Hari ini merupakan genap seminggu mereka bergelar suami isteri dan hari ini juga Aayden akan menjalankan rutin hariannya seperti biasa iaitu ke syarikat. Walaupun cuti seminggu sahaja, dah banyak fail yang dia kena semak dan luluskan.Camelia yang baru selesai menggosok pakaian kemeja dan seluar kerja Aayden, terus masuk ke dalam bilik untuk mengejut sang suami yang masih di ulit lena.
"Abang, dah pukul enam pagi ni, bangun kita solat subuh sama sama nak?" kejut Camelia sambil menyucuk lengan Aayden dengan jarinya.
Tersenyum Camelia melihat Aayden mengerutkan muka dan membuka mata secara perlahan lahan.
Aayden menoleh ke kiri dan tersenyum lalu mengusap kepala isteri. "Selamat pagi sayang abang" ucap Aayden dengan suara serak basahnya.
Camelia mengemam bibir menahan malu apabila mendengar suara macho Aayden.
Ada yang kena terkam ni karang. Eh salah, ada yang pengsan ni karang hihi.
"Selamat pagi abang sayang" balas Camelia sambil menahan malu.
Aayden senyum senget melihat pipi merah Camelia. "Malu sangat manja ni, geram pulak abang tengok" ujar Aayden lalu mencium lama pipi kanan Camelia.
Ketawa comel Camelia apabila Aayden menggesel hidung di pipinya.
"Abang, bangun cepat nanti kita terlepas subuh" ujar Camelia sambil menepuk nepuk perut Aayden.
Aayden bangun dari baring dan terus mengangkat Camelia secara bridal style lalu menuju ke bilik mandi. Camelia yang terkejut dengan tindakan pantas Aayden terus sahaja memeluk leher Aayden.
Dia menepuk geram bahu Aayden, "Abang ni, terkejut manja tau" muncung sahaja bibirnya menunjuk bahawa dia sedang marah.
Aayden hanya tertawa melihat wajah marah isterinya, "Sayang kalau marah, bukan abang takut, tapi abang lagi geram. Ni bibir muncung ni nak abang cium ke hm?" usik Aayden sambil mengacah ingin mencium bibir mugil wanita itu.
Camelia terus menjauhkan wajahnya ke belakang dan mengalihkan pandangan ke arah lain.
"No no, abang jangan nak mengada ye" balas Camelia sambil menutup mulut Aayden.
Haih la susah betul dapat lelaki suka mencium ni, pantang ada peluang tau.
Ketawa besar Aayden melihat gelagat comel isterinya. Dia membawa Camelia masuk ke dalam bilik mandi untuk mencuci muka dan mengambil wudhuk.
Setelah selesai mengambil wudhuk, Camelia keluar dan mengambil telekung lalu memakainya. Dia membentang dua sejadah untuk Aayden dan dirinya.
Aayden memakai kain pelikat dan mengambil songkok di atas meja lalu dipakainya.
Dia mengambil tempat di hadapan Camelia dan mula menunaikan solat subuh bersama isterinya.
Camelia menyimpan terharu mendengar alunan merdu suara Aayden membaca surah dalam solat.
Setelah selesai, Aayden menadah tangan dan berdoa kepadaNya. Aayden meraup muka mengaminkan doa dan menoleh ke belakang memandang jantung hatinya.
Camelia mengangkat wajah setelah mengaminkan doa yang dibaca Aayden sebentar tadi.
Tersenyum Camelia memandang Aayden lalu menghulur tangan untuk bersalaman. Aayden yang melihat huluran tangan Camelia terus menyulamkan tangan mereka.
Tanpa menunggu lama, Camelia menunduk untuk menyalam dan mencium tangan syurganya.
Setelah Camelia mengangkat kepala, terus sahaja Aayden memegang dagu dan mencium lembut dahi isterinya.
"Cantik isteri abang pakai telekung, abang suka tengok. Nampak berseri-seri muka manja" puji Aayden sambil menggosok kepala Camelia.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...