Chapter 6

64 5 2
                                    

Jeno memulas tombol pintu utama rumahnya. Bau yang tidak menyenangkan mula menyapa. Keadaan rumah itu agak hangat dan suram. Seolah-olah tiada udara yang berlegar di bahagian dalam. Muzik yang sangat kuat dan bingit dimainkan membuatkan kepalanya berpinar-pinar tidak senang.

Ketika dia tiba di ruang tamu, apa yang dilihatnya benar-benar tidak menyenangkan. Minsoo dan Junyeol sedang bergelak ketawa bersama beberapa orang yang lain di situ. Muzik yang dipasang langsung tidak dipedulikan seolah ia hanya perhiasan. Suara jeritan mereka bersorak lebih kuat berbanding muzik itu. Mereka kelihatannya sedang bermain daun terup. Dan Jeno sedia maklum bahawa mereka sedang berjudi.

Gelas dan tin minuman keras dibiarkan bertempiaran di sekeliling. Bau asap rokok mereka bercampur membuatkan keadaan rumah itu menjadi kotor dan tiada udara yang baik untuk dihirup. Melihat ahli keluarga yang lain turut berada di ruangan yang lain hampir melakukan aktiviti yang sama, Jeno segera teringat Suan.

Dengan pantas dia berlari naik ke tingkat atas. Dia berjalan menuju ke bilik Suan dan membuka pintu. Malangnya, ia terkunci. Keadaan itu membuatkan Jeno semakin panik. Dia mengetuk pintu bilik itu.

"Suan! Suan!"

Ketukannya sengaja dikuatkan. Ini kerana bunyi yang datang dari tingkat bawah terlalu kuat.

"Suan! Suan! Ini abang."

Beberapa saat kemudian, pintu bilik itu dibuka perlahan-lahan. Suan muncul dengan wajah yang sedih dan ketakutan.

"Suan." Jeno segera memeluk adiknya itu. Dia merasa lega kerana Suan berada di situ. "Awak tak apa-apa?"

Suan memandang wajah Jeno ketika pelukan dileraikan kemudian mengangguk. "Mereka menakutkan." Ujar gadis kecil itu dengan suara sedih. "Saya terus lari dan mengunci pintu."

Jeno menarik nafas lega sekali lagi kemudian memandang adiknya itu. "Awak dah makan?"

Suan menggelengkan kepalanya. "Mereka berada di rumah sejak senja lagi."

Jeno berdiri semula. "Awak tunggu sini dulu. Abang tukar baju dan kita keluar cari makan."

Suan mengangguk tidak membantah. Jeno terus sahaja masuk ke biliknya yang sengaja tidak ditutup rapat agar dia mampu mendengar jika ada apa-apa berlaku di luar. Dia menukar bajunya kepada baju biasa yang selesa sebelum mencapai kunci kereta dan dompetnya lalu kembali keluar.

Jeno memegang tangan Suan sebelum mereka menuruni anak tangga. Tiada siapa yang perasan saat mereka berjalan lalu di situ dan keluar dari rumah. Mereka terus sahaja masuk ke dalam kereta. Dan Jeno tidak pernah berterima kasih dengan udara yang bersih itu. Dia hampir pitam dengan keadaan rumahnya kini.

"Apa awak nak makan?"

Suan berfikir seketika. Wajah takut dan sedihnya sudah tidak kelihatan lagi. "Kan dah lewat. Ada lagi kedai buka?"

Jeno yang sedang memandu berfikir seketika. "Kita cari je. Mungkin ada."

Suan berfikir lagi kemudian memandang Jeno. "Kita pergi kedai serbaneka je. Saya beli kat situ."

"Okay."

Jeno tidak membantah. Dia terus sahaja membelok untuk mencari kedai yang terdekat. Tidak mengambil masa yang lama untuk dia menjumpai kedai serbaneka yang kelihatan kosong dan lengang. Dengan pantas dia memberhentikan keretanya di tempat yang sepatutnya sebelum turun bersama Suan.

"Saya boleh beli coklat?" tanya Suan teruja.

"Awak boleh beli semua yang awak suka." Jawab Jeno dengan senyuman.

"Betul ke?" Suan kelihatan teruja kemudian segera berlari masuk ke dalam kedai itu.

Jeno hanya menyusul sambil tersenyum. Dia gembira melihat adiknya senang. Dia berfikir seketika jika kejadian ini pernah dialaminya bagaimanapun ingatannya tidak mampu berfungsi dengan baik. Tidak semua perkara di masa lalu dapat diingat. Dan dia hanya perlu berfikir dengan otaknya saat ini.

Suan kelihatan bersemangat memilih apa sahaja yang dia inginkan. Melihat perkara itu membuatkan Jeno gembira. Walaupun dia masih belum dapat memastikan apa sebenarnya yang betul-betul terjadi, jika ini peluangnya akan dia gunakan sebaiknya untuk adiknya yang dia sayangi ini.

Jeno berjalan perlahan-lahan mengikuti adik kecilnya itu. Dia hanya membiarkan Suan melakukan apa yang dia inginkan. Mengambil roti, coklat, snek dan minuman. Semua itu tidak menjadi masalah buatnya.

"Sudah!" ujar Suan dengan senyuman lebar menampakkan giginya.

"Dah?" Jeno mengangkat keningnya. "Jom, kita bayar."

Ketika mereka pergi ke kaunter untuk membayar, barulah Jeno perasan ada pelanggan yang lain selain daripada mereka di situ. Seseorang sedang duduk makan di meja pelanggan. Entah kenapa, dia seperti mengenali sosok itu.

Ketika lelaki itu berpusing, Jeno mendapat jawapan yang dia inginkan. Itu adalah Haechan. Bekas kekasih Renjun merangkap orang yang dia asyik bayangkan sejak kebelakangan ini.

Haechan sepertinya tidak peduli kehadiran mereka. Dia sedang makan mi ramen segera dan satu nasi kepal berada berdekatannya. Dia teringat akan cerita Renjun. Haechan tidak mempunyai kehidupan yang baik dari segi kewangan. Ini membuatkan Jeno berfikir sama ada lelaki itu makan makanan segera kerana tiada wang atau sebaliknya.

"Abang..." Suan memandang Jeno. "Bayar."

"Oh." Jeno segera mengeluarkan beberapa keping wang kertas dan menghulurkannya kepada juruwang tersebut.

Dalam dirinya, dia masih lagi berdebat sama ada ingin menyapa lelaki itu ataupun tidak. Akan tetapi, menyapa Haechan sebagai kawan kepada bekas teman lelakinya yang tidak pernah berbicara dengannya selama ini bukan sesuatu yang normal. Jeno tidak ingin membuat keadaan jadi kekok.

"Jom."

Ketika dua beradik itu mula berjalan keluar, sesuatu yang tidak diduga berlaku. Suan menukar arah jalannya menuju ke tempat di mana Haechan sedang duduk sendirian membuatkan Jeno membesarkan matanya. Dia tidak tahu sama ada perkara itu dirancang atau hanya kebetulan.

"Mmm..." Suan menghulurkan satu tin susu coklat kepada Haechan membuatkan lelaki berkulit tan itu kebingungan. "Awak perlukan air untuk makan. Ini akan sangat membantu. Saya berikannya pada awak."

Haechan mengelipkan matanya. Tidak tahu sama ada dia melihat malaikat kecil atau bukan. Dia segera memandang sekeliling untuk mencari penjaga Suan sebelum matanya bertemu dengan Jeno. Dia tidak kelihatan terkejut pada riak muka. Dia hanya merenung lelaki itu terus-menerus.

"Abang saya belikan untuk saya." Beritahu Suan comel masih menghulurkan tin itu. "Jadi, saya ada hak untuk bagi pada sesiapa yang saya nak."

Haechan masih lagi merenung Jeno selama beberapa saat sebelum kembali memandang anak kecil itu. Dia mencapai tin susu coklat itu kemudian mengukir senyuman. "Terima kasih, malaikat kecil."

Suan tersenyum lebar mendengar pujian itu sebelum lari mendapatkan abangnya kembali. Jeno dan Haechan berpandangan sekali lagi sebelum lelaki itu keluar bersama adiknya dari kedai itu.

Jeno berharap dia akan bertemu Haechan lagi. Dan mungkin, Haechan juga berharap perkara yang sama.






To be continue...

Sorry, guys. Busy giler skrg ni. Byk sgt kerja due. Tak boleh nak lengah sikit. Tapi aku cuba jgk update secepat mungkin. Harap korang sabar yer. Nak lagi?

xoxo, M

Rewrite Our Stars [NoHyuck] [BL]Where stories live. Discover now