Nadhira melihat jam di pergelangan tangan lalu mengeluh, "Camelia Razqya! Apa yang lama sangat kau tukar baju? Kau jahit baju ke dekat dalam tu?" hampir 15 minit dia tunggu Camelia menukar pakaian. Setelah siap, Camelia membuka pintu dan keluar.Camelia berdiri tepat di hadapan Nadhira dan Puan Athifa, dia mengerut kening memandang mereka berdua yang sedang tergamam. Walaupun baju nya kelihatan simple tetapi masih mampu membuat sesiapa sahaja yang melihatnya terpegun.
"Tak sesuai eh?" kata Camelia sambil memandang pantulan diri sendiri di cermin sebelahnya. Cantik sangat baju kurung yang Puan Athifa jahitkan khas buatnya.
Nadhira dan Puan Athifa memandang sesama sendiri dan mengangguk. Terus sahaja Nadhira berlari keluar ruangan fitting dan menuju ke arah Aayden yang sedang menunggu di ruang tamu butik.
"Along" sergah Nadhira di hadapan wajahnya abangnya. Aayden mengecilkan mata dan menarik nafas menahan sabar. "Hm, mana Camelia?" dia memandang sekeliling. Tak ada pun? Tadi cakap nak tunjuk baju kurung yang dia tempat untuk majlis akad nikah nanti.
"Er along balik dulu boleh tak? Along ada meeting kan?" pujuk Nadhira. Sengaja dia menyuruh Aayden pulang terlebih dahulu. Along tak boleh tengok Camelia sebelum hari akad nikah! Kang ada yang ajak nikah esok terus hehe.
"Aik? Korang nak balik macam mana?" kerut kening Aayden memandang Nadhira yang seperti cacing kepanasan. I smell something fishy hm.
"Nanti umi Athifa hantar, along jangan risau. Kitorang jaga bidadari along baik baik ye" sengih Nadhira sambil menarik tangan abangnya untuk bangun dan menolak sedikit badan lelaki itu ke arah pintu masuk.
Dengan langkah malas Aayden keluar daripada butik, belum sempat Nadhira menutup pintu terus Aayden bertanya. "Tak boleh jumpa Camelia dulu ke? Along tak semangat la nak meeting kalau tak tengok Camelia hm" dia menayang riak simpati di hadapan Nadhira.
"Aayden Nadhif! Jangan mengada boleh tak? Pergi sana cepat! Byebye" balas Nadhira lalu menutup pintu butik.
"Cis! Nak tengok buah hati pun tak bagi, jeles la tu takda buah hati tch" bebel Aayden sendirian lalu masuk ke dalam kereta dan terus gerak menuju ke syarikatnya.
♾️🦋♾️
Terus Nadhira kembali ke ruangan fitting setelah menghalau si mengada tu balik. Dia melihat Camelia lalu memusingkan badan Camelia.
"MasyaAllah, Camelia! Kau cantik gila! Kau tahu tak aku rasa bidadari tu betul betul wujud dan kau lah bidadari tu!" puji Nadhira sambil menepuk tangan dan melompat lompat kecil.
"Aunty pun! Aunty takboleh berhenti pandang Camelia, nasib kita dah halau Aayden balik. Kalau tak mesti tak surprise kan" balas Puan Athifa bersama senyuman lebar kerana berpuas hati dengan jahitannya.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...