Bab 21

247 21 5
                                    

"SO, nanti kita akan arrange baliklah tarikh meeting regarding about the soil problem. Please do bring along the soil test result tu then kita akan discuss with others alongside with the engineers," ujar Khalish sebaik sahaja selesai melakukan site vising dan berbincang serba serbi bersama kontraktor yang terlibat.

"Alright. Thanks, Khalish for today."

"You're much welcome." Tangan dijabat sesama sendiri sebelum kontraktor itu sendiri berlalu meninggalkan mereka berdua di situ. Sebaik sahaja kelibat kontraktor tersebut hilang dari pandangan, detik itu jugalah awan yang tadi kian mendung mula memainkan peranannya dengan memuntahkan segala air yang terkandung, sekaligus membasahi bumi.

"Dah hujan. Aku pergi ambil payung dalam kereta kejap, bagi dekat kau."

"Tak payah nak jadi gentleman sangat. Aku bukan perempuan. Kita redah aje sama-sama." Khalish menghalang apabila melihat Hadeef seperti sudah siap mahu berlari.

"Gila? Kau demam, bini kau juga yang susah nak kena jaga kau yang kalau demam perangai jadi macam budak umur lima tahun." Macamlah dia tidak tahu bagaimana perangai Khalish apabila diserang demam. Mereka sama-sama berkawan dari zaman sekolah berasrama, jadi sudah tentu dia tahu serba-serbi tentang perangai lelaki ini. Semuanya sudah siap tersedia dalam poket.

"Itu zaman sekolah, sekarang bukan zaman sekolah. Cepatlah. Kau juga nak balik cepat kan tadi?" Tidak menunggu balasan daripada Hadeef, Khalish pantas sahaja berlari menuju ke kereta yang diparkir di luar kawasan pembinaan itu. Tidak berkedip mata Hadeef jadinya sebelum dia turut mengejar langkah Khalish dari belakang.

"Kau, kalau kau demam, memang aku suruh bini kau basuh kau cukup-cukup," tukas Hadeef sebaik sahaja mereka tiba di dalam kereta namun Khalish hanya mengendahkan sahaja amaran yang diberikan itu. Tangan menarik beberapa helai tisu bagi mengelap wajahnya yang basah dek kerana air hujan.

***

DAHI Haania berkerunyut apabila melihat Khalish di atas katil sebaik sahaja dia selesai mandi bagi bersiap untuk ke sekolah. Dirinya disiapkan dahulu ala kadar sebelum katil dirapati.

"Awak." Tubuh lelaki tersebut digoncangkan sedikit, namun tiada respons yang dia dapat.

"Khalish Rifqi, bangun. Awak tak nak pergi kerja ke?" kejutnya lagi. Masih tidak berputus asa. Apabila Khalish balikkan tubuh, mata lelaki itu masih lagi terpejam. Hanya gumaman yang dia dapat sebagai balasan.

"Awak cuti ke harini?" tanyanya lagi. Mana tahu Khalish ada ambil cuti, cuma dia sahaja tidak tahu. Namun, sama sahaja seperti tadi, lelaki ini masih lagi tidak memberikan respons, membuatkan Haania pula naik geram. Sesaat kemudian, barulah dia teringatkan sesuatu.

Bukankah semalam Khalish ada beritahu yang dirinya basah dek kerana terkena hujan? Terus belakang tapak tangan mendarat pada dahi lelaki tersebut.

Panas! Sah, demam!

Bunyi deringan telefon mula kedengaran, memenuhi segenap ruangan bilik. Mata Haania melilau mencari objek tersebut sebelum diambil. Dibaca terlebih dahulu nama pemanggil sebelum ikon hijau itu digesek.

"Mana kau? Kita nak kena gerak awal tau nak pergi jumpa klien dekat Sepang. Kau cakap dekat aku pukul tujuh tapi ni dah nak pukul tujuh kau tak muncul lagi pun?" Tanpa sebarang mukadimah, suara di hujung talian laju sahaja membuka bicara.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now