« 44 » 𝚀𝙰𝚈𝚁𝙰𝚉 ❥︎

713 23 0
                                    

MASUK hari ini sudah genap 7 hari mereka berada di Singapura. Tiba waktunya untuk mereka pulang ke Tanah Air. Berat juga hati Qay untuk meninggalkan tempat ini kerana terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama suaminya. Di sini juga Raz dapat meluangkan masa yang terlalu banyak dengan Qay. Hubungan mereka menjadi lebih akrab dari biasa.

"Sayang masak apa ni?" Raz yang baru bangun dari tidur terus turun datang ke dapur dan memeluk isterinya dari belakang.

Walaupun sudah ditegah oleh pembantu rumah itu supaya jangan memasak tetapi Qay tetap berkeras untuk menyediakan sarapan pagi mereka sendiri. Dia ingin Raz merasakan air tangannya. Bila suami merasai air tangan isteri baru lah hubungan rumah tangga itu lebih kukuh dan bertambah bahagia. Ini fakta tau.

"Nasi goreng cina aje.."

"Sayang! That's my favourite.. Macam mana sayang tahu abang suka nasi goreng cina hm?" Soal Raz sambil kepalanya diletakkan di atas bahu kanan Qay. Pelukkan itu dari tadi tidak lepasnya.

Panggilan juga kini sudah berubah dari 'Aku,Kau' ke 'Sayang,Abang'. Bagus lah kalau pintu hati Raz sudah terbuka untuk Aurora Qayla. Tidak lah dia berasa bagai cinta bertepuk di sebelah tangan. Banyak yang berubah sejak mereka luangkan masa bersama di sini. Saling bertukar cerita bahagia dan sedih bersama.

"Hehe.. Mummy abang lah beritahu.. Sayang tanya semua apa yang abang tak suka dan apa yang abang suka.. See tinggi tak level effort sayang.." Kata Qay dengan bangga kerana dia tahu semua tentang kesukaan suaminya itu.

"Alelele.. Comel lah dia ni.. Eeee!" Sikap Raz juga berubah drastik sejak jatuh cinta dengan isteri sendiri kini. Macam budak-budak pun ada.

"Dah jom breakfast.." Qay menarik tangan Raz seolah-olah ingin menyuruh Raz melepaskan pelukkan itu. Dari tadi peluk nak buat kerja pun tidak boleh.

"Alaaa kejap lah.. Dah lah abang bangun tadi tengok sayang takde pun dekat sebelah.." Qay memusingkan badannya melihat wajah Raz yang mula mencebik seperti hendak mahu menangis.

Rasa nak tergelak pun ada. Haha!

"Alololo.. Sayang turun awal tadi nak buat breakfast dekat suami yang tercinta ini.. Jom nanti lambat kita terlepas flight pula.." Qay memegang kedua-dua belah pipi Raz dan menatap mata suaminya gaya ingin memujuk. Raz hanya mengangguk lalu menapak kakinya pergi ke meja makan.

"Sayang.." Panggil Raz meleret sambil melihat isterinya sedang menghidangkan sarapan pagi.

"Iye kenapa abang?"

"Nak suap.. Boleh?" Soal Raz dengan tersenyum gatal.

"Haha abang ni.. Ingatkan nak apa.. Tangan sendiri dah tak function ke?" soal Qay dengan nada perli.

" Kalau dengan sayang aje semua yang ada dekat abang tak function.." Makin menggatal ye Tengku Harraz Mukhriz.

"Iye lah tu.. Meh sini meh nak suap dia.." Qay menyuapkan Raz nasi goreng cina yang digoreng sendiri oleh Qay. Setiap kali disuap setiap kali itu dia tersenyum dan menggelengkan kepalanya tanda makanan itu tersangat lah sedap.

"We.. Bos kita ke tu? Asal lain macam sangat perangai?" Soal Mark kepada Zack yang kini mereka sedang menghendap dari luar rumas melalui tingkap.

"Aku tak tahu lah Mark.. Kena sampuk agaknya.. Tapi aku ada perasan juga lately ni perangai dia berubah bila dengan Puan Qay.." Ujar Zack yang kini matanya masih menghendap Raz yang sedang bermesra dengan Qay di meja makan.

"Pelik.. Flight diorang pukul berapa Zack?"

"Pukul 2 petang.. Kenapa?" "

"Dah tu tak tahu lagi.. Pergilah siap kereta .." Suruh Mark. Dia memang raja suruh orang. Kerja dia pun kadang dia suruh Zack buat. Mahu tidak bengang member.

𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂Where stories live. Discover now