Bab 25

28 1 0
                                    

Janji temu makan tengah hari bersama client bertukar menjadi reunion antara dua insan yang pernah bergelar sahabat. Emir duduk berhadapan dengan Khaleel.

"Khaleel, aku tak sangka kau akan sampai ke tahap ini. Memaksa Sofia untuk berkahwin dengan kau? Kau dah gilakah?" kata Emir dengan nada tegas.

Khaleel tersenyum sinis. "Kau tak faham, Emir. Sofia sepatutnya bersama aku dari awal. Aku tak sangka aku biarkan ketamakan aku mengaburi mata,"

Emir mengepalkan tangannya. "Sofia berhak nak tentukan pilihan dia sendiri. Kau tak boleh paksa dia,"

"Macam kau tentukan pilihan dia dulu? Bukankah itu juga punca penceraian kamu?" Khaleel senyum sinis.

Khaleel bersandar ke belakang, matanya memandang Emir dengan penuh intimidasi. "Kau tak tahu apa-apa tentang apa yang aku boleh buat, Emir. Jangan cabar aku,"

Emir menegakkan dirinya, memandang Khaleel dengan pandangan mata yang tajam. "Ini amaran terakhir aku. Jangan ganggu Sofia lagi. Kalau kau terus kacau dia, kau akan berdepan dengan aku."

Khaleel ketawa kecil, tetapi matanya dipenuh dengan keazaman. "Kita tengok siapa yang akan menang akhirnya, Emir."

Khaleel berdiri kemudian menepuk bahu Emir. Kakinya melangkah pantas meninggalkan Emir.

Malam itu, Sofia , Wafa, Hani, dan Mia untuk berkumpul di rumah Mia. Sudah lama mereka tidak berkumpul berempat kerana kesibukan masing-masing, dan Sofia merasakan ini adalah waktu yang tepat untuk melupakan sejenak segala masalah yang dihadapinya.

Mereka duduk di meja makan, menikmati makanan sambil berbual mesra. Mia, yang selalu penuh dengan soalan, tiba-tiba bertanya, "Jadi, macam mana dengan Alvin? Kau dengan dia macam mana sekarang, Sofia?"

Sofia mengeluh kecil, tetapi bibirnya masih tersenyum. "Nak jujur ke nak tipu?"

Ketiga-tiga sahabatnya memandang Sofia dengan kerutan di dahi. Sofia tergelak. "Jujur, aku masih tak ada perasaan kat dia,"

Dia menyambung. "Alvin lelaki yang baik, tapi hati aku masih belum terbuka untuk dia."

Wafa tersenyum nakal. "Mungkin sebab ada someone yang dah lama mencuri hati kau?"

Hani ketawa kecil. "Kan! Orang tu dekat aje tapi jauh. Kadang-kadang elok aje berbual tiba-tiba bergaduh pula,"

"Kalau ada apa-apa, dialah manusia terpaling risau," sambung Mia.

Sofia menjeling ke arah mereka bertiga. " Aku dengan Emir cuba untuk co-parent. Tak ada apa-apa pun,"

Mia memandang Hani dan Wafa. "Eh, kita tak kata pun lelaki tu, Emir. Kan,"  Mereka bersorak sambil saling bertolakan.

Sofia tersipu-sipu, pipinya merona merah. "Eh... Bodohlah korang ni"

Mia menyambung dengan nada mengusik. "Tapi serius cakap, kau nampak lain bila dengan Emir. Macam ada spark gitu."

Sofia menggelengkan kepala, tetapi tidak dapat menahan senyuman. "Nope! Buat masa sekarang, aku nak fokus dengan keselamatan dan masa depan aku dengan anak-anak aku,"

"Baiklah yang berhormat! Kami sokong!" Hani menepuk-nepuk bahu Sofia.

Mereka semua ketawa dan meneruskan perbualan dengan lebih santai. Walaupun Sofia masih keliru dengan perasaannya, dia merasa lega mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa menyokongnya. Perjalanan masih panjang, tetapi dengan bantuan mereka, dia yakin dapat mengharungi segala rintangan yang mendatang.

Selepas sesi melepak dengan kawan-kawan habis, Sofia termenung memandang langit malam yang dipenuhi bintang, membiarkan fikirannya melayang jauh. Udara malam yang sejuk menyapa lembut wajahnya, memberikan sedikit kelegaan dari segala tekanan yang dia hadapi.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now