Camelia yang sedang nyenyak tidur terus terjaga apabila rasa mual secara tiba tiba. Dia menekup mulut lalu menyelak selimut dan terus berlari ke bilik mandi. Terus dia mengeluarkan segalanya di sinki.Dia menampung tangannya di tepi sinki lalu mencuci mulut setelah puas muntah segalanya.
Lemah dia rasakan sekarang ni, dia melangkah longkai kembali ke katil dan terus membaringkan badan di atas katil.
Aayden yang sedang menghadiri mesyuarat terus teringat akan isteri dirumah sendirian.
Buat apa agaknya budak kecil tu? Dah sarapan ke belum. Dia menarik nafas dan kembali memberi tumpuan kepada mesyuarat hari ini.
Camelia yang merasa mual dan sakit di bahagian tekak terus bangun dan bersandar di kepala katil.
Dia menuang air kosong yang sentiasa tersedia di atas meja tepi katil. Dengan bismillah, dia menghabiskan segelas cawan air kosong bagi menghilangkan mual itu.
Kenapa mual semacam ni? Aku salah makan ke semalam? Tapi Aayden okay je, makan makanan yang sama juga.
Setelah puas berfikir, akhirnya Camelia teringat sesuatu, terus dia mencapai telefon bimbitnya. Dia membuka aplikasi kalendar dan melihat tarikh hari ini.
Terbeliak matanya apabila menyedari bahawa dia sudah lewat datang bulan hampir lima hari. Kali terakhir dia datang bulan sewaktu kejadian di butik Dior bulan lepas.
Dia tidak lah selembab itu untuk tidak berfikir mengapa dia lewat datang bulan lima hari. Lagipun usia perkahwinan mereka sudah mencecah dua bulan.
Terus dia turun dari katil dan menuju ke bilik wardrobe. Dia menyelongkar laci kabinet mencari sesuatu yang sangat penting saat ini.
Aduh mana dia, baru je aku kemas minggu lepas. Setelah seminit mencari, akhirnya dia berhasil mencarinya.
Dia mengambil kit ujian kehamilan tersebut dan menuju ke bilik mandi.
Setelah 15 minit mandi dan melakukan ujian kehamilan tersebut, akhirnya Camelia keluar dari bilik mandi. Dia menggenggam kit ujian kehamilan itu dan melabuhkan punggung di atas katil.
Dia menarik nafas panjang lalu menghembus perlahan lahan. Berdebarnyaaaaaa. Dengan secara perlahan lahan dia melihat keputusan ujian tersebut.
Dua garis maksudnya? Tergamam, terpaku, terkedu, terkelu dan semualah. Itu perasaan dan reaksi Camelia apabila melihat keputusan ujian kehamilannya.
"Im pregnant? Seriously? Arghhhhh alhamdulillah" terjerit sendiri Camelia saat ini. Dia melompat lompat kecil sambil tersenyum gembira.
Terus dia mencapai telefon untuk membuat panggilan kepada Aayden. Namun tangannya terberhenti seketika.
"Why not kita buat kejutan untuk abang? Mesti abang happy kan!" begitu gembira Camelia apabila mendapat idea untuk membuat kejutan untuk sang suami dan juga bakal menjadi seorang ayah.
♾️🦋♾️
Aayden yang baru sahaja membuka pintu rumah terus terkejut melihat keadaan rumah yang gelap gelita.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...