"Bermulanya sebuah kehidupan baharu."
"Terima kasih..." saya ucapkan kepada semua pelajar ataupun adik-adik saya dengan lebih mudahnya. Kerana undian dari anda dulu dan para-para guru saya dapat berdiri di sini sebagai ketua pelajar bagi sesi 2020. Terima kasih untuk segala kenangan dan memori yang indah. Harini merupakan hari terakhir saya bertugas sebagai ketua pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Elit Cenderawasih." Ucap Firash. Mesra saja cara ucapnya.
"Dengan ini, saya Tengku Firash Iman Bin Tengku Rashdan. Bakal melepaskan jawatan Ketua Pelajar saya kepada adik junior yang seterusnya. Teruskan, jalankan amanah yang diberikan dengan baik. Semangat. Dan semoga sukses di atas segala apa jua yang kalian lakukan. Assalamualaikum." Sambungnya lagi. Lalu dia mula melangkah turun dari pentas itu. Namun sebelum sempat dia sampai ke anak tangga yang terakhir. Dia baru teringat sesuatu.
Dia pun naik semula ke pentas. "Haa... mohon perhatian. Kepada nama yang saya sebut ni, sila datang berjumpa saya nanti. Elnur Nawwarah, sila jumpa saya nanti ya. Terima kasih."
Gadis itu sedang termenung jauh. Segala apa yang terjadi di pentas tidak diendahkan olehnya. Jiwanya kosong. Kosong sekali.
Kedengaran samar-samar suara orang memanggil dirinya."Warah! Woi Warah?!" Panggil Auni.
"Hm... nak apa?"
"Kau tak dengar ke tadi?? Si Fir tu panggil kau tadi dekat pentas tu ha."
"Haaa?!! What?! Seriuslah?!"
"Iyooo! Buat apa aku nak tipu?"
"Fir ni! Ergh!!" Dengusan kasar meniti keluar dari bibir gadis itu.
Nawwarah terus melangkah ke arah jejaka yang masih setia menunggunya di hadapan bilik mesyuarat itu.
"Nah...," Hulur jejaka itu.
"Apani?" Soal Nawwarah. Dipandang serius wajah jejaka itu.
"A gift." Pendek sahaja jawapan jejaka itu.
"Iya aku tahu. Tapi hadiah apa Fir?"
"Hadiah dari hati ke hati." Sakatnya.
Nawwarah menghembus nafas. Rasa macam nak cekik, tapi haram bersentuhan pula.
"Ala... tak perlu tanya. Jangan risau, aku takkan letak bom atom pun dalam tu. Nanti balik, kau buka lah ya? A last gift from me and sincerely I 'gift' it to you." Jejaka itu tersenyum simpul. Senyuman yang ikhlas mungkin. Sebab bagi gadis itu, senyuman jejaka itu kalini nampak lain sangat.
Diendahkan saja rasa itu. Nanti terjatuh rasa, payah pula, "Cara cakap, macam malaikat maut tengah menunggu waktu nak cabut nyawa dia je." Bidas Nawwarah.
"Memang pun. Tapi malaikat maut tu ada dekat je dengan aku sekarang ni."
Riak wajah yang serius dari tadi terus berubah suram. "Biar betul dia ni? Memang betul waktu dia dah sampai ke? Siap cakap ada dekat dengan dia lagi! Risau."
"Ha! Termenung lagi! Dah dua kali aku panggil nama kau, tak bersahut eh budak?" Tegur Firash. Puas dia petik jari tadi. Sampai hampir nak patah rasanya.
"Aku bukan budak lah! Hm... by the way, pasal malaikat maut tu. Kau memang betul-betul nampak ke?"
"Hm... betul. Nak tahu tak dekat mana dia ada sekarang ni?" Jejaka itu mula mengeluarkan mode mengusik.
"Dekat mana?? Serius nak tahu!" Ulang Nawwarah.
"Dekat depan muka aku ni ha. Malaikat maut yang rendah lagi budak!" Sakat Firash. Dijaga sebaiknya jarak di antara mereka. Takut jadi fitnah pula kang.
YOU ARE READING
Masih Hatiku| Ongoing
Разное{STAND ALONE}✨ Disaat dirinya diselubungi rasa trauma. Segala kata-kata itu akan mula bermain semula di minda. "Diamlah gemuk." "Diamlah budak jerawat." "Diamlah buta." Rumahku? Sini rumahnya... Mengenali sahabat yang baik pun salah satu rezeki, i...