ERIQSYA 36

10.8K 431 15
                                        

Eriq menyedut minumannya sambil menunggu seseorang . Katanya lagi 5 minit tetapi sekarang sudah 15 minit berlalu. Haih sabar jelah.

Setelah dia berfikir masak masak, dia perlu juga berjumpa dengan si dia untuk mendapat penjelasan.

"Sorry lambat jalan jem" ucapnya lalu melabuhkan duduk di hadapan Eriq. 

"Biasalah perempuan bila je punctual" perlinya lalu memutarkan bola matanya.

"Diamlah kau" marah Aina. 

"Orderlah dulu aku belanja" ucap Eriq.

"No thanks. Aku nak cepat sebenarnya, cakap lah kau nak apa jumpa aku" soalnya lalu membetulkan duduknya. 

"Pasal Hasya" katanya tanpa berkias.

"Ouh kenapa dengan buah hati kau tu?" Aina sudah mengagak apa yang ingin di tanya oleh Eriq. Tak habis habis.

"I just wondering, betul ke Hasya dah benci aku? Betul ke dia dah takde perasaan pada aku lagi Aina. Cakap dengan aku benda betul sebab aku nak tahu." tanyanya tidak berkias.

"Haha kau ni gelabah lah. Itu Hasya lah apa yang keluar dari mulut dia tak sama dengan hati. Cuma dia cakap ikut hati je, bukan kewarasan akal fikiran" balas Aina.

"Tapi dia dah bencikan aku, Aina. 2 weeks ago, aku jumpa dia kat cafe and dia kata dia benci aku sangat sangat. Aku tak nak kehilangan dia Aina dan kau pun tahu kan aku sayang dia sangat sangat." luah Eriq tanpa segan silu.

"Eriq... benda yang kau buat dekat dia selama 7 tahun bukan perkara yang kecil. Aku saksi betapa seksanya dia untuk lupakan kau dan terima segala ujian yang dia hadap. Dia kehilangan nenek dia sebelum dia sambung belajar. Tak lama lepas tu kau pula ada perempuan lain dekat sana. Sakit Eriq sumpah sakit. Aku yang tengok betapa menderitanya dia, menangis setiap hari rindukan kau, dia tak lalu makan dan tak boleh fokus dalam kelas. Benda tu sakit Eriq walaupun bukan aku yang rasa" terang Aina.

"Aku terpaksa Aina... ini semua sebab nenek aku kat sana bukan kehendak aku" jawab Eriq.'

Kalau bukan kerana neneknya yang menyuruh dia buat perkara yang dia sendiri tidak rela  sudah pasti sekarang dia sudah bersama Hasya. Mesti dia sudah bahagia dengan pilihan hatinya sejak dulu.

"You know what, sepanjang aku kenal Hasya tak pernah sekali pun dia menangis sebab lelaki kecuali abah dia. Tak pernah pun dia menangis sebab percintaan, tak pernah. Aku yang hadap dia setiap hari sampai dia jatuh sakit. Dia termenung dan bila aku tanya kenapa jawapan dia cuma satu, "aku benci hidup aku". Kau tahu tak betapa remuknya hati aku bila ayat tu keluar dari seorang yang ceria, suka gelak, happy go lucky dan end up dia benci hidup dia"

Aina mengalirkan air mata bila mengenangkan peristiwa tersebut. Dia sendiri yang lihat dengan mata kepalanya betapa sengsaranya hidup Hasya.

"Aku minta maaf, aku tahu aku salah" Eriq menunduk.

"Bukan pada aku tapi pada Hasya" dia mengesat air matanya.

"Aku dah cuba tapi dia taknak pandang muka aku dan dia dah benci aku sangat sangat"

"Hasya bukan macam tu. Hasya ego, kalau kau nak tahu setiap kali aku lalu depan bilik dia mesti dia sebut nama kau." kata Aina.

Eriq menatap Aina tidak percaya.

"Dia akan cakap, saya sayang awak lagi Eriq kenapa awak tinggalkan saya. Itu je ayat yang di ulang sampai satu tahap aku fikir yang Hasya ada penyakit mental. Tapi aku buang jauh jauh pemikiran kotor tu dan anggap Hasya hanya rindu pada kau" terangnya. 

Eriq mendengar dengan wajah tidak percaya. Tak mungkin. Sedalam itukah wanita itu mencintainya. Ya Allah apa aku dah buat ni. 

"Ada lagi satu perkara yang kau perlu tahu, Hasya ada trauma" walaupun berat hatinya ingin mengatakan hal ini tapi bila mengenangkan bahawa Eriq juga kawan mereka jadi dia perlu tahu.

Kau Aku Kita [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang