[WRITTEN ON 19th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]NO ONE POV
"QAI NAK BERTUNANG dengan Amara." Datin Faridah mengucap syukur, dia memeluk Qaiser dengan erat manakala Dato Qhalid pula senyum sambil menepuk bahu anaknya dengan lembut.
Qaiser senyum kecil pada Datin Faridah, mungkin ini yang terbaik. Lebih baik dia mengikat Amara dulu, itu boleh menguatkan hubungan mereka. Qaiser dapat rasa hatinya sedang diuji, kesetiaannya diuji, mungkin dengan cara ini boleh ingatkan dia ada Amara.
Qaiser meminta diri ke biliknya untuk berehat. Tiba di biliknya, dia baringkan diri di atas katil sambil merenung siling dengan perasaan yang ragu-ragu namun dia tolak semua itu dan memaksa diri untuk buat apa yang terbaik untuk dia dan Amara.
AMARA tersenyum lebar melihat cincin di jarinya itu. Dia mencium tangan Datin Faridah beberapa saat sebelum mencium kedua-dua belah pipi Datin Faridah pula. Akhirnya Qaiser membuat keputusan untuk bertunang dengannya. Amara senyum penuh bahagia.
"Tahniah," Datin Faridah berbisik lembut sebelum mereka bergambar di atas pelamin simple itu. Majlis pertunangan itu diadakan kecil-kecilan sahaja. Mereka hanya menjemput orang terdekat sahaja. Mata Amara liar ke luar rumah mencari si tunang, dia tersenyum kecil melihat Qaiser sedang berbual dengan sedara mara di luar.
Mereka berpakaian sedondon, Amara berbaju kurung moden berwarna kuning cair dan Qaiser berkurta dengan warna yang sama seperti Amara. Sekali pandang, memang sepadan betul dua merpati sejoli itu.
"Alhamdulillah, akhirnya bertunang juga kamu ye." Sedara Amara menegur usai majlis sarung cincin tamat. Mereka ada membuat kenduri kecil sahaja. Ada yang makan di luar rumah, ada yang makan di dalam rumah.
"Itulah, aku pun lama menunggu bila mereka ni nak menikah sebab dah lama sangat bercinta. Risau nanti bosan pula. Ini dah bertunang, elok sangatlah tu." Saudara lain pula bersuara, Amara senyum kecil, dia meminta diri mahu bertemu Qaiser.
Di luar rumah, Qaiser sedang berbual tentang kerja dengan saudara mara serta ayahnya di meja luar. Amara berdehem kecil mencuri perhatiannya, Qaiser bangun dari kerusi dan mendekati Amara di pintu rumah.
"Thank you abang sebab sudi ikat, Amara." Nada suara Amara kedengaran malu-malu, wajahnya ditunduk memandang kaki sendiri. Qaiser hanya tersenyum kecil.
"Sama-sama. Terima kasih juga sebab sudi terima abang." Amara mengangguk kecil. Qaiser masih merenung Amara dengan senyuman kecil di bibirnya. Dia sudah kenal Amara sejak mereka kecil, memang mereka suka antara satu sama lain.
"Abang fikir, kita bertunang tiga bulan, lepas tu terus nikah. What do you think?" Ujar Qaiser dalam nada berbisik, dia tidak mahu semua keputusan dia buat sendiri, kerana itu dia meminta pendapat daripada Amara juga. Bukan apa, dia cuma risau kalau Amara masih tidak bersedia.
"I think that's okay." Balas Amara dengan senyuman lebar di bibirnya, dia nampak tenang tetapi dalam hatinya sudah terlompat-lompat kerana teruja. Tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Qaiser. Inilah yang dia impikan, untuk bersama dengan cinta pertamanya sampai ke syurga.
Qaiser mengangguk kecil, syukur Amara setuju dengan rancangannya.
TALITA mengemaskan kedudukan fail di atas mejanya, dia mencapai iPad di atas mejanya itu sebelum berlalu melangkah masuk ke dalam pejabat Qaiser. Ketukkan diberi, dia dengar Qaiser memberi izin dia masuk. Talita berjalan mendekati meja Qaiser dan berhenti di depan meja kerja itu.
Qaiser sedang membuat kerja seperti biasa. Talita membuka iPadnya, dia membaca jadual Qaiser untuk hari ini. Qaiser mendengar tanpa berkata apa, Talita menjelingnya tajam selepas selesai memberi laporan. Dia mahu menoleh keluar dari pejabat itu tetapi kakinya kaku apabila ternampak sesuatu di jari manis kanan Qaiser.
Sepanjang dia berkerja dengan Qaiser, ini kali pertama dia melihat lelaki itu memakai cincin di jari itu dan cincin itu kelihatan tidak murah. Bukan cincin biasa. Jantung Talita berdegup laju, dia terkebil-kebil melihat cincin itu.
"What else do you need, Talita?" Soal Qaiser tanpa memandang Talita. Dia tahu gadis itu masih berdiri di depan mejanya selepas habis membaca jadualnya untuk hari ini. Dia mengangkat wajah memandang Talita yang sedang merenung tangannya.
Matanya bergerak mengikut panahan mata Talita, matanya jatuh pada cincin tunang di jari manisnya. Qaiser memandang Talita semula yang kelihatan terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Talita." Panggilnya namun Talita masih diam seperti dalam dunianya sendiri. Dia masih cuba mencerna apa yang dia nampak. Qaiser melihat Talita mengetap bibirnya dengan rapat, bibirnya terbuka dan tertutup seperti ragu-ragu mahu bersuara.
"You're engaged..." bisik Talita bukan kedengaran soalan, Qaiser diam masih melihat reaksi Talita. Gadis itu masih merenung cincin di jarinya. Beberapa saat sebelum mata Talita bertemu Qaiser. Qaiser kelihatan terkejut melihat mata Talita yang sepertinya bergenang itu. Talita mengalihkan pandangan ke arah lain.
"I... Saya minta diri dulu." Talita mengangkat kaki bergegas keluar dari bilik itu. Dadanya terasa sempit, hatinya rasa sakit. Talita letak iPadnya di atas meja, kemudian dia berlari anak ke arah tandas. Dia berhenti di depan cermin, Talita memandang diri sendiri dalam pantulan cermin itu.
"Dia dah jadi milik orang lain." Bisik Talita pada diri sendiri, tanpa dia minta air matanya jatuh buat kali pertama disebabkan lelaki yang bernama Qaiser Iman.
Talita kesat air mata di pipinya dengan laju. Dia keliru dengan perasaan sendiri, kenapa dia menangis? Kenapa hatinya sakit? Kenapa dia rasa sukar untuk bernafas?
Prinsip hidup Talita adalah dia tidak akan ganggu lelaki yang sudah jadi tunangan atau suami orang lain. Itu prinsip yang dia tidak akan pernah langgar sampai dia mati.
Talita sudah rancang mahu jadikan Qaiser miliknya, nampaknya dia sudah terlambat. Adakah ini petanda? Adakah ini petunjuk bahawa dia dan Qaiser tidak mungkin bersama?
Talita tunduk merenung singki putih itu, air matanya jatuh lagi. Kali ini dibiarkan mengalir tanpa henti.
Mungkin ini pengakhirannya? Mungkin ini petanda supaya dia berhenti mengganggu lelaki yang tidak akan pernah ada perasaan padanya.
peochies
Surprise?
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...