜𝗭 𝘅 𝗔𝗨𝗥𝗢𝗥𝗔 𝗤𝗔𝗬𝗟𝗔 TENGKU HARRAZ MUKHRIZ atau lebih dikenali sebagai RAZ merupakan seseorang yang mempunyai sisi gelap yang amat gerun.. Cukup hanya melihat matanya sudah mampu membuat semua orang ter...