Inara memeluk tubuh dan hanya menayang senyum senget melihat gadis kecil dihadapannya. Dia berjalan menghampiri Camelia. Camelia hanya berdiri di tempat yang sama dan tidak berganjak sedikit pun."I dah bagi amaran dekat you untuk jauhkan diri daripada Aayden kan? Tapi apa yang you buat? You siap terima lagi lamaran dia. You pekak atau bodoh sampai tak faham apa yang i cakap!" naik tinggi suara Inara menengking Camelia.
"Apa hak cik Inara untuk halang saya terima lamaran Aayden? Cik bukan siapa-siapa dalam hidup dia!" Camelia mencerlung tajam Inara saat ini. Dia tak suka bila orang selalu ingat dia lemah. Dia cuba menahan sabar selama ini.
"You tanya apa hak i? HAHAHAHA you siapa nak cakap dengan i macam tu? You tu cuma pembantu rumah je dekat sini! Jangan-jangan you sengaja buat biar satu keluarga ni suka dekat you, lepas tu you kikis semua harta diorang kan?" Inara ketawa sinis dan berjalan mengelilingi Camelia sambil mengeluarkan kata kata yang kasar bagi Camelia.
Camelia menggenggam tangannya dan mengetap rahang. Cuba untuk bersabar daripada menampar sepupu Aayden yang mulut puaka ini. Dia kena sedar kedudukan dia di rumah ini. Dia belum jadi keluarga mereka, jadi dia harus bersabar.
"Tch kalau diam tu maksudnya betul la kan? Dah la takda mak ayah, lepas tu datang sini nak tunjuk diva pulak? Hey perempuan" panggil Inara sambil menunjal dahi Camelia.
"You dengar sini, you tak layak untuk Aayden. He's mine! You tak sama taraf dengan family kitorang tau. You cuma layak jadi pembantu rumah je. Dasar budak kampung tak sedar diri. Baik you balik duduk kampung mengorat mat moto dekat kampung tu je Camelia. Kotor bandar ni karang dengan budak kampung macam you ni" hina Inara sambil tertawa sinis melihat Camelia yang diam dari tadi.
Camelia menolak lidah ke dinding pipi. Dia cuba bersabar tapi tahap kesabarannya sudah habis. Dia mengangkat tangan dan menampar pipi Inara dengan kuat. PANGGGGGG. Puas hati kita! Aayden yang memerhati daripada jauh tersenyum bangga melihat Camelia berani mempertahankan diri. "That's my girl, pumpkin" bisik Aayden sendirian.
"Selama ni saya sabar dengan cik Inara, tapi kali ni cik Inara dah melampau! Cik Inara takda hak nak hina saya macam tu! Yes saya memang budak kampung! Hina sangat ke kalau berasal dari kampung?!" jerit Camelia sambil mengalirkan airmata. Bukan kerana sedih tapi kerana terlalu marah.
Terteleng kepala Inara apabila di tampar kuat oleh budak kampung taksedar diri ni. "Kurang ajar! Kau siapa nak tampar aku hah?!" terus sahaja dia mengangkat mahu menampar Camelia kembali namun ada yang tangan yang lebih pantas menahan tangannya dari menyentuh pipi mulus Camelia.
"Kau pulak siapa nak tampar tunang aku?" soal Aayden dengan riak beku. Inara menelan kesat air liur apabila melihat urat yang timbul di tangan dan dahi Aayden. Bermakna lelaki itu dalam keadaan marah.
"Aku tanya Inara Sophia, KAU SIAPA NAK TAMPAR TUNANG AKU?!!!!" terhinjut bahu Inara mendengar jerkahan Aayden. Tangannya juga semakin sakit apabila Aayden menguatkan cengkaman di tangan Inara.
Camelia menyembam muka di bahu Nadhira yang memeluk dan mengusap kepalanya tanda memujuk. "Shh shh its okay, kitorang ada dengan kau" pujuk Nadhira sambil menahan sabar melihat wajah Inara.
"Aayden please lep..askan tangan i, sakit Aayden" merayu Inara sambil mengalirkan airmata meminta simpati. Aayden melepas kasar pegangannya. Terundur kebelakang Inara bila Aayden melepaskan dengan begitu kasar.
"Eh perempuan, kau jangan ingat aku tak dengar apa yang kau cakap dekat Camelia tadi" kasar balasan Aayden sambil memandang tajam ke arah Inara. Inara hanya mampu menundukkan wajah daripada melihat wajah bengis Aayden.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...