51

175 12 0
                                    

"Iraa, tuu, buka dahulu besi itu sebelum keluarkan kainnya." Aku anggukkan sahaja kerana iya lah, Aden lebih tinggi ilmunya tentang Camping berbanding aku.

"Okay" tiba tiba mataku tertumpu pada sebuah bekas yang tampaknya buruk. "Eh? Apa ini?"

Tersenyum aden "entahlah, cuba buka?" Dengan perlahan, bekas buruk itu aku buka. Sebuah cincin emas, berkilauan dan bersih.. Apa ini? "Aden..? Apa ini?"

Dia tersenyum "erm.. Elryna, saya.. Disebabkan Aafazyad telah melepaskan awak.. Dalam lubuk hati aku, tercipta sebuah perasaan.. Yang memaksa aku untuk menjaga kau.. Elryna, niat aku, mahu menjaga kau.. Sebagai seorang 'isteri' yang halal."

"Kalau mahu dibandingkan cincin emas itu dengan awak, awak lebih berharga.. Biarlah kehilangan semua harta yang aku miliki asalkan kau masih berada dengan aku."

"Okey..? Jadi.. Elryna Sapphira.." Dia mula melutut dihadapanku. "Izinkan aku, untuk menjadi ketua keluarga kita, untuk membina sebuah istana, bukan hanya untuk kita tetapi.. Demi Zrie juga.."

"Aku.. Tidak pernah jatuh sedalam ini pada seorang bidadari didalam hidupku. Ada kau didalam hidupku, membuat aku sedar bahawa cinta sehidup semati itu wujud."

"Jadi.. What's your answer? Will you let me be the one who'll take care of you?"

Tetapi.. Bagaimana dengan Aafazyad? Tidak akan lah aku mahu lepaskan dia begitu sahaja..? Tetapi.. Aku juga tidak boleh biarkan Aden meletakkan harapan penuh kepadaku.

Sudah lama dia menjaga aku sejak aku dan Aafazyad bercerai.. Kasihan juga. "erm.. Aden, aku hargai nya tapi..  Aku-"

"Elryna Sapphira? Tolonglah? Kau pun tahu.. Niat aku baik.. Bukannya untuk merosakkan kau.." Aku menghela nafas. "Kau.. Ada cukup duit ke..?" Dia tersenyum "kau fikir dari awal aku tidak terfikir untuk menghalalkan engkau? Sejak kau cerai dengan Aafazyad lah aku sudah berazam untuk mengumpulkan duit aku, demi kita."

"Tapi.. Dari sekolah menengah lagi aku suka akan engkau.. Tetapi selepas dapat berita bahawa engkau telah berkahwin dengan Aafazyad.. Aku.. Ingat aku tidak berpeluang untuk mendapatkan engkau. Tetapi.. Sekarang sudah lain kan?"

"Erm minta kebenaran Zrie"

"Zriee.. Boleh uncle minta sesuatu?" Soal Aden kepada Zrie, dimana dia sedang menikmati sebatang aisrkim yang baru dibelinya. "Apa? Uncle nak cakap apa? Nak bagi Zrie candyy??"

Kata kata zrie itu sudan cukup menggelikan hati Aden tetapi dia mengelengkan kepalanya "salah.. Uncle nak zrie bagi kebenaran pada uncle supaya jadi.. Daddy baru kepada zrie"

Kata katanya itu! Terbatuk Zrie! "Hah? Daddy baru zriee?!" Pada mulanya dia fikir dia bakal ditolak dan dimarahi oleh Zrie tetapi.. "Yeay!!!! Nakk daddy baru! Nak daddy baru!! Yeay Zrie ada daddy baru!! Uncle aden!!"

Dia lantas memeluk tubuh Aden "eh tapi.. Daddy Aafazyad macam mana?" Soal Zrie dengan comelnya. Sedihnya.. Dia tidak tahu hal sebenar yang terjadi.. Baru masuk tadika kan.. Alangkah bagusnya jikalau dia faham apa maksud 'cerai' itu..

"Er.. Daddy Aafazyad busy kerja sebab itulah daddy dengan mummy berpisah.. Daddy tak ada masa untuk mummy tapi sekarang daddy Aden ada untuk teman Zrie selalu, okay?" Aden membujuk Zrie. "Okay! Tapi Zrie nak daddy bagi candy!"

Senang begitu sahaja Zrie ini mahu menerima orang baharu didalam hidupnya.. Kasihan aku melihatnya.. Bapa kandungnya sendiri telah pergi meninggalkannya.

"Iyee nanti daddy Aden bagi Zrie candy percuma!"









"Aeril, kau dapat track tidak lokasi Elryna?" Soal Zyad kepada Aeril. "Eh? Bukan kau orang dah cerai ke?" Zyad mengenggam tangannya "apa salah aku mahu melihat dan menjaga bekas bini aku dari jauh?! Salah? Bekas bini siapa? Aku ke engkau? Yang engkau mahu menyoal itu ini bagai kenapa?"

Tengkingnya dengan keras. "Eleh. Sikit sikit sudah lah, aku soal sedikit sahaja pun. Ha ye sebentar" dia mulakan tugasnya untuk mencari lokasi aku.

Kan dari awal Aafazyad telah aplikasikan sebuah tracker pada telefon bimbit aku? Jadi? Senang lah kerjanya mahu cari lokasi aku walau dimana jua aku berada.

"Aku dah jumpa."

"Mana?" Skrin ditujukan kepada zyad. "Ah? Oh di pantai?" Aeril mengangguk. "Agaknya dengan siapa? Hm.."

Tetapi.. Dia tidak lari dari memikirkan nama seseorang.. "Aden.." Wajahnya bertukar masam. Dia tahu, orang yang bakal menemani bekas isterinya itu pasti aden.

"Ah aku rasa aku dah tahu siapa.. Siapa lagi yang selalu menjadi orang ketiga didalam hubungan kami selain aden?" Aeril mengangguk, setuju akan kata kata Aafazyad.

"Dah tu, kau mahu aku buat apa?"

"Entah. Bahaya juga jika biarkan Aden menemani Elryna. Lama kelamaan mungkin perasaan diantara mereka berdua terlahir."

Telefonnya dibuka, namaku terpapar. "Elryna. Macam mana khabar Zrie?" Soalan ditujukan kepada aku untuk mengelak apa apa sahaja yang boleh membuatkan Elryna meluangkan masa lebih kepada Aden.




TING

1 NEW MESSAGES

"Ah.."

Aku buka pesanan dari Aafazyad lalu dengan lantas jari menaip. "Ya? Uh Zrie baik baik sahaja, kenapa awak tanya? Rindu dia?"

"Siapa itu?" Soal Aden apabila dia perasa bahawa riak wajahku berubah sedikit. "Oh.. Aafazyad. Dia tanya fasal khabar Zrie.. Tiada apa lah kot.. Tanya khabar anak sahaja tiada kes atau hal lain."

"Mummy! Bila mummy dengan uncle Aden nak kahwin?? Nantii Zrie mahu jadi pengapit! Hehe nak candy!" Tergelak aku melihat karenahnya.

"Amboi? Zrie mahu uncle Aden jadi daddy baru Zrie ye? Hehe boleh.. Tengoklah dalam beberapa bulan lagi, ya?" Aden mengalihkan pandangannya kepadaku "erm.. Nanti, invitation tu kau mahu beri pada Aafazyad kah? Iya lah.. Kau orang berdua kan baru sahaja bercerai.. Tidak kah hal ini bakal menyakitkan hatinya melihat bekas isterinya berkahwin lain?"

"Dia yang mahu cerai. Bukan salah aku. Itu keputusan dia. Aku rasa dia dah tawar hati pun dengan aku jadi apa aku mahu kisahkan? Beri sahaja lah, dia mahu datang dia datang, dia tidak mahu datang ha ikut dia sahajalah."

Jawabku dengan dingin. Walau hati susah mahu meninggalkannya tetapi apakan takdir telah ditetapkan untuk aku dan Aafazyad.

Dia sendiri yang mahu ceraikan aku, dia yang berkuasa didalam hubungan kami, bukannya aku. Zrie pun dia lepaskan kepadaku, tanggungjawab kepadaku untuk menjaga Zrie. Dan sekarang juga sudah ada jejaka yang mahu menjadikan aku sebagai permaisurinya.

Walau kenangan aku dan Aafazyad tak dapat diulang semula.. Anggap sahaja lah aku sebagai rumah singgah baginya.

Dan disinilah dimana aku melepaskan Zyad . Dan disinilah dimana Aden datang, membawa tanggungjawab bahawa dia bakal menjaga aku dan Zrie sehingga akhir hayatnya.

"Kita teruskan sahaja lah perkahwinan kita.. Kalau kau mahu.. Aku tidak kisahlah apa yang mahu Zyad kata padaku.. Aku.. Sedar bahawa ada seorang jejaka yang sedang menantiku."

𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now