Part 19

78 3 0
                                    

"Rin nak makan apa ? Cakap je . Nanti mama masakkan ." Kata Datin Sri Syamimi . Cuba memujuk. Dato Sri Tufgie sedang berbual - bual dengan Tuanie , berbincang akan kesihatan Darin . Sejak kebelakangan ini , wanita itu tampak sedih . Dia faham situasi itu.

"Tak nak apa - apa ma ."

"Kalau mama masak bubur nak tak ? Darin tak makan apa - apa lagi ni ."

Darin hanya mengangguk , tiada suara yang keluar .

"Damn !" Terkejut Darin dibuatnya , Tuanie mengamuk di luar. Tampaknya ,Tuanie masih menyimpan dendam terhadap Aira walaupun wanita itu sudah tiada . Dendam. Dendam yang tidak akan terpadam.

Dato Sri Tufgie menenangkan anaknya . Anak dia ni bukan boleh di buat main. Silap langkah , mintak mengucap siap - siap.

" Setiap yang dihantar secara tersurat kepada kita membawa maksud yang tersirat , sama juga yang datang dan telah pergi . Kita akan berfikiran buruk terhadap yang pergi , sedangkan yang pergi bukan semuanya ingin meninggalkan , tetapi mengajar kita apa erti pengalaman. " Kata Dato ' Sri Tufgie.

Dia mengusap - usap bahu anak tunggalnya .

"Mereka bukan berniat meninggalkan
tetapi menguatkan dan melatih diri supaya menjadi lebih baik. " Sambung Dato' Sri Tufgie.

"Masuk lah tengok Darin , dia masih terkesan . Mak mana yang tak terkesan apabila anaknya pergi ?"

Tuanie mendengar kata - kata papanya, dia melangkah masuk ke dalam dan melihat Darin yang hanya terbaring membelakangi dirinya.

"Sweetness . " Dilihat belakang badan Darin , entah betul tidur atau tidak .

Dipegang tubuh isterinya . Ternyata wanita itu sudah tidur dengan nyenyak .

" Please forgive me . " Setelah itu , dia tidur bersama isterinya . Penat. Dia penat dengan semua ini, tetapi Allah tidak akan menguji hamba-nya melampaui batas kemampuan seseorang hamba-nya. Ingat , Allah selalu ada dengan kita.

_______________________________________

Tuanie diam, dia buntu. Sedih dan terasa serba salah . Tidak , dia sepatutnya tidak perlu menjalani misi itu. Misi mendapatkan balik data syarikatnya. Syarikat The King. Tidak!

Tuanie bangun dari sofa mewah miliknya, berjalan ke hulur - ke hilir. Macam orang tiasa arah kehidupan. Dia tidak tahu plannya bersama anggota Cruel Lion yang lain pada masa dahulu akan makan dirinya yang sekarang.

Demi mendapatkan balik data itu , dia perlu belakon dan bercinta dengan Fiya. Ini semua tidak masuk akal ! Sepatutnya dia tidak perlu membuat rancangan yang sebodoh itu. Tidak!

Fiya yang mencuri data untuk mengembangkan syarikat si Daim Muluid tu. Tidak ! Ini semua gila ! Rancangan yang tidak masuk akal !

Rancangan ini membuat Darin sedih. Dia sedih. Tidak! Dia tidak akan membiarkan. Hanya tunggu masa sahaja nanti. Tunggu !

Darin yang datang entah dari mana , pelik melihat suaminya yang berjalan kehulur - hilir. Ini dah kenapa?

" Abang? " Soal Darin pelik. Dia berjalan perlahan - lahan mendekati suaminya.

" Sweetness !" Pantas Tuanie mendapatkan isterinya.

" Kenapa keluar bilik ni? Sweetness okey? Nak apa - apa ke? " Tanyanya prihatin.

" Darin okey , abang ni kenapa? " Tanya Darin lagi.

" Tak ada apa sayang. " Mulut kata tidak. Mata penuh dendam. Hati sakit dengan apa yang jadi.

" Abang fikir kan apa yang jadi itu ke ? Tak pa lah abang, Darin okey. Abang tak perlu lah bermusuh dengan sesiapa. " Darin mengusap rahang Tuanie lembut.

" In Shaa Allah, abang cuba. " Dia cuba tetapi dia tidak berjanji.

Tuanie melihat wajah sembab Darin. Sedih. Itu yang dapat digambarkan , tetapi Darin sudah merelakan semuanya. Anak mereka sudah tunggu di syurga. Sekurang - kurangnya, keluarga mereka sudah ada ahli syurga.

Darin tersenyum manis ke arah Tuanie. Senyuman kecil dilemparkan buat isterinya.

Lantas tubuh kecil itu di angkat dan di bawa masuk ke bilik. Di letak dengan penuh berhati - hati.

" Tidur sweetness. Nanti sweetness penat. " Satu kucupan di hadiahkan di dahi isterinya lama. Wajah Darin yang cuba tidur itu dipandang sayang.

' I really love you , sweetness. '

Dia mula merabat katil dan berbaring di sebelah Darin. Cuba untuk tidur.

_______________________________________

Dia suruh isterinya tidur , tetapi dia yang tidak tidur. Masih memikirkan apa yang Darin katakan sebentar tadi.

Bolehkah dia merelakan semuanya tanpa membalas dendam? Bolehkah dendan di hati ini akan terpadam? Bolehkah dia cuba memaafkan siapa saja yang terlibat? Bolehkan dia?

Bolehkan dia memaafkan kedua - dua orang sepupu Darin yang menyebabkan ini semua berlaku? Bolehkan dia tidak membunuh Fiya juga sedangkan dia tahu Fiya juga mempunyai rancangan seterusnya. Bolehkah semua itu terjadi?

Tuanie buntu , dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan... Rasa di hati seperti tidak lepas daripada dia membunuh mereka semua. Melihat pada lebam di kaki isterinya , dia tahu apa yang telah terjadi.

Ini semua tidak akan terjadi jika dia tidak membuat Fiya jatuh cinta terhadap dirinya , semata - mata ingin mendapatkan balik data penting syarikat yang di curi oleh Fiya sendiri. Ini semua kerja seperti orang tiada otak.

Sepatutnya dia membunuh Fiya selepas dia mendapat balik data itu . Tetapi dia mengingatkan yang dia tidak akan terlibat lagi dengan perempuan bernama Fiya itu , jadi dia tidak membunuh. Manalah dia tahu Fiya mempunyai adik yang secantik ini. Darin Aura Nayla sangat cantik dan berpewatakan lembut sangat mencuri hati. Ini kali pertama dia jatuh cinta , kepada Darin. Dia berjanji yang Darin akan menjadi pemilik hatinya yang pertama dan terakhir. Itu janjinya.

Dia sayang isterinya, sangat. Dia memandang ke arah Darin. Nyenyak tidur. Dahi wanita itu dikucup lama. Sayang.

CINTA MAFIA : THE KING OF LIONSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang