Setelah siang berlalu,kini malam pula datang menjelma.Di mana semua orang sudah merehatkan diri,mengisi tenaga yang di guna siang hari.Tetapi tidak pada Alya Qaisara,dia duduk di atas tilam nipisnya bersama tangan kecilnya yang tidak berhenti dari menekan sisi kepalanya.Berharap sakit yang di alaminya akan hilang.Air mata menemaninya di malam itu.Sakit yang kepalanya datang lagi.Kepalanya terasa mahu pecah.Sakit.Terlalu sakit sehingga dia tidak dapat melelapkan matanya walaupun dirinya sedang mengantuk.
Menangis dan terus menangis.Ubat sakit kepala juga sudah tidak berkesan.Dia buntu.Mahu mengadu pada suaminya,dia tiada kekuatan.
Dia melihat jam di telefon nya,jam menunjukkan pukul satu pagi.Dia berjalan perlahan-lahan keluar dari biliknya menuju ke dapur.
Sesampai sahaja dia di ruang dapur.Dia mengambil segelas air kosong lalu di minum.
Setelah selesai,dia tidak masuk kebiliknya malah dia duduk di kerusi meja makan dengan kepalanya yang sudah di rebahkan di atas meja makan.Penat.Akhirnya dia terlelap dalam keadaan duduk di kerusi meja makan.
Jam pun menunjukkan pukul enam pagi.Zyan Rafael turun ke tingkat bawah dengan pakaian santai.
Dia berlalu kebilik tidur isterinya.Tetapi sebaik sahaja dia menolak pintu bilik isterinya, tubuh kecil isterinya tiada.Dia berlalu pula keruang dapur.Mesti isterinya ada.Betul.Isterinya ada di ruang dapur tapi kenapa isterinya seperti tidur.Bukan seperti biasa yang sudah berperang dengan kuali.Tanpa menunggu lama,dia menghampiri tubuh kecil itu.
"Qaisara bangun."
Dengan sekali kejut,Alya terus terjaga.Dia menoleh kearah suaminya yang berada di sisi kerusi.
"Tuan."
"Kenapa kau tidur sini?"
"Saya terlelap tadi.Nak buat sarapan sebenarnya." Tipu Alya.Mana mungkin dia memberitahu keadaannya semalam.
"Haih kalau mengantuk lagi,tak payahlah bangun awal sangat.Tengok sekarang kau tak cukup tidur.Muka kau pun dah pucat."Bebel Zyan Rafael.
Manakala Alya hanya tersenyum nipis.Kalaulah suaminya tahu keadaannya.
"Takpe tuan.Erm hari ni tuan nak sarapan apa?"
"Tak payah masaklah,aku pergi beli jap."
"Eh takpe tuan.Saya boleh masak.Membazir kalau beli."
"Tapi kau macam tak okey je."
"Okeylah tuan.Saya masih boleh masak, tuan bagitahu jee apa tuan nak makan.Selagi saya boleh buat saya akan buat."
"Okeylah kalau kau cakap macam tu.Ermm aku nak nasi goreng dengan ayam berempah.Boleh?"
"Boleh tuan.Tuan pergilah dekat depan,nanti saya dah siap saya panggil tuan."
Zyan Rafael mengangguk dan terus meninggalkan isterinya.
Sampai sahaja di ruang tamu.Dia duduk di sofa dan mula membuka TV.
Dalam dia duduk santai,telefon pintarnya berdering.
Carl Ayden. Nama yang terpapar di skrin telefonnya.
"Kau nak apa?" Soal Zyan Rafael tanpa basa basi.
"Aku just nak bagitahu kau yang Yasmeen dah balik sini malam tadi.Aku nampak dia dekat mall."Balas Carl Ayden di balik talian.
"So?aku dah takde apa-apa dengan dia.Lantak dia nak jadi apa."Balas Zyan Rafael tanpa perasaan.
"Baguslah.Kau jaga isterinya kau.Aku rasa Yasmeen tu nakkan kau balik."
"Shit.Sampai mati aku takkan terima dia.Betina tak guna."
"Rileks bro.Okeylah aku cuma nak kau tahu jee.Mana tahu dia datang cari kau kan.Dia tu licik"
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...