🥀Bab 27🥀

8.2K 345 26
                                    

Alya yang menghadap singki tidak sedar akan tubuh tegap suaminya yang datang menghampirinya.

"Kau buat apa?" Tegur Zyan Rafael dari belakang isterinya.

Alya terkejut mendengar suara garau itu.Laju dia menoleh kearah suaminya.

"Tuan.Kenapa tuan turun?Bukan tuan kata tuan sakit kepala ke?"Ucap Alya

"Kurang dah.Aku nak makan nasi lemak lah."Balas Zyan Rafael sambil menatap wajah cantik isterinya.

"Tapi saya dah masak bubur ni tuan.Tuan kan sakit."Ucap Alya pula.

"Muak la hari-hari makan bubur.Nak nasi lemak hari ni."Balas Zyan Rafael lagi.

"Tuan.Tuan kan sakit.Tuan kenalah makan bubur dulu.Nanti tuan dah sihat saya masakkan tuan nasi lemak ya."Pujuk Alya dengan nada lembut.

"Kau tak faham faham ke?aku nak nasi lemak kan.Cakap jeela kau taknak masakkan."

"Bukan macam tu tuan.Saya cuma nak tuan sihat.Lagipun dah seminggu tuan tak kerja sebab demam.Saya risau." Ucap Alya masih dengan nada lembut.

"Tipu!kau tipu.Kau sebenarnya suka kan kalau aku takde dekat rumah.Sebab tu kau nak aku cepat sihat supaya aku tak melekat dekat rumah duapuluh empat jam.Kau benci tengok aku kan?kan?!" Bantah Zyan Rafael.

Alya yang mendengar bantahan suaminya memejam mata seketika sebelum kembali menatap wajah marah suaminya.

"Tuan.Okey saya masakkan tuan nasi lemak." Ucap Alya dengan senyuman nipis.Tiada guna jika dia berkeras.Padahal dia cuma risaukan suaminya.Tetapi tanggapan suaminya lain.

"Dahlah.Kalau tak ikhlas tak yah masak.Buat jeelah bubur tu satu belanga pun tak apa."Balas Zyan Rafael sebelum naik kebiliknya tanpa menoleh kebelakang.

Manakala Alya pula hanya diam tanpa mengeluh.Tanpa banyak bunyi dia terus mengeluarkan bahan masakkan untuk nasi lemak seperti yang di minta suaminya tadi.Bubur yang sudah siap terhidang di atas meja dia pandang dengan pandangan sayu.Niatnya yang mahu melihat suaminya sihat seperti sediakala di anggap lain oleh suaminya.

"Takpelah Liya,nanti Liya makan.Membazir pula kalau tak makan."Ucap Alya pada dirinya sendiri.

Tidak sampai satu jam,nasi lemak yang di minta suaminya sudah siap.Dia tersenyum sendiri melihat hasil tangannya.Harap-harap suaminya suka dan tak marah.

Tanpa menunggu lama,dia terus membawa dulang yang berisi nasi lemak itu naik ke bilik suaminya.

"Tuan."panggil Alya apabila sampai di depan bilik suaminya.Namun tiada jawapan.Takkan tidur pulak.Dah pukul tujuh pagi kot.

"Tuan." Panggil Alya sekali lagi,tetapi tetap sama.Tiada sahutan.

"Masuk jeelah.Mana tahu tuan tidur." Ucap Alya sendiri sebelum menolak pintu bilik suaminya.Mujur tak berkunci.

Sebaik sahaja dia masuk kebilik suaminya, matanya terus tertuju ke arah katil,ingin memastikan sama ada suaminya tidur atau tidak.

Dah ya suaminya tidak tidur, malah mata suaminya terpaku pada telefon.Seakan-akan dia tidak wujud di dalam bilik itu.

"Tuan."Panggil Alya sambil mendekat kearah katil.

"Tuan.Jom makan." Ucap Alya lagi apabila panggilannya tidak di balas.

Zyan Rafael tidak membalas,mala jejaka itu meletak tefeon pintarnya di atas meja lampu sebelum mula baring membelakangi isterinya.

Alya yang melihat itu tersenyum.Suaminya merajuk.

"Tuan.Saya dah siapkan nasi lemak ni.Tuan taknak?"

"Kenapa tak hidang jee bubur tu.Biar aku muntah makan." Balas Zyan Rafael tapi masih tidak memandang isterinya.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now