Bab 20 🔥

8.1K 248 17
                                    


Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan Aaydan datang menjemput Zara untuk proses pindah rumah.

Zara yang sedang menjaga begnya di tingkat bawah apartment terus saja mengangkat kepala apabila sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya. Terus dia memeluk beg sandangnya.

Aaydan turun dari kereta dan menuju ke arah Zara, terangkat keningnya melihat Zara yang seakan takut sambil memeluk beg sandangnya.

"Yang kau takut sangat ni kenapa hm?" tanya Aaydan.

Zara kembali tenang apabila melihat gerangan yang turun dari kereta itu ialah Aaydan. Fuh kus semangat, mati-mati aku ingat orang nak culik aku tadi.

Zara menayang senyuman buat Aaydan dan menggeleng kepalanya. Dia menilik kereta yang dibawa oleh Aaydan. Fuyo mercedes AMG A45s!!

Aaydan membuka bonet belakang lalu memasukkan beg pakaian Zara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aaydan membuka bonet belakang lalu memasukkan beg pakaian Zara. Dia menggeleng kepala, apa yang budak ni bawa banyak sangat?

Boleh tahan banyak sampai tiga luggage. Biasalah perempuan kan, kau lelaki apa tahu, kitorang ni nak tinggal satu malam pun penuh beg tau.

Zara memandang sahaja Aaydan yang mengangkat beg-begnya masuk kedalam bonet. Dia menoleh apabila sebuah lagi kereta memarkir di belakangnya.

Amil yang baru sahaja keluar dari kereta milik Khalif terus menuju ke arah tuan Aaydannya.

"Tuan" tegur Amil. Dia mengerling sekilas ke arah Zara yang bersebelahan dengan Aaydan.

"Hm, Rissa give me your key" ujar Aaydan sambil menghulurkan tangannya.

Dia memandang Zara sambil mengangkat kening apabila Zara terkebil kebil mata memandangnya. "Kenapa yang terkebil kebil tu?" tanya Aaydan.

Zara tersengih malu lalu menggaru kepalanya, "Awak minta kunci kan, kunci apa? Kunci rumah ke kunci motor?" balas Zara.

Amil menahan ketawa melihat pasangan sejoli yang lagi satu ni. Haih sendunya aku, dekat rumah kena hadap pasangan sejoli yang sana, sekarang kena hadap pasangan sejoli yang dekat sini pula.

Aku pun nak jugak!

"Hey chubby bunny, yang kau nak bagi kunci rumah kau tu buat apa? Aku bukannya tuan rumah ni. Aku minta kunci motor Zara Marissa" meleret suara Aaydan membalas pertanyaan Zara.

Tertawa kecil Zara menutup malunya, terus dia menyeluk tangan ke dalam kocek seluar dan menghulurkan kunci motornya kepada Aaydan. Aaydan menyambut lalu memberikan kepada Amil.

"Nah kunci, bawa motor ni pergi kondominium aku, Farhan dah tunggu dekat sana" arah Aaydan.

"Ba..baik tuan Aaydan, saya gerak dulu" balas Amil lalu menunduk sikit sebelum ke arah motorsikal berkuasa tinggi milik Zara.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now