CHAPTER 16~Pulang

283 16 0
                                    

*CHEN POV*

Aku tersedar dari tidurku apabila handphoneku berdering minta diangkat. Aku melihat gerangan yang menelefonku pada skrin. 'Omma'.

Aku mengangkat panggilan omma. "Yeoboseyo?... Nae, omma... Chen dekat hospital ni... Tak. Chen okay. Cuma Chanyeol je... Dia kemalangan tiga hari lepas... Betul, omma... Dia dah semakin okay.... Chen okay. Tahulah Chen jaga diri, omma.... Nae. Anyeong."

Panggilan putus.

Aku bangun untuk mencuci muka ditandas. Tiba2, mataku menangkat sesuatu. Aku tersenyum.

Aku mengaambil hanphoneku dan menangkap gambar Baekhyun sedang memeluk Kiara.

Aku tersenyum sinis sebelum masuk ke dalam tandas.

_____________

"Chanyeol dah boleh discharge. Nanti kamu boleh bayar dekat kaunter. Saya akan check dia lagi sebelum dia balik." Kata doktor yang baru memeriksa Chanyeol.

"YEah! Chanyeol hyung dah boleh balik!" Sorak Tao kegembiraan. Chanyeol hanya tersenyum melihat kerenah maknae EXO-M itu.

"Tapi, kau tak boleh banyak gerak tau. Tangan dengan kaki kau tu tak sembuh lagi. Kau duduk je dorm. Tak payah practise." Nasihat Suho sebagai seorang leader.

"Aku tahulah." Kata Chanyeol pasrah.

"Chanyeol dah nak balik. Kau bila lagi Baekhyun?" Tanya Kris. Baekhyun memandang Kris.

"Haah. Nak dekat dua minggu kau dekat rumah Kiara. Tak nak balik dorm ke?" Soal Luhan pula.

"Kau ni. Biarlah dia orang nak bermadu kasih. Nanti bila dah berpisah, boleh jumpa dekat U je." Kata Xiumin sambil memandang Baekhyun dan Kiara.

Kiara tertunduk malu. Mukanya sudah merah menahan malu.

"Banyaklah kau punya bermadu kasih. Aku tak tahulah bila aku balik. Tapi sebelum hari Ahadlah." Kata Baekhyun memberitahu bila dia akan pulang semula ke dorm EXO.

"Baguslah. Tak adalah kesepian si Chanyeol ni, hah. Betul tak, Kiara?" Kata Suho. Kiara mengangguk.

Tak. Kalau dia nak balik hari Ahad ni, maksudnya aku tinggal lagi tiga hari je dengan dia. Muka Kiara berubah. Ada rasa sedih dalam hatinya.

"Kau kenapa, Kiara? Muram je aku tengok." Kata Chen. Kiara mengangkat muka.

Dia tersenyum. "Aniya. Aku okay." Bohong Kiara. Chen seolah2 boleh meneka apa yang difikirkan oleh Kiara.

"Dahlah. Jom kemas." Kata D.O. Mereka mengemas bilik Chanyeol dan bersedia untuk pulang.

"Ni dia kad, encik." Jururawat itu memberikan semula kad Suho.

"Gomawo." Ucap Suho sambil memberikan senyuman manis kepada jururawat itu. "Gaja!" Kata Suho dan mereka pulang ke dorm.

EXO naik van dia orang manakala Baekhyun dan Kiara naik kereta Baekhyun.

______________

"Arghhh!!! Rindunya dorm!!!" Jerit Sehun sebaik sahaja sampai di dorm mereka. Dia terus menghempaskan badan diatas sofa.

"Masuklah." Pelawa Kai. Kiara masuk ke dalam dorm EXO. Inilah kali pertama dia masuk ke dalam dorm EXO.

"Kau nak duduk ke nak tidur?" Soal Kai.

"Tidur?" Soal Kiara pelik.

"Dekat bilik Baekhyun." Jelas Kai. Kiara mengangguk. Kai membawa Kiara ke bilik Baekhyun.

"Ni bilik Baekhyun dengan Chanyeol. Kau duduklah dulu. Aku nak kemas barang." Kata Kai lalu meninggalkan Kiara didalam bilik perkongsian Chanyeol dan Baekhyun.

LOVE FATE (EXO Baekhyun ff)Where stories live. Discover now