Aifizi.Nama yang terukir di hati aku untuk satu jangka masa yang sangat lama.Dia mengajar aku erti cinta.Bagaimana rasa mencintai orang tetapi tidak mendapat balasan.Bagai mana rasa tersangat sangat ingin dicintai si dia yang membuatkan hari kita terasa lengkap.Dia yang mengajar aku erti rindu.Tika jauh,aku bagai nak gila duk tertunggu dia,menanti saat kepulangan dia,biarpun dari jauh.Hinggalah satu saat,dia lukakan hati aku,lepas tu dia luka Dan lukan berulang ulang kali tanpa memikirkan perasaan aku.Dia hanya memikirkan akan kepuasan diri dia sendiri.Dia membiarkan aku menanggung rasa sedih Dan malu ini sendiri.Kini aku lelah.Aku penat.Aku mula bencikan lelaki.Seorang demi Seorang mula aku hancurkan hatinya.Semuanya kerana rasa sakit hati aku kepada dia.Hinggalah aku jumpa dia.Haziq.
Haziq.Orang yang membuatkan hari aku yang suram dipenuhi dengan senyuman.Rasa benci untuk dia perlahan lahan bertukar menjadi satu rasa yang sangat indah.Hari aku yang sunyi kini mula bertukar menjadi ceria.Kesedihan bertukar menjadi gembira.Tangisan yang selalu menemani aku sebelum tidur kini menghilangkan diri.Membiarkan senyuman menggantikan dirinya.Dia mula mengusik aku.Ambil lidi lepas tu cucuk dekat belakang aku.Hish saja jaa nak kena budak ni.Geram aku.Bila aku marah selamber jerr dia tersengeh sengeh cam kerang busuk.Dalam usikannya,dapat aku lihat senyumannya kini makin lain.Makin lebar.Acap kali aku terlihat dia bersama rakannya untuk mengusik aku.Aduhai..tiap kali keluar pasti dia ada....
Aku?Entahlah...Aifizi tu bagaikan..ermm first love yang memang betul betul first love?err..kini baru aku tahu macam mana susahnya nak lupakan cinta pertama kita.Orang yang buatkan kita tertunggu tunggu.Macam aku.Dekat sekolah,mesti aku duduk dekat luar kelas semata mata nak tunggu dia datang.Ahh lepas tu Bila dia datang mula laa gabra..kat mana nak menyorok bagai...Hish tak patutkan..aku dah cuba macam macam cara nak lupakan dia...memang jujur aku kata kan..memang susah...sampailah satu hari,dia datang.Dia datang tolong aku time aku kena hina dengan Aifizi.Dia tolong aku untuk bangun Dan hadapi.Bersama sama.Dia guide aku.Dia happykan aku.Dahlah parent aku pun macam suka jerr....err lantak lahh...tak nak kesah punn....tapi memang macam macam Haziq buat.
Dia usik aku nie macam aku ni anak patung.Hushh...Tapikann...memang dia baik sangat.Dia..err err dia...arghh dah lah tak payah cerita..susah nak sebut.Huh..Serius aku katakan...Aifizi sekarang nie pergi dari hidup aku.Bawak air mata nie Dan Kesedihan nie sekali.Aku dah taknak sedih.Memang dulu yes aku sayang kau tapi...Bila aku fikirkan balik,macam manalah dulu aku boleh suka kau.Aku sendirii pun tak paham.Biarlah.Aku pun tak nak paham.Aku dah penat sangat dengan one sided love nie.Walaupun dulu aku kata susah untuk lupakan kau tapi sekarang tak lagi.Bila ada dia aku rasa kuat.Aku boleh lupakalupakan kai Walaupun perlahan.Sebab aku ada dia.Dia akan tolong aku Walaupun aku tah satu hari nanti tak semestinya dia yang akan jadi.....tapi takpe...aku ada dia Dan dia ada aku.Titik Full stop.
Tu je Satu her yang aku mintak tolong jangan ingat aku dah.Jangan ingat aku ada Dalam kelas tu jangan ingat yang aku satu team dengan hang tolong jangan ingat aku ketua kau tolong jangan ingat aku time first time kita jumpa tolong jangan ingat yang aku pernah suka hang tolong jangan ingat aku pernah sayang hang tolong jangan ingat yang aku pernah wujud Dalam hidup hang.Abaikan aku.Aku dah tak nak ingat hang.Aku nak ingat dia.dia jaa.Sungguh.Aku dah tak mampu.Jadi sekarang,biarlah aku berhenti mengejar bayangan kau Aifizi.Lagipun dari dulu lagi kan aku asyik mengejar bayangan kau.Tanpa kau sedari.Sekarang biar aku lupakan perasaan itu dan move on.Bersama Haziq.
~~~~Author's Note~~~
Haii...heh..sorry lah ini bukan fanfic ya..buku nie macam dari seorang gadis yang sangat sangat menyukai seseorang tapi dia ditolak..macam macam dia kena...
#THIS STORY IS NOT TRUE!!
Hope you guys like it.
Byeee~~
YOU ARE READING
Mιηε Fοrενεr™
Teen FictionCerita ini tentang seorang gadis yang sangat menyayangi seseorang dan diketahui oleh orang tuh tapi dia tak pasti sama ada orang tuh pun sukakan dia.Cerita ini akan membuatkan reader paham apa yang dia rasa.Macam mana nak sayang.Reader akan menjadi...