Danim - 04

0 0 0
                                    


"Aku ada benda nak cakap dengan kau pasal Qaid "

Tidak tahu kenapa hati Aintasnim berdebar .

"A-apa yang ka-kau nak cak-cakap? "
Tanya Aintasnim . "Kalau aku cakap ni kau jangan terkejut or sedih eh? "

Aintasnim diam sebelum dia mengangguk . "Masa aku sampai dekat Malaysia aku ada pergi satu syarikat ni sebab ada kerja lepastu aku nampak Qaid berjalan berpegangan tangan dengan seorang perempuan ni . Aku ikut lah kemana dia pergi . And aku nampak dia masuk hotel ...."

Terkedu Aintasnim mendengar apa yang disampaikan oleh Reana . Tak mungkin Qaid begitu , dia kenal macam mana perangai Qaid .

"Aku tahu kau takkan percaya tapi aku ada bukti Ain . Kau tunggu kejap" Telefon miliknya dicapai dan aplikasi galeri dibuka .

Terdapat satu video seorang lelaki berpegangan tangan bersama seorang perempuan ditekan .

Video yang ditekan tadi ditunjukkan kepada Aintasnim . Membulat matanya melihat tunangnya berpegangan tangan berjalan masuk ke dalam hotel . Mata Aintasnim sudah berair . "Shh menangislah Ain , aku ada dengan kau" ditarik tubuh Aintasnim masuk ke dalam pelukkan .

Teresam - resak Aintasnim menangis didalam pelukkan Reana . "Re .. Dia curang dengan aku , aku setia je dengan dia tapi dia? Sakit Re" Digosok belakang Aintasnim . "Ini takdir Ain , aku ada dengan kau .. Menangislah sepuasnya Ain" makin kuat tangisan Aintasnim apabila Reana berkata begitu .

Pelukan semakin dieratkan . Tangisan Aintasnim juga mulai reda . "Jom aku bawak kau masuk bilik" lengan Aintasnim ditarik lembut .

Sesampainya didepan pintu bilik Reana , tombol pintu dipulas dan mereka melangkah masuk dan berjalan menuju ke katil . Reana menyuruh Aintasnim berbaring diatas katilnya . "Tidur , esok kita kena pergi majlis perkahwinan Intan" ujar Reana sambil menepuk perlahan bahu Aintsnim .

Selama 3 minit Reana mendodoi Aintasnim , akhirnya dia lena juga .

Jaket yang tersangkut di dalam almari dicapai dan dipakai . Tudung sarung berwarna hitam disarungkan ke kepala . Reana mengambil kunci motonya didalam laci meja di samping katil .

Dikucup dahi Aintasnim sekilas . "Sorry Ain , aku kena keluar kejap . Aku janji aku akan balik secepat mungkin . Sweet dreams" Reana melangkah meninggalkan Aintasnim yang sudah dibuai lena .

Enjin motor kawasaki 250 itu dihidupkan . Sebelum Reana menaiki motonya , telefon yang berada didalam poket seluarnya dikeluarkan . Nombor seseorang didail .

"Hello"

"Aku dah nak gerak ni"

tut.

Panggilan dimatikan .

Reana pantas menaiki motor nya dan menderu pergi .

Sesampai nya disebuah cafe . Reana meletakkan motornya ditempat parking . "Ada apa kau nak jumpa aku? " soal Reana tanpa sebarang reaksi , Beku . "Santai Syifa , aku cuma rindukan kau je" kata Ray . Tangan nya naik menyentuh pipi Reana .

Reana pantas menepis tangan bekas teman lelakinya . "You waste my time" Reana memusingkan badannya dan berjalan pergi meninggalkan Ray seorang diri .

Ray mengetap rahangnya hingga urat hijau nya timbul . Pantas dia mengejar langkah Reana .

Tangan Reana dipegang dan ditarik oleh Ray . " kau takkan dapat lari dari aku , sayang" tangan naik memegang bahu Rana . Air mata Reana mula mengalir . "To-tolong! " jerit Reana . "Jeritlah sepuasnya Syifa , dah tak ada orang dekat kawasan ni" Tudung sarung yang dipakai oleh Reana perlahan ditarik sehingga terlihat rambut hitam milik Reana . "Tolong lepaskan aku Ray.. " Air mata semakin laju membasahi pipinya .

"Bangsat! "

Bukk.

Ray terjatuh ketanah akibat ditumbuk oleh seorang lelaki yang memakai pakaian doktor . "Kau memang bangsat!" perut Ray disepak . Tersembur darah keluar dari mulutnya . "Kau tak layak untuk hidup" kayu ditepi nya diambil dan diangkat ke atas udara .

Perbuatan Zaq terhenti apabila mendengar tangisan Reana . Kayu dilepar semula . Zaq berjalan mendekati Reana yang sedang memeluk kedua belah lututnya .

Ray apa lagi terus dia melarikan diri .

"Cik"

"Cik tak apa - apa? " senyap . Zaq yang perasan tudung sarung milik Reana sudah selamat berada diatas tanah . Kot yang dipakainya dibuang dan diletakkan diatas kepala gadis itu . "Jom saya hantar cik balik rumah cik" kata Zaq .

Tiada balasan . Zaq mengeluh , dia mana pandai memujuk kaum hawa termasuk ibunya . "Cik tunggu kejap ya" Zaq berlari menuju ke kereta nya . Pintu kereta dibuka dan telefon yang berada diatas tempat duduk dibahagian penumpang diambil .

Cepat - cepat Zaq berlari semula ke tempat tadi . Nombor adiknya didail .

"Hello?" Zarina menjawab panggilan dari abangnya .

"Hello Za , Za datang sini kejap nanti abang share location"

"Hmm"

"Okay"

Panggilan dimatikan oleh Zaq .

Setelah 5 minit menunggu , muncul sebuah kereta Myvi berwarna putih berhenti dihadapan mereka .

"Ya Allah Reana!" Zarina pantas mendapatkan Reana yang berada diatas lantai sambil memeluk kedua belah lututnya . "Rina aku takut , tolong aku" rayu Reana . "Jom aku hantar kau balik" ajak Zarina , tudung sarung milik Reana diambil dan disarungkan dikepala kawannya itu . "Abang , Za hantar Reana dulu ya" Zaq hanya mengangguk .

Setelah melihat kereta milik adiknya menghilang , dia terus berjalan menuju ke keretanya . Enjin dihidupkan dan kereta itu beredar pergi .

........

"Ya aku datang" Kata Danial sambil menikmati minuman yang dipesan "Kalau kau tak datang kau bukan sahabat aku" Hafiz berkata . "Ya aku datang" gelas yang sudah kosong itu ditolak ke hadapan . "Kau masih lagi dengan Clarissa?" Soal Hafiz .

"Hmm"

"HMM ada dua jawapan iaitu ya atau tidak , jadi jawapan dia yang mana satu?" Wajah danial dipandang dengan rasa menyampah . "Ya" Hafiz mengeluh . "Dia tak sesuai dengan kau Nial , aku tak rasa dia yang terbaik" Mata merenung tajam wajah Hafiz . "Kau siapa nak atur kehidupan aku ? Ibu aku ? or Ayah aku?" Jawab Danial dengan amarah . Dia paling pantang orang berkata buruk tentang kekasih nya .

"Aku SAHABAT kau!" Perkataan Sahabat ditekankan . "Aku sahabat kau Danial , kita membesar bersama . Ni kalau Mama kau tahu kau masih berhubungan dengan Clarissa mesti dia kecewa ..." Hafiz bangun dari duduknya dan berlalu pergi . Air nya yang masih tersisa dibiarkan . Danial hanya diam tak terkata . Salahkah dia hendak memilih pasangan hidupnya sendiri .

#Danialproblem

To be continued :

𝙏𝙖𝙠𝙙𝙞𝙧 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙚𝙧𝙞𝙣𝙙𝙖𝙝 -OGWhere stories live. Discover now