[WRITTEN ON 2 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
GIBRAN BANGUN DARI KERUSI apabila melihat Qaiser melangkah mendekatinya. Mereka bersalaman bersama senyuman nakal di bibir. Talita hanya memandang dua lelaki itu tanpa berkata apa, Qaiser menepuk bahu Gibran beberapa kali sebelum mengambil tempat duduk di depannya.
"It's been awhile, huh?" Gibran bersuara dengan senyuman di bibirnya, Talita berdehem kecil mencuri perhatian dua lelaki itu. Senyuman palsu dihadiahkan pada mereka.
"Sampeyan wis nikah?" Mata Gibran terbuka luas sambil memandang Qaiser dan Talita bersilih ganti. Talita mengerutkan dahinya, dia tidak faham apa yang Gibran sebutkan tadi. [You're married?]
"You must be Amara. Qaiser banyak bercerita tentang awak." Mendengar nama Amara keluar dari bibir Gibran, wajah Talita berubah cemburu. Dia tidak bergerak mendekati mereka, kaku di tempatnya. Rasa cemburunya mendadak, Talita mengawal riak wajahnya supaya bertenang.
"She's my PA, Talita." Balas Qaiser selepas sedar wajah Talita berubah muram. Gibran menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia sengih kekok.
"Sorry. I'm Gibran." Gibran bangun dari kerusinya, dia mendekati Talita lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam. Talita senyum kecil, dia menyambut tangan Gibran itu tetapi hanya sesaat sebelum Qaiser menarik lengan Gibran.
"Let's sit," Ujar Qaiser lalu menarik Gibran duduk di tempatnya semula. Talita berdiri di sebelah meja mereka, senyuman kecil dihadiahkan pada Gibran sebelum dia memandang Qaiser.
"Saya nak pusing-pusing kawasan ni. Tuan Qaiser berbuallah dulu dengan Tuan Gibran." Talita menunduk kecil sebelum menoleh pergi dari situ tanpa menunggu balasan daripada Qaiser.
Talita keluar dari Cafe Plan B itu, dia berlalu masuk ke lorong Concubine Lane yang popular di Ipoh itu. Banyak cenderahati dijual dan banyak juga makanan menarik di situ. Talita memandang sekeliling dan matanya terhenti pada bahagian kaca mata hitam dalam sebuah kedai.
Talita melangkah masuk ke dalam kedai itu, matanya sudah tertumpu pada satu kaca mata hitam yang dia rasa sesuai untuk Zayan. Entah kenapa dia teringin belikan sesuatu untuk lelaki itu. Dia masih ingat semalam sebelum tidur, Zayan sempat menelefonnya.
FLASHBACK
Talita baru selesai memakai baju tidurnya selepas membersihkan diri tadi. Dia duduk di atas katilnya sambil memeriksa email dalam iPad milik syarikat itu. Tiba-tiba ada panggilan daripada telefonnya, Talita melihat nama pemanggil, dia senyum kecil dan menjawab panggilan itu.
"Ada apa-apa yang saya boleh bantu, Tuan Zayan?" Talita bersuara terlebih dahulu, dia mendengar Zayan ketawa kecil. Talita senyum saja.
"How are you?" Soal Zayan dengan nada suara yang lembut, Talita menutup iPad itu, dia bangun dari katilnya dan berlalu ke balkoni bilik hotelnya itu.
"Good. Semua kerja dah settle. Saya ingat nak balik esok but boss pula nak jumpa kawan dia, Tuan Gibran namanya." Balas Talita dengan riak wajah yang berkerut.
"Ah, Gibran. Lama tak jumpa dia. Have fun, Talita. Relax for a while sebelum masuk kerja balik nanti." Pujuk Zayan dengan nada yang tenang, Talita mengeluh kecil. Macam mana dia nak tenang, lelaki yang dia cuba jauhkan diri ada dekat dengan dia sekarang.
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...