Hari yang di nanti-nantikan telah pun tiba di mana pasangan sejoli ini bakal diijab kabulkan. Aayden tampil segak dengan baju melayu putih, bersampin silver dan bersongkok hitam.Ruangan bawah rumah mewah Tuan Nadzir telah dipenuhi dengan tetamu yang hadir majlis akad nikah hari ini. Masing masing menunggu ketibaan pengantin perempuan dari tingkat atas.
Aayden yang duduk menghadap tok kadi itu semakin lama semakin gelisah. Dia menggenggam tangannya bagi menghilangkan debaran didadanya. Aaydan, Haris dan Arash mengambil tempat di belakang Aayden. Haris menepuk bahu Aaydan lalu memanggil agar Aaydan merapatkan jurang mereka.
"Kesian kau kan, abang kembar kau dah kahwin, kau bila lagi? Calon pun takda" bisik Haris di telinga Aaydan. Aaydan berdecit lalu menjulingkan matanya. Ada yang kena pelangkung dengan aku nanti ni.
"Diam lah kau, karang ada yang aku halau keluar kang" balas Aaydan sambil menjeling Haris. Arash yang melihat mereka berdua hanya mampu menggeleng kepala sahaja. Bila lah budak budak bala ni nak serius?
"Korang boleh diam tak? Kalau taknak diam, pergi bergaduh dekat luar. Along tengah nervous tu" bisik keras Nadhira di belakang mereka bertiga. Haris mengalih pandangannya memandang Nadhira. Dia mengenyit matanya lalu tersenyum senget melihat Nadhira yang tersipu malu itu.
Sedang mereka saling menjeling antara satu sama lain, semua mengalihkan pandangan ke arah tangga di mana pengantin perempuan sedang berjalan turun.
Puan Aydini memimpin tangan bakal menantunya ke tempat yang di tetapkan iaitu di atas pelamin. Dia menemani Camelia di atas pelamin.Semua tetamu terpegun melihat pengantin perempuan yang tampil sangat cantik dengan berbaju kurung putih, bertudung putih dan di hiasi selendang putih di tangan. Camelia menggenggam bunga tangannya menghilangkan debar.
(P/s : Gambar sama dengan bab 13 ✨)
Aayden memandang tidak lepas Camelia yang berada di atas pelamin. Dia menelan air liur melihat kecantikkan bakal isterinya. MashaAllah, cantik dan indahnya ciptaannya. You look so gorgeous sayang!
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...