Aayden merenung tajam Nadhira yang duduk diam dan hanya memandang karpet sahaja.Dia hanya bermain jarinya di kusyen sofa sambil muncung bibir mendengar leteran abangnya.
"Berapa kali along nak pesan Auliya Nadhira? Jangan keluar tanpa Khalif dan Amil. Tahu tak dekat luar tu bahaya? Adik pun tahu Inara tu macam mana kan?" beleter Aayden seraya menyinsing lengan kemejanya.
Camelia yang duduk si sofa sebelah hanya mendiamkan diri sahaja.
Takberani nak bersuara, ini kali pertama dia melihat Aayden betul betul marah. Nak terkucil pulak rasa.
Nadhira mengemam bibir menahan airmata, dia menggenggam bajunya. Semakin menunduk Nadhira apabila mendengar keluhan Aayden.
"A..adik minta maaf along. Adik salah sebab tak bagi bodyguard along ikut kitorang tadi" perlahan sahaja suara Nadhira.
Camelia melihat wajah sayu Nadhira, terus dia bangun dan menuju ke sofa yang Nadhira duduki.
Dia mengambil tempat di sebelah Nadhira lalu memeluk bahu adik iparnya. Dia menggosok bahu Nadhira tanda memujuk.
Aaydan yang baru sahaja pulang dari showroom terus memandang drama di ruang tamu bahagian bawah. Dia meletakkan jaket dan helmet di meja.
"Kenapa ni? Kenapa adik menangis?" tanya Aaydan sambil memandang Aayden.
Aayden menarik nafas dan menghembusnya perlahan lahan.
"Adik buat hal" ringkas jawapan Aayden. Aaydan mengerut kening mendengar jawapan tak ikhlas kembarnya.
"Adik buat hal apa? Cakap bagi habis boleh? Jangan cakap sekerat sekerat, aku ni baran juga tau" balas Aaydan sambil menjeling tajam Aayden.
Aayden mengeluh lalu mengambil tempat di sofa lalu menindih kaki kanan di atas kaki kiri.
"Diorang keluar pergi shopping tanpa Khalif dan Amil. Dan tadi ada seorang pekerja Dior tu tuduh Camelia nak mencuri. Siap cengkam lengan Camelia, nasib aku sampai tepat waktu" jelas Aayden sambil memicit pelipisnya. Pening kepala dengan budak kecik ni.
Camelia memandang Aaydan dengan pandangan meminta simpati.
"Angah tolong bawa adik naik atas boleh? Bagi adik rehat, mesti adik penat" ujar Camelia sambil tersengih.
Aaydan mengangguk lalu memeluk bahu Nadhira, "Its okay adik angah, nanti along okay la tu" pujuk Aaydan sambil mengusap bahu adik bongsunya. Dia membawa Nadhira menuju ke bilik idi tingkat atas.
Hilangan sahaja Nadhira dan Aaydan dari pandangannya, terus Camelia bangun dan melabuhkan punggung di sebelah Aayden yang sedang bersandar dengan mata yang terpejam.
Camelia mengusap peha Aayden sambil merenung wajah penat suaminya. "Abang" panggil Camelia.
Aayden yang terkejut dengan usapan di pehanya terus sahaja membuka mata. Dia menelan kesat airliurnya. Dia berdehem membetulkan suara.
"Ye manja" balas Aayden sambil menyelit rambut isterinya kebelakang telinga.
"Abang janganlah marah Nadhira lama lama, manja okay lah abang. Dah tak sakit dah perempuan tu cengkam tadi. Manja kesian dekat Nadhira, nanti mesti dia nangis sebab abang marah dia" pujuk Camelia sambil melarikan jarinya di butang kemeja Aayden.
Aayden menjeling jari Camelia dengan hujung mata, dia menolak lidah ke dinding pipi. Dia menarik dan menghembus nafas berat.
"Manja dah boleh solat kan?" selamba betul Aayden bertanya.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...