Chapter 1

4 2 1
                                    


   Melissa sedang bersiap di dalam biliknya ditemani oleh beberapa pelayan dan pembantunya. Semasa Melissa sedang didandan, dia mendengar ketukkan pintu biliknya dan ternyata itu Raja Lerront, bapa kepada Melissa datang untuj melihat puterinya yang bakal menjadi ratu. "Puteri kecil ayah sudah siap?", tanya Raja Lerront kepada anaknya. Melissa hanya menganguk kecil, tidak mahu membuat pelayan-pelayan hilang fokus semasa mendandannya.
_______________________________________
Beberapa minit kemudian...
_______________________________________

   Melissa memandang dirinya dari pantulan cermin dan berpuas hati dengan gaun dan aksesori yang cantik itu. Raja Lerront berdiri di belakang Melissa sambil memegang bahunya dan berkata, "Dah nak jadi ratu dah anak kesayangan papa ni. Tak sangka masa berlalu dengan cepat. Papa rasa macam baru semalam papa ajar kamu cara berjalan".

   "Alah papa ni! Mel dah besar lah! Dah 18 tahun dah umur Mel!", kata Melissa sambil ketawa kecil mendengar kata-kata bapanya.

   Raja Lerront ketawa kecil dan usap kepala anaknya itu. Memang benar. Raja Lerront tidak percaya yang anaknya akhirnya menjadi ratu. Memorinya bersama anak kesayangannya itu masih segar didalan ingatannya. Seakan-akan baru sahaja berlaku. Kemudian, mereka berdua pergi ke dewan untuk hari pertabalan anaknya, Melissa.

   Setibanya di dewan, Melissa berdiri di hadapan bapanya. Lalu, bapanya menyarungkan mahkota baginda ke Melissa sebagai tanda penyerahan takhtanya kepada Melissa. Semua orang yang hadir di dewan itu tepuk tangan dengan gembiranya.

   Pada malamnya, Melissa dan bapanya mengadakan majlis sambutan sempena hari pertabalan Melissa. Semua rakyat di Kerajaan Wizerland hadir dan walaupun hanya suku daripada kerajaan itu manusia dan sisanya ialah seperti pari-pari, penyihir, goblin, naga dan makhluk mitos lainnya.

   Ya, Kerajaan Wizerland adalah salah satu kerajaan yang hampir semua makhluk mitos hidup dengan aman dan harmoni bersama manusia yang lain.

Selepas sahaja jam 12 malam berlalu, majlis itu pun berakhir dan semua rakyat pulang. Begitu juga dengan Melissa. Dia pulang ke biliknya dan menukar gaunnya ke baju tidur yang ringkas dan selesa. Beberapa minit selepas dia selesai menukar pakaiannya, pintu biliknya diketuk dan Raja Lerront maruk ke bilik Melissa. "Melissa sayang, ayah ada hadiah untuk kamu!", Raja Lerront tersenyum dan memberi Melissa sebuah kotak aksesori kecil.

   Melissa buka kotak tersebut dan mendapati ada seutas kalung didalanmya. Kalung itu mempunyai permata biru ditengahnya dan berbentuk bulat kecil. Walaupun kecil, ia tetap kelihatan elegen apabila dipakai.

   "Ini kalung yang mama kamu selalu pakai semasa dia masih hidup", Raja Lerront memandang kalung yang dipakai Melissa sambil tersenyum. Melissa memandang bapanya dengan mata yang lebar. Selalunya, bapanya ini tak suka bercakap pasal ibunya ini. Walaupun Melissa tidak tau kenapa, dia tidak mahu tanya kepada bapanya kerana tidak mahu membuat bapanya sedih. Mungkin itu perkara yang terlalu sensitif untuk diceritakan oleh Raja Lerront.

   "Terima kasih papa. Mel akan jaga kalung ni baik-baik", Melissa berkata sambil memeluk bapanya. Dia tahu yang bapanya agak sedid bila bercakap fasal ibunya.

   Selepas itu, Raja Lerront balik ke biliknya dan Melissa baring di katilnya dan memandang kalung berwarna biru laut yang diberi bapanya itu. Melissa tidak tidur. Sebaliknya, dia hanya memandang kalung yang diberi oleh bapanya daripada ibunya yang sudah tiada dengan senyuman kecil. Melissa fikir sekurang-kurangnya kalung itu boleh mengubati rindunya kepada ibunya.
_______________________________________
Keesokkan harinya...
_______________________________________

              Bersambung di chapter
              Seterusnya ~(•w•~)★....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BloodLineWhere stories live. Discover now