🥀Bab 30🥀

11.5K 380 50
                                    

Alya dengan wajah gembira turun ketingkat bawah rumah ibu mertuanya.Malu dengan usikkan suaminya.

Dia masuk ke ruang dapur.Sunyi.Memandangkan semua berada di bilik solat.Mungkin mak Leha juga solat.Dia terus melihat pinggan kotor yang di susun di atas singki.Mesti Mak Leha mahu basuh.

Tanpa banyak bunyi,dia terus membasuh semua pinggan mangkuk serta peralatan yang kotor di guna untuk masak.

Dalam dia fokus membuat kerja,ada suara di belakangnya.

Dia terus menoleh,setelah melihat pemilik suara itu dia memberikan senyuman nipis sebelum bersuara.

"Nana kenapa?" Soal Alya.Tetapi senyuman serta soalannya tidak di balas,malah dia di berikan jelingan maut.

"Aku tak tahulah kau buat apa dekat Pael,sampai dia boleh kawin dengan perempuan kampung.Setahu aku teste dia bukan orang kampung.Tekejut juga aku Pael tak jadi kawin dengan Yasmeen." Ujar Nana sambil berpeluk tubuh dengan wajah yang memandang wajah polos Alya.

"Kau bagi Pael makan apa hah perempuan?" Sambung Merah yang baru masuk keruang dapur.

"Tak saya tak buat apa-apa." Balas Alya perlahan.

"Tipu!kalau kau tak buat apa-apa kenapa Pael kawin dengan kau yang hodoh ni."Sambung Merah lagi.

Alya hanya diam.Dia menunduk.Takut melihat wajah kedua gadis di depannya.

"Hye kau tahu tak,kau tak layak masuk dalam keluarga ni.Memalukan tahu tak.Dahlah hodoh asal dari kampung pulak tu." Ujar Nana pula sambil menolak kasar tubuh kecil Alya sehingga tubuh kecil itu tergerak kebelakang.Alya mula menggigil tanda takut.

"Saya minta maaf,kalau kehadiran saya buatkan Nana dengan Merah tak selesa." Balas Alya.

"Memang!memang pun.Kami jijik.Kami tak suka kau.Kau bukan Yasmeen yang pandai bergaya.Kau hanyalah perempuan kampung yang hodoh."Balas Nana lagi.

"Ni,otak ni mesti bodoh kan?" Kutuk Merah seraya menolak sisi kepala Alya yang berbalut tudung.Alya hanya diam tidak membalas.

"Aku dengar kau kawin dengan Pael sebab nak tutup malu family kitaorang jee.Bukan sebab cinta kan?so kau mesti tahu Pael tak cintakan kau kan?Kan!"

"Tak.Suami saya cintakan saya.Saya tahu." Bantah Alya dengan wajah menahan tangis.
Dan bantahannya itu di balas dengan ketawa mengejek dari Nana dan juga Merah.

"HAHAHAH aduh Nana kau dengar tak dia cakap apa?hahaha yakin nyee dia." Ucap Merah.

"Kau ni layak jadi maid jee.Tak layak jadi isteri Pael." Tambah Nana pula sambil menarik tangan kecil Alya dan menolak kuat tubuh kecil itu ke singki.

"Hah tu kerja kau.Tak payah merungut.Kau tak yah ikut kitaorang kumpul.Buat semak je." Sambung Nana.

Alya hanya mampu mengangguk.Air matanya mula mengalir laju.Dan tanpa dia sedari,Merah datang menghampirinya dengan membawa segelas air panas yang baru mendidih.Tanpa rasa bersalah dia menuang air panas itu ketangan kecil Alya yang masih berdiri di depan singki.

"Arghhh." Alya menjerit kesakitan apabila merasa tangannya di simbah air panas.Laju dia menghidupkan air dan terus meletak tangannya yang sudah menggigil itu ke arah pancuran air.Air matanya semakin laju.Sakit pada tangannya tidak boleh di tahan lagi.Habis satu tapak tangannya melecur di sebabkan air panas itu.

Manakala Merah dan Nana sudah tersenyum sinis memandangnya tanpa niat mahu membantu.

"Jom Mer,jijiklah duduk dekat dapur Mak ngah ni.Ada minah kampung." Ucap Nana sebelum beredar pergi diikuti oleh Merah.

Alya yang perasan tiada lagi dua gadis itu terus mengeluarkan tangisannya yang di tahan sedari tadi.

"Hiks hiks,hiks." Dia menangis tersedu sedan sambil melihat tangannya yang putih itu sudah bertukar merah.Macam mana dia mahu masak untuk suaminya. Mesti susah guna satu tangan.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now