Bab 21 🔥

7.4K 243 17
                                    


Aaydan membawa Zara untuk tinggal di kondominium miliknya yang terletak tidak jauh daripada rumah keluarganya. Tujuan Aaydan memberi Zara tinggal di situ cuma satu. Untuk memastikan bahawa Zara tidak akan pergi jauh daripadanya.

Aaydan membiarkan pintu rumah terbuka luas agar tidak menimbulkan fitnah dimata jiran tetangga.

Farhan dan Amil juga ditugaskan untuk berjaga dihadapan pintu supaya senang kalau apa-apa terjadi.

Aaydan meletakkan beg pakaian Zara di ruang tamu dan melihat Zara yang terpegun memandang sekeliling rumahnya.

"Mulai harini, kau tinggal dekat sini" kata Aaydan memecahkan kesunyian.

Zara yang tersedang terpegun terus mengalihkan pandangan ke arah Aaydan yang sedang berdiri tegak sambil tangan didalam kocek seluar.

"Cantik sangat rumah ni Aaydan, bulanan mesti mahal kan?" balas Zara.

Aaydan melabuhkan punggung di atas sofa lalu menindih kaki kanan ke atas kaki kiri. Dia bersandar dan berpeluk tubuh sambil memandang Zara.

"Ada aku suruh kau bayar sewa ke?" tanya Aaydan. Zara hanya menggeleng kepala sahaja. Dia ni banyak betul mood, kejap serius, kejap kepala gila.

"Maksudnya kau tinggal dekat sini percuma, takperlu bayar apa-apa, cuma satu je syaratnya" ujar Aaydan sambil memandang tepat ke arah Zara. Beku dan kosong sahaja wajahnya sekarang.

Amil dan Farhan yang mengintai sekilas ke dalam itu tidak sengaja melihat wajah Aaydan dan terus sahaja memandang sesama sendiri.

"Ini tuan Aaydan ke tuan Aayden?" bisik Farhan kepada Amil.

Amil mengangkat bahunya lalu melihat muka tuannya sekali lagi. Dia menggaru kepalanya.

"Kalau dua-dua serius, aku pun takboleh bezakan. Sejak bila tuan Aaydan kita ni serius? Sebelum ni dia mana pernah serius" bisik Amil.

Zara yang mendengar kata kata Aaydan terus mengerutkan dahinya. "Syarat apa pulak ni awak?" tanya Zara.

Aaydan bangun dan membetulkan jaket kulit berwarna hitamnya. Dia memandang Zara lalu mendekati gadis itu.

"Syaratnya senang sahaja bunny, jangan pernah terfikir untuk lari daripada aku. Kau lari la jauh mana sekali pun, aku tetap akan cari kau sampai jumpa" bisik Aaydan.

"Ingat ayat aku, sekali aku dah genggam, aku takkan pernah lepaskan" bisiknya lagi.

Zara yang berdiri di hadapan meja makan terus mengundur kebelakang dan memejam mata redha apabila punggungnya menyentuh meja.

Aaydan senyum senget lalu kembali menjarakkan diri daripada Zara.

"Itu sahaja syaratnya, mudah kan?" tanya Aaydan.

Zara memandang tajam anak mata Aaydan lalu memeluk tubuh.

"Kalau saya cakap, saya nak lari juga daripada awak, macam mana?" ujar Zara dengan berani.

Aaydan tertawa sinis menyerlahkan lesung pipit di pipi sebelah kiri.

"Chubby bunny, dont try me. It wont be good for you my lady" balas Aaydan dengan senyuman manis yang agak seram.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now