HANS menunggu penuh sabar di meja makan itu. Buat kesekian kalinya, jam Rolex dipergelangan tangannya ditatap. Amanda masih belum turun ke ruang makan.
"Jenny,"
"Iya Hans?" jawab Jenny sambil meletakkan satu teko air panas di atas meja.
"Dah tengok Amanda?"
Jenny geleng kepala. "Not yet, Nak I tengok sekarang?" soal Jenny sambil memanang sekilas kearah jam di dinding. Biasanya, dia atau Hans akan kejutkan Amanda awal-awal pagi tetapi disebabkan Amanda dalam keadaan yang tidak baik semalam jadi Hans tak bagi dia ganggu Amanda awal-awal pagi.
Kata Hans, biar Amanda bangun lambat sedikit.
Tanpa kata, Hans anggukkan kepala.
Jenny berlalu pergi.
Air dituang sendiri ke dalam cawan sementara Jenny menjenguk Amanda.
"Hans!!!"
Laju kepala Hans berpaling kearah wanita bertubuh gempal yang sudah kelihatan cemas itu.
"Why Jenny?"
"Amanda! She's not in her room! Saan siya pupunta? Nag-aalala ako, Hans!" Beritahu Jenny sambil meramas-ramas tangannya sesama sendiri. Dia risau sangat.
•••
Ting! Tong!
Daniel yang sedang menysiapkan menu sarapan buat Tatty terus meletakkan mangkuk ke atas meja.
"Meow..."
"Be patient, baby" balasnya sambil melangkah kearah pintu. Buka sahaja daun pintu, wajah Amanda yang sembap dan merah menyapa ruang pandangannya. Terus ditarik wanita itu ke dalam rumah dan wajah Amanda dipegang dengan kedua-dua belah tangannya. Tubuhnya ditundukkan sedikit menyamakan paras wajahnya dengan wajah Amanda.
"What's wrong?"
Amanda tidak membalas, air matanya tumpah lagi dan dia terus memeluk tubuh lelaki itu dengan erat.
"Amanda sayang..."
"I mimpi buruk... buruk sangat," balas Amanda dalam nada bisik. Dah tak berdaya mahu mengeluarkan suaranya selepas menangis saban malam. Dia langsung tak boleh tidur sehinggalah pagi tadi.
"Mimpi apa?"
Amanda gelengkan kepala.
Faham akan maksud Amanda, Daniel terus mengeratkan pelukannya. Belakang tubuh Amanda diusap-usap sambil dia melabuhkan ciuman diubun-ubun Amanda.
"Don't worry, precious. I am here,"
Amanda memejamkan mata dengan erat.
Hampir satu jam menenangkan Amanda, akhirnya Amanda tertidur diatas sofa bed diruang tamu. Daniel berlalu ke bilik untuk mengambil selimut dan diselimutkan tubuh wanita kesayangannya itu. Dia tidak terus berlalu, ruang berhadapan dengan sofa itu diduduki dan dia terus tatap wajah Amanda yang masih sembap.
Hujung jarinya dilalukan dibawah mata Amanda.
Mimpi apa yang ganggu lena Amanda sehingga Amanda menangis sekuat ini?
Jarinya dibawa turun ke pucuk hidung Amanda yang masih memerah. Sakit dadanya melihat keadaan Amanda begini. Dia kenal Amanda sebagai seorang wanita yang kuat, tetapi semakin lama dia bersama wanita itu dia mula sedar... kekuatan wanita ini juga ada batasnya. Hatinya lembut dan senang terluka.
Matanya diturunkan pada tangan Amanda. Di jari manis wanita itu, ada tersarung cincin berlian yang indah bersinar. Jemari halus itu terus lembut digenggam dengan tangan hangatnya.
YOU ARE READING
Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...