Hari ini Camelia mendapat kebenaran daripada sang suami untuk keluar bersama Nadhira ke pusat beli belah. Aayden juga harus menghadiri mesyuarat bersama klien di Putrajaya.Nadhira memeluk tangan kawan baik merangkap kakak iparnya sambil memandang sekeliling Pavilion Kuala Lumpur itu.
"Kau nak beli apa lia?" tanya Nadhira.
Camelia menggaru kepalanya, "Aku taktahu la nak beli apa ira. Aku bukannya pernah beli barang barang mahal macam ni. Duit pun takda" balas Camelia.
Sengih Nadhira mendengar balasan Camelia, "Kau rilek je lia, suami kesayangan kau dah bagi blackcard dia dekat kita" balas Nadhira sambil menunjukkan kad yang diberikan Aayden kepadanya tadi. Aayden juga menitip pesan agar beli sahaja apa yang Camelia mahukan.
Camelia mengerut dahinya memandang kad yang dipegang Nadhira. "Tu kad ape?" terkebil kebil mata Camelia.
Nadhira menepuk dahi lalu menjentik dahi Camelia. "Ish sakitlah!" marah Camelia sambil menggosok dahinya.
"Ini blackcard Camelia Razqya" meleret geram suara Nadhira.
"Blackcard ni tak ada limit, kau nak beli satu bangunan ni pun boleh. Suami kau yang baik hati lagi hensem tu dah bagi kelulusan untuk kita shopping guna kad ni. Dan kad ni atas nama kau, faham?" jelas Nadhira.
Makin mengerut dahi Camelia memandang Nadhira. "Kenapa nama aku pula? Bukan kad aku pun, aku mana ada kad bank" Camelia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sekarang ni, kau ikut je aku shopping, sebelum aku hilang sabar, aku jual kau dekat sini, baik kau diam. Lets go baby!" kata Nadhira sambil menarik tangan Camelia mengikutnya.
♾️🦋♾️
Nadhira membawa Camelia masuk ke dalam kedai butik jenama Dior, dia meninggalkan Camelia lalu pergi ke bahagian barang solekan.
Camelia memandang sekeliling dengan perasaan teruja. Dia berjalan di dalam butik itu sambil memandang barangan mewah yang dijual.
Terbeliak matanya memandang tanda harga yang terdapat di setiap produk Dior itu. Mak weh! Ini kalau kerja sebulan pun taklepas nak beli ni.
Sedang Camelia menilik beg tangan wanita yang cantik itu, dia di tegur dengan ayat yang kasar dari arah belakang.
"Kalau tak mampu beli, jangan duduk dalam kedai ni lama-lama boleh tak? Rosakkan mata i je tengok you ni kehulu kehilir. Ke you ada niat nak mencuri sebenarnya?" ujar salah seorang pekerja di situ dengan riak sombong.
Fina memeluk tubuh lalu memandang pakaian Camelia atas bawah dan ketawa sinis.
"You ada duit ke nak beli barang-barang Dior ni? You pun tengok kan harga dia?" kutuk Fina sambil tertawa sinis memandang Camelia.
Camelia hanya memandang kosong gadis yang sangat kurang ajar baginya. Dia tidak mahu menimbulkan kekecohan di situ, jadi dia hanya diamkan diri sahaja.
Camelia sambung menilik pelbagai beg tangan yang dijual di situ.
Tergamam Fina melihat riak bersahaja gadis kampung ini, "Hey perempuan!" panggil Fina seraya menarik kasar lengan Camelia.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...