bab 2

6 1 0
                                    

~10 tahun kemudian~

   Dari kejauhan puan Marina dapat melihat anaknya yang sedang menulis sesuatu dibuku catatannya itu. Itu sudah tentu kerja rumah yang diberikan oleh tutornya kepada anak gadisnya itu. Sedang ralit Rose menulis sesuatu di bukunya itu kepalanya kemudiannya diangkat memandang wajah ibunya. Dia seperti dapat menjangka yang ibunya sedang tekun memandang wajahnya. Rose hanya memandang kosong sahaja ibunya lantas menyambung kembali penulisannya di atas buku catatannya itu. Usai selesai semua kerja rumahnya dia terus mengangkat bukunya lalu dibawa ke tingkat atas dimana biliknya terletak.

  Puan Marina hanya memandang sahaja pemergian anaknya itu. Masuk tahun ni sudah beberapa orang tutor harus diganti semuanya atas alasan yang sama iaitu mereka tidak 'berasa serasi' dengan Rose. Jawapan yang dilontarkan oleh mereka kadangkala membuatkan hati Nurani seorang ibu berkecai kerana mereka seakan-akan ingin menyatakan bahawa anaknya itu seakan-akan membawa nasib malang.

  Deruman enjin yang kedengaran di parkir kereta rumahnya itu menyentakkan lamunan puan Marina. Deruman tersebut sudah tentu menandakan bahawa sang suaminya itu telah pulang bekerja. Puan Marina terus menuju ke pintu utama banglonya untuk menyambut kepulangan suaminya itu.

   Encik Rafael masuk dengan mengucapkan salam kepada isi rumah banglo tersebut sebelum bibirnya melabuh di pipi sang isteri. "Mana Rose?" Tanya Encik Rafael kepada sang isteri.

   "Dekat atas... Abang saya rasa apa kata kalau kita hantar Rose pergi sekolah pulak abang. Lagipun saya tengok Rose tu dah boleh dah bergaul dengan orang." Ujar Puan Marina tanpa acuh sambil membuntuti langkah suaminya ke dapur.

   "Why? Si Aliya tu nak berhenti pulak ke?" Tanya encik Rafael mengenai tutor yang diupah mereka itu.

   "Tak adalah lagipun umur rose macam ni dia dah boleh dah bergaul dengan orang ramai bukan duduk terperap dekat rumah je. Dahlah rumah kita ni jauh dari orang ramai, kalau tak dengan kita berdua dengan siapa lagi si Rose tu nak berborak!" Ucap puan Marina lagi seakan-akan tidak berpuas hati dengan keputusan mereka suatu ketika dahulu yang seperti mengurung anaknya itu di dalam rumah.

   "Tch, berborak? Ada ke Rose berborak dengan kita macam budak normal? Sepatah tanya sepatahlah jawab!" Pedas sindiran Encik Rafael kepada isterinya itu.

   Puan Marina berasa tertampar dengan apa yang baru dikatakan oleh suaminya itu. Sampai hati Rafael mengatakan sebegitu kepada Rose, itu anak mereka dan  bukannya orang luar!

   "Dahlah sayang, tak payahlah nak fikir sangat pasal hal ni I rasa upah tutor suruh ajar anak kita tu pun dah dikira bagus, lagipun bukannya kita abaikan dia pun. Kita bagi dia pendidikan, tempat tinggal and semua kelengkapanlah! Dah tak payah nak fikirkan sangat. Sekarang ni I penat I nak naik atas nak mandi okay" encik Rafael kemudian berpaling untuk ke tingkat atas banglonya itu. Belum sempat dia berbuat demikian matanya terhenti pada susuk tubuh Rose yang berdiri beberapa langkah darinya itu.

   Rose hanya berdiri tegak sahaja di hadapannya tanpa sepatah kata. Senyuman manis dihadiahkan kepada papanya itu. Puan Marina yang melihat situasi tersebut agak terkejut. Adakah perbualan mereka itu didengari anaknya itu bisik hati Puan Marina.

   Rose kemudian berjalan ke meja bar dapurnya itu lantas gelas dicapai dan se jug air putih diambil. Air putih tersebut kemudian dituang ke dalam gelas tersebut sambil menghumming lagu cake daripada Melanie Martinez yang merupakan lagu kesukaannya.

    "Why papa berdiri dekat situ? sinilah maybe we a family can having a NORMAL TALK like others!" Ucap Rose sambil menunjukkan tempat duduk yang bertentangan dengannya itu.

    Puan Marina memandang wajah suaminya yang turut terkejut dengan apa yang baru diucapkan oleh anaknya itu. 'normal talk'. Itu sudah tentu Rose dapat mendengar apa yang mereka bincangkan itu tadi. Tanpa menunggu lama Encik Rafael terus duduk dihadapan anaknya itu. Walaupun timbul sedikit rasa tidak selesa dengan lirikan anak matanya itu tapi dia gagahkan jua dirinya itu. Rose anaknya mengapa dia perlu takut?

    "Papa dengan mama dah boleh hantar Rose pergi sekolah macam budak lain. Mama pun setujukan?" Ucap Rose melulu. Anak mata ibunya dipandang lama.

   Puan Marina yang namanya dipetik itu sedikit terkejut tambah lagi dengan lirikan tajam mata anaknya itu. Hanya tertawa tawar. "Haaa... Mama fikir macam tulah.. lagipun Rose pun dah besarkan!"

   "Papa pulak setuju?" Lirikan mata Rose kemudian beralih ke mata papanya.

   "Well if it's good for you I don't mind. Why not!" Ucap encik Rafael sambil matanya memandang wajah isterinya di sebelah.

    "So I think minggu depan Rose dah boleh sekolahkan?" Tanya Rose seraya bangun dari duduknya itu.

    "Why minggu depan?" Tanya puan Marina dan encik Rafael serentak.

     "Why not?" Soalan berbalas soalan. Rose kemudian berlalu ke tingkat atas sambil mulutnya menghumming lagu kesukaannya itu.

    Mereka berdua hanya mampu menatap wajah satu sama lain sahaja. Mereka tak tahu apa yang sedang difikirkan anaknya itu.

  

Unrequited Love Where stories live. Discover now