Raudhah membuka beg baju milik Nisha. Nisha masih berada di dalam toilet setelah dia paksa gadis itu membersihkan diri akibat lencun dibasahi hujan.
Baju tidur milik Nisha dibawa keluar lalu diletakkan dihadapan pintu tandas. Pintu itu diketuk perlahan.
"sha.. aku letak baju depan pintu.. aku turun bawah kejap eh.. take your time."Tiada balasan dari Nisha. Raudhah menghela nafas lemah seraya kaki melangkah turun ke bawah menuju ke dapur. Hendak mengambil air buat sang sahabat.
Setelah Raudhah kembali ke bilik. Retina mata disapa susuk Nisha yang termenung jauh di atas katil. Raudhah melabuhkan duduk dihadapan sahabatnya. Mug ditangan dihulur.
"nah minum dulu.."Nisha mengambil mug dari pegangan Raudhah. Air Suam Panas itu disisip perlahan.
Redup pandangan Raudhah melihat pipi Nisha seolah berbekas merah. Raudhah diam, tidak mahu menegur.
"Kita tidur dulu.. dah lewat ni.""Raud.."
Perlahan suara Nisha menyapa pendengaran Raudhah."sorry aku susahkan kau.."
"Sha.. jangan cakap macamtu.. pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau. Parents aku pun sentiasa alu alukan kedatangan kau.. Jangan cakap macamtu.."
Nisha menunduk menatap mug ditangan. Tidak betah menatap wajah Raudhah.
"I'm sorry.. I'm sorry..""Nisha.. please.."
Tangan Raudhah naik mengelus lembut tangan sang sahabat yang jelas sejuk."You know.. I'm always here right ?. Kau nak cerita.. or kau taknak cerita it's okay.. it's up to you.. but keep in mind that I'm always here.."
Perlahan suara Raudhah memujuk. Dia pasti ada sesuatu jadi pada Nisha. Bukan sekali gadis ini datang ke rumahnya secara tiba tiba. Tetapi hari ini.. apa yang mengejutkan Raudhah melihat bekas merah di pipi gadis itu.Nisha mengambil nafas panjang cuba untuk meraih kekuatan mengingat kembali apa yang berlaku padanya.
.。*♡
Nisha melangkah turun dari biliknya. Semalam dia sampai ke rumah dan membuat keputusan untuk bermalam setelah 2 bulan tidak pulang.
"kakak.. tolong bukak langsir."
Arah Puan Darin pada anak daranya.Nisha akur melangkah ke arah pintu gelengsar. Semua langsir rumah dibuka membenarkan cahay matahari masuk. Bantal bantal dir ruang tamu yang bertaburan disusun elok kembali ke atas sofa. Sampah sampah yang berada di atas meja kopi dikutip lalu dibuang.
Kaki Nisha melangkah ke kabinet dapur. Kain lap dan sabun dicapai lalau kembali ke ruang tamu. Rak Televisyen yang sudah berhabuk disapu bersih.
"kakak ! buat air untuk abah."
"okay ummi."
Nisha akur. Kain dan sabun kembali disimpan. Tangan dibasuh sebelum dia mencapai teko yang berada di rak.En Arasyah menapak turun dari tingkat bawah.
"hah kakak, jumpa jalan balik."Nisha hanya diam tidak membalas. Tangan ligat meletakkan teko ke atas meja. Pinggan di dapur dibawa kehadapan.
"abah nak makan apa ?."En Arasyah melabuhkan duduk.
"bihun."Nisha akur meletakkan satu senduk bihun ke pinggan sang ayah sebelum beralih menuangkan air ke dalam gelas.
"kakak balik !!."
Suara nyaring Nafael menyentakkan semua yang berada di ruang makan.Nisha tersenyum nipis.
"duduk.. makan fael."Nafael akur melabuhkan duduk. Senyuman terukir di bibirnya menyambut kepulangan sang kakak.
"fael nak makan apa ?."

ANDA SEDANG MEMBACA
Candra
RomanceFor younger me, Who crave for her parents attention. #nazdira Song : Satu Shaf di belakangku by Arvian Dwi