47

132 9 0
                                    

Hari pertama, esok sudah memasuki 1 ramadan. Dan esok lah hari terakhir aku berada dipangkuan ayah kerana esok, Aeril bakal datang dan membawaku pulang pada Carlo.

"Mummyy.. Driell tak nak puasa" merengek driell disebelahku. "Aipp, Driell dah nak sekolah kann? Mestilah kena puasa! Driell dah besar! Nanti kalau Driell tak puasa, tak handsome lah! Haaa nak kee?"

Mula lah Driell mencebik "eee ye lah! Driell puasaa!" Aku tergelak "tapi kalau Driell dah tak tahan, beritahu mummy yee?" Dia mengangguk.


Jam menunjukkan tepat pada jam 5. Kedengaran juga kuali berperangan didapur, aroma masakkan ayah yang menusuk kedalam hidung. Sedap! Bau sahaja pun sudah membuktikan bahawa masakan ayah ini Chef Kiss!

Disebelah kananku, sosok Driell yang sedang lena terbuai mimpi. Aku mengagahkan diri untuk bangun bergegas kedapur "ayah? Ayah masak apa ituu?" Soalku dengan nada Curious, baunya sedap.

"Alah.. Masak nasi dengan ayam kicap sahaja.. Tidak mampu lah ayah mahu masak makanan yang berat berat sangat sahur ini, karang tiada siapa yang larat mahu menghabiskannya, sudah pula mendorong pada pembaziran kan?"

Betul kata kata ayah. Aku angguk dan lantas melangkah kaki semula pada kamar tidur aku. Dengan perlahan aku mendekati diriku kepada sosok Driell yang sedang lena dibuai mimpi. "Driell, sayang bangun.. Sahur.." Aku tersenyum nipis.

"Mummy.. D-driell mengantuk.." Dia mula menarik bantal peluknya semula dan lantas menutup mukanya dengan bantal busuknya. "Aip, Driell kata apa semalam? Nak puasa kann? Hmm apa kata kalau Driell puasa hari ini, mummy bagi candy banyak banyak?" Aku tersenyum.

Terus bulat membesar mata si Driell "wahhh!! Nakkk mummyy!! Nakk! Driell nak puasa!" senang sahaja mahu mengumpan Driell ini untuk mendengar arahan aku, rasuahnya dengan gula gula, laju lah dia!

"Haa cepat pergi kedapur, atuk dah masak tahu?? Atuk masak sedap untuk Driell tu!" Dia mula berlari kepangkuan ayah "atukk! Nak puasa! Wahhh! Ayam kicap! Driell suka ayam kicap!"

Punya beria dia makan! Ayam nya dengan lantas disumbat kedalam mulutnya. Tergelak aku dan ayah melihat karenah Driell. "Alahai.. Kalau daddy nampak nii mesti kena cubit!" Aku gelak sedikit.

"Oh ye mummy, bila kita balik jumpa daddy? Driell rindu daddy!" Aku tersenyum "malam ni kita balik ye? Selepas kita berbuka, Driell rindu daddy? Hm?" Senyuman terukir diwajah Driell "mestilah! Driell rindu daddy!!!"

Aku tergelak "ye.. Berbuka nanti kita balik, uncle Aeril ambil kita semula ye?"












"Aeril, kau perasan tak?" Tiba tiba sahaja Carlo menegurnya. "Hah? Apa? Perasan apa? Tiba tiba sahaja engkau ni." Skrin telefonnya ditujukan kearah Aeril "ada orang chat aku. Tampaknya seperti lelaki."

"Hey, this is Carlo right?"

"Ah.. Pelik." Kening Aeril terangkat sebelah. "Kau kenal siapa dia?" Soal Carlo kepada Aeril. Lantas sahaja apabila soalan itu didengarinya, kepalanya menggeleng.

"Ah lupakannya.. Sekarang waktu engkau pergi ambil Elryna semula pulang kepangkuan aku dengan selamat sebelum kita berbuka ni." Dia mengangguk.

"Ye nak pergi dah ni" dia mula menyediakan barang keperluannya "jet sedia dah?" Soal Aeril. "Always ready, dah pergi. Aku inform bini aku jap"

"Sayang, siap. Abang datang pickup, jangan lambat ye, kalau tak siap sayang."

Jet peribadinya juga telah tersedia, hanya terus menunggu untuk berlepas mengambilku.



"Driell, jom? Kita dah nak balik, jom? Jumpa daddy semula, nak?" Aku tersenyum. "Yeayyy!! Daddy!!" Dia lantas mengambil begnya.

Pandanganku dialihkan kepada sosok ayah yang sedang berdiri disampingku. "Ayah.. Selamat menyambut puasa ramadan ya? Maaf ya tidak dapat menyambut hari raya aidilfitri tahun ini dengan ayah.. Jikalau ada rezeki, kita bertemu semula ye?"

Mutiara mata ayah dengan perlahan mengalir dimatanya. "Tak apa.. Ayah harap sangat kita boleh bersua semula ye?"

Aku mendakap sosok ayah. "Elok elok.. Dah sampai nanti beritahu pada ayah ye? Jangan lupa pula ha! Risau ayah nanti!" Tergelak aku. "Ayah.. Ayah okey tak tinggal seorang diri? Tidak kah ayah mahu mencari pengganti yang baharu?" Aku tersenyum.

"Iraa.. Iraa tahu kan bagaimana dan betapa kuat nya rasa sayang ayah kepada ibu kamu? Ya ayah tahu perasaannya terhadap ayah telah lama lesap. Walaupun ayah pilihan keduanya.. Ayah sayang ibu. Susah ayah mahu lepaskan ibu."

"Kenangan pahit manis ibu bersama ayah dahulu, tidak akan sama jika bersama dengan orang baharu kerana, ibu adalah ibu. Apa kenangan yang telah ayah hadapi dengan ibu tidak akan sama dengan wanita baharu yang datang pada hidup ayah."

"Ayah telah bersumpah pada diri ayah sendiri bahawa.. Ayah tidak akan mencari pengganti baharu. Kalau ibu mahu pulang semula pada ayah, dengan hati terbuka ayah menerimanya."

Air mata aku mengalir. "Ermm Iraa minta maaf ye.. Iraa doakan, tergerak hati ibu untuk pulang semula kepangkuan ayah."

"Tak apa lah Iraa.. Mustahil, ibu sudahpun ada pengganti. Memang tidak lah ibu mahu pulang semula kepada ayah. Dari awal lagi ibu sudah hilang perasaannya pada ayah. Kalau mahu dikatakan ibu bakal pulang kepada ayah.. Mustahil sangat." Nafas dihela lembut oleh ayah.

Berat hati aku mahu meninggalkan ayah disini seorangan. "Ayah, ayah akan okey kah disini seorangan?"

Dia mengangguk "janganlah tipu! Iraa risau nii! Jujur sahaja lah, ayah, Iraa boleh sahaja mahu tinggal dengan ayah lebih lama disini tetapi Iraa perlu minta kebenaran pada Carlo lah."

Ayah tersenyum lalu "iraa, tidak perlu lah, ayah sudah terbiasa hidup seorang diri, lagipun ayah tidak rasa bahawa Carlo bakal memberi lagi kebenaran kepada Iraa untuk menemani ayah disini, iya lah kerana sudah berapa hari kamu tiduran disini kan? Kalau tidak dia suruh balik hari sahaja kan?" Aku mengangguk, ada betulnya juga kata kata ayah itu.

Carlo semestinya tidak akan beri aku kebenaran lagi. Tidak selepas sudah beberapa hari aku bermalaman dirumah ayah, itu pun nasib sahaja dia sudah beri kebenaran kepadaku untuk tidur disini, jikalau tidak mesti sudah aku dimarahi olehnya!

Sosok Amir juga telah berada dihadapan kereta nya. "Erm ayah.. Iraa mahu mengundurkan diri dahulu ya? Assalamualaikum.. Jaga diri elok elok ye ayah.. Iraa sayang ayah sangat sangat." Aku mendakap tubuh ayah. "Waalaikumsalam.. In Shaa Allah."

Driell menghulurkan tangannya kearah ayahku. "Atukk, salam" wajah Driell, sentiasa comel, tidak lari lah dari kecomelannya.

"Alahai cucu atuk seorang ini.." Driell menyalam atuknya itu. "Nanti kalau Driell jumpa atuk lagi, Driell nak bagi atuk makan candy lahh!! Nanti Driell bawa candy banyak banyak yaa!"




Punggungku dilabuhkan pada seat kereta milik Amir. Tangan tidak berhenti melambai lambai ayah. "Baii ayah!" Tidak lama kemudian, tayar kereta Amir itu memecut diatas jalan raya yang sunyi sepi itu.






"Pergi, pickup Iraa. Dia on the way" aeril mengangguk diatas pemerintahan Carlo. Lantas Jet nya dihidupkan dan dengan cepatnya telah bergerak diatas langit yang cerah itu.



Pandanganku lilau kesana dan kemari. Melihat betapa indahnya ciptaan Allah. Tiba tiba sahaja kereta nya berhenti disalah sebuah tempat yang kelihatannya suram benar! "Kita sudah sampai."

Tidak lama kemudian, jet Carlo dapat dilihat! Wah! Benar ya! "Wahh!! Mummy! Uncle Aeril dah sampai!" Teruja riak wajah Driell apabila melihat pakciknya semula.

Tetapi, pelik, ya? Bagaimana dia boleh melepasi sempadan negara tanpa disoal siasat oleh pegawai penjaga disempadan negara kita sendiri?

"Cik Iraa, masuk lah"

𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now