Bab 23 🔥

6.9K 240 7
                                    


Camelia yang sedang mengintai Aayden daripada dinding bilik kerja lelaki itu terus sahaja masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

Camelia menuju ke meja kerja Aayden lalu memanjat naik dan duduk di atas meja.

Aayden yang sedang ralit menyemak fail terus mengangkat muka memandang gerangan yang datang mengacaunya.

Dia tersenyum manis sehingga sepet mata apabila Aayden menjelingnya dengan hujung mata.

"Manja nak apa hm? Selalunya manja dah tidur waktu-waktu macam ni" tanya Aayden sambil meletakkan tangannya di atas peha Camelia. Dia mengusap perlahan peha Camelia yang terdedah.

Camelia hanya membiarkan sahaja tangan Aayden merayap ke peha putihnya. Sudah terbiasa dengan tangan gatal si Aayden. Pantang ada peluang, mesti merayap je tangan tu.

"Manja rindu abang lah. Hari ini lepas abang balik dari office, abang mandi lepas tu terus abang masuk bilik kerja. Abang tak layan manja pun hmm" balas Camelia.

Dia memuncungkan bibir tanda merajuk lalu memainkan jari di hujung baju tidurnya.

"Manja nak perhatian abang tapi abang macam taknak layan manja je" perlahan sahaja suara Camelia meluah.

Aayden yang diselubungi rasa bersalah terus mengangkat Camelia dan meletakkan tubuh kecil isteri di atas riba. Dia membetulkan kedudukan Camelia agar menghadapnya.

Dia memeluk pinggang Camelia lalu mengusap belakang badan Camelia dengan lembut.

"Abang minta maaf manja. Kebelakangan ni abang banyak kerja sikit. Abang bukan taknak layan sayang abang ni, abang nak kena semak fail yang klien bagi ni sebelum mesyuarat esok" pujuk lembut Aayden sambil mengusap pipi isterinya yang semakin membulat.

Camelia yang mendengar pujukan daripada sang suami terus mengangkat muka dan memandang anak mata Aayden.

Dia mencari kejujuran dan keikhlasan kata kata Aayden daripada mata cantik lelaki itu. Dan ya, dia nampak kejujuran daripada lelaki itu.

Tersenyum manis Camelia apabila Aayden mengusap lembut pipinya. Dia terus melentokkan kepala di bahu Aayden sambil memeluk erat badan suaminya.

"Manja faham, manja minta maaf kalau emosi manja selalu terganggu sebab pregnancy ni. Manja taknak abang bosan dengan manja" perlahan suara Camelia menyuarakan apa yang terbuku di hati.

"Manja, listen here. Abang tak akan pernah bosan dengan manja, lagipun abang tahu, emosi manja macam ni sebab manja mengandung anak abang. Bukti cinta kita ada dalam rahim manja sekarang. Kita kena jaga betul-betul cinta kita ni" pujuk Aayden lagi. Aayden mengusap lembut perut Camelia yang masih kempis.

Tersenyum Camelia apabila dimanja dan dibelai sebegini. Sudah lama dia inginkan belaian kasih sayang daripada seseorang yang dia sayang.

"Manjaaa..." meleret mengada suara Aayden memanggil.

"Ye abang..." sengaja Camelia meleretkan juga suaranya.

"Tangan abang lenguh la, boleh tak manja tolong urutkan? Manja je yang dibenarkan untuk urut abang" adu Aayden sambil menayang sengihan kambingnya.

Terletus ketawa Camelia mendengar permintaan mengada Aayden. Dengan perlahan dia mengurut lengan Aayden sambil berkongsi aktiviti hariannya dirumah semasa ketiadaan Aayden.

♾️🦋♾️

Inara yang mendengar berita tentang kehamilan Camelia terus mengamuk sakan. Dia menolak semua barangan yang berada di atas meja solek dalam kamar tidurnya.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now