Maaflah ye kalau banyak typo amd merepek.Saya hentam je janji jadi cerita 😭😭
"Riy..." cincin ditangannya dia bukak
"Abang sebenarnya dah lama suka Riy.Dari waktu,pertama kali kita bertentang mata"
"Aduhhh.Cringelah pula" terus dia menutup bekas yang berisi cincin permata itu
"Macam mana aku nak luahkan dekat dia ye" kepala dia pegang
"Tapi.Nanti dia terima ke?"
"Ahh.Suka hatilah.Janji aku bagitahu dia tentang perasaan aku" dia mengukir senyuman lebar
"Tapi.Mana Riy ni? Tak akanlah dia lupa kut"
Dia mencari kelibat Riy
"Tak akanlah dia lupa.Dah masuk setengah jam aku tunggu ni" berkerut dahinya
Air mata yang sudah bertakung di tubir matanya itu jatuh jua
Menggigil tangannya apabila membaca surat itu
"M-Ma" tersekat-sekat suaranya mahu menuturkan ayat
Riy menundukkan kepalanya.Tidak sanggup melihat Arasy begitu
"Nafiyah cakap apa Arasy?" berkerut dahi puan Hijla
"Dia tinggalkan Arasy ma" ucapnya dengan nada kekecewan bersama rasa sedih yang membuak-buak
"Huh?!" kertas ditangan lelaki itu dia ambil
Terkejut dia apabila membaca isi yang berada didalam surat itu
"Astaghfirullahaladzim,bang tengok ni" surat yang berada di tangannya dia hulur
Selepas sahaja membaca surat itu dia memicit kepalanya
"Riy,pergi panggil mama papa Arasy"
Riy hanya menganggukkan kepalanya sahaja sebelum membuka langkah turun ke bawah
Puan Hijla memandang kearah wajah Arasy yang mendung itu.Air mata lelaki itu jatuh tidak berhenti
Jelas tergambar kekecewaan di wajah itu
Encik Nasri mendekati Arasy
"Arasy" bahu lelaki itu dia pegang sekadar mahu menyalurkan kekuatan kepada lelaki itu
Lidahnya kelu,tidak tahu mahu berkata apa
"Hijla? Nasri? Kenapa ni" suara Puan May menampar gegendang telinga semua yang berada disitu.Serta-merta mata mereka menghala ke arahnya
"May" terus dia mendekati wanita itu sebelum memegang tangan Puan May
"Kenapa ni Hijla.Cakaplah.Aku risaulah"
naik risau dia apabila menunggu bibir wanita itu mengeluarkan ayat"Maafkan aku May.Anak aku.." ayatnya tersangkut.Susah pula mahu menyebutnya
"Kenapa dengan anak kau? Eh jap mana Nafiyah, Hijla?"
"Nafiyah dah lari May" ucapnya sambil
menutup mata.Air mata sudah bergenang.Jantungnya bagai mahu meletup sudah"Huh?!! Apa yang kau cakap ni.Kau jangan main-main Hijla.Kenapa pula dia nak lari?? Tetamu dah ramai tahu tak!"
"Ya allah May.Aku tak tipu.Aku pun terkejut lagi ni"
"Ya allah,bangg.Macam mana nii" soal May kepada suaminya yang sudah terkaku di sebelahnya
"Riy" terus wajah papa dia pandang
"Ye pa"
"Ikut papa pergi tengok tetamu"
YOU ARE READING
DIA ATAU AKU?
Romance-SLOW UPDATE!!!!⚠️⚠️ -Maaf kerna aku tak cinta- Cinta yang tidak kesampaian,itulah cinta seorang perempuan yang bernama Al-Anshariyyah Dia jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sebenarnya bakal abang iparnya,namun dia tahu dia tidak akan pernah dap...