Bab 1

0 0 0
                                    

"Dhuhaaaaaaa..."

Bunyi jam loceng tak berbayar itu kedengaran lagi buat yang kesekian kalinya. Kali ini  lebih bingit dan disertai dengan bunyi ketukan bertalu-talu di pintu bilik. Aku yang sedang nyenyak tidur hampir hampir saja disentap maut akibat terkejut yang teramat. Minda berfikir sejak. Sejak bila pula jam loceng freenya ini menjadi lebih ekstrem. Buatnya terbabas roh aku daripada masuk ke jasad tak ke meninggal muda aku ni. Hatiku mengomen tidak puas hati.

Bunyi ketukan dipintu masih kuat kedengaran. Kalau lewat lima minit lagi mahu berganti pintu barulah bilik aku ni, yela mana taknya kalau dah kena hempuk tanpa rehat dek penangan adiknya, Danny.

"Pecah kang pintu bilik aku kau nak ganti ke?" Kuat suaraku memarahi tindakan adiknya itu. Kuat tak kuat suaraku boleh lawanlah kebingitan ketukan bertalu- talu tu. Bunyi ketukan tiba- tiba berhenti. Ahhhh, kan tenang hidup aku macam ni. Baru saja pasang niat nak landing balik atas katil laju je suara di pintu luar bilik bersuara.

"Oooooo dah bangun.." segaja dipanjangkan bunyi "O"nya seolah-olah menyindir aku.

"Kau ejek aku ke?" Tanyaku pura-pura bertanya.

"Anak dara apa yg tak reti-reti bangun awal ni" dia dah mula membuka sesi taskirahnya.

Pintu bilik masih tertutup rapat. Berat betul badan ni nak turun daripada katil untuk membuka pintu. Belum buka pun dah hampir bernanah telingga dibebel kalau buka pintu takut berlubang je telingga ni ditaskirahnya.

"Terbakar aku dengar kau punya taskirah, aku dah bangun ni..." jawab aku sambil lewa. Ingin melabuhkan badan dipembaringan semula.

"Kau jangan nak tidur lagi ea kak, Abang Subuhi dah sampai ni!!" Kedengaran amarannya makin keras. Hampir tersedak air liur basi aku mendengar nama Subuhi disebut.

Aku lantas bangkit daripada pembaringan dan laju menuju ke pintu bilik. Pintu dibuka lantas tubuh "kepochi" yang bergendang gendut di pintu bilikku diculik ke dalam bilik.

"Kau dah kenapa?" Marah Danny sambil membulatkan mata sepetnya itu.

"Kenap pula Subuhi datang sini? Aku dahlah tak mandi lagi ni.." kataku agak cemas. Sempat lagi mata tertoleh-toleh melihat keluar bilik. Takutlah tiba-tiba tuan punya nama boleh muncul tiba-tiba di situ.

"Cam tak biasa pula, Abang Subuhi tu bukan tak kenal kau pun kak, dasar kambing.." perlinya lagi. Kali ini demage effect dek sindiran tajam si Danny sudah mencecah 20%. Aku menjeling tajam ke arahnya. Dasar adik mulut asid. apa je yang keluar daripad mulutnya pasti menyakitkan aku.

"Hello, sekurang-kurangnya harga kambing mahal tau" kataku membidas kembali kata-katanya. Sempat lagi melirik tajam ke arahnya, sebelum mataku terbuntang luas ke arah pintu bilik yang separa terbuka.

Mataku menangkap sesusuk lelaki yang amat ku kenali sedang menjenguk-jenguk ke dalam bilikku. Mungkin langkahnya terhenti kerana mendengar pergaduhan kecil antara aku dan adikku Danny.

"Jangannnn!! Aku tak pakai tudung lagi" pekikku sambil melompat menutup pintu yang separa terbuku. Subuhi disebalik pintu terkejut dengan tingkah laku spontanku itu. Danny pula tergelak geli hati.

"Padan muka kau..." katanya lalu membuka pintu ingin keluar dari situ tapi sempat dia menerima amaran jengihan mata besarku. Danny buat muka selamba lalu pintu dibuka. Tak cukup tanah aku bersembunyi. Takutlah Subuhi nampak mukaku yang masih berpetakan air liur basi.

"Tutuplah balik..." jeritkuuu.

"Yelaaa..." jawabnya sepatah lalu meloloskan diri disebalik pintu bilikku.

"Aku tunggu kat luar, kau jangan lambat sangat mandi tu" kedengaran suara Subuhi dari sebalik pintu yang telah tertutup.

"Jomlah kita sarapan dulu, akak tu kenyang makan bau badan sendiri..." Pap 30% damage apabila mendengar sindiran adik "kesayangannya" itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TitikWhere stories live. Discover now