Bab 22

122 8 0
                                    

"PENGANTIN baru ini, kenapa tiba-tiba muncul dekat sini? Gaduh dengan suami ke?" Alisya menyapa sambil membawa segelas teh O sejuk untuk Haania. Dia sudah masak benar dengan kegemaran Haania yang gemar minum minuman berais itu, tidak berapa gemar dengan minuman panas.

Haania tersenyum kemudian mencicip sedikit minuman tersebut.

"Aku dengar kau tak pergi sekolah semalam. Kenapa? Tak sihat ke?" Mereka tidak mengajar di sekolah yang sama, jadi maklumat yang Alisya dapat adalah daripada rakan mereka berdua yang ditempatkan di sekolah yang sama dengan Haania. Terkejut juga dia apabila rakannya itu memberitahu bahawa Haania tidak datang kerja. Jarang-jarang berlaku. Sakit ke?

"Bukan aku yang tak sihat, tapi Khalish," jawab Haania sambil meletakkan gelasnya kembali di atas meja. Matanya melilau memandang sekeliling ruang tamu rumah sewa tersebut, merasakan kerinduan yang tiba-tiba muncul terhadap tempat yang pernah begitu akrab dengannya.

"Oh, kau jaga dia lah ni. Ala, sweetnya kawan aku ni semenjak dah jadi isteri orang." Alisya mula mengusik. Lebih kepada seronok sebenarnya. Rasa gembira apabila melihat kehidupan Haania sekarang. Sudah bersuami, mesti bahagia. Syukurlah.

Haania sekadar tersenyum tipis. "Al." Kali ini, nada yang digunakan agak serius, membuatkan senyuman Alisya terus mati.

"Kenapa suara kau macam serius sangat bunyi tu? Sorry kalau kau tak suka. Aku cuma nak bergurau aje..."

Mendengarkan pengakuan maaf itu, pantas Haania gelengkan kepala. Tidak mahu Alisya tersalah sangka. "Eh, bukan. Aku cuma nak tanya satu benda."

"Tanya apa? Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi demi kau, aku akan berpura-pura macam diri ni dah berpengalaman." Alisya mula rapatkan jarak di antara mereka berdua. Bersiap-sedia menadah telinga bagi mendengar segala keluh kesah rakannya itu.

"Khalish pernah bertunang." Fakta yang satu itu diceritakan terlebih dahulu. Jelas riak terkejut terpapar di roman muka Alisya.

"Kenapa diorang putus tunang?"

"Diorang 'terpaksa' putus." Perkataan terpaksa itu ditekankan.

"Eh? Kenapa pula? Family matters?"

"She passed away and that is why I emphasise the word 'terpaksa'." Jawapan Haania itu membuatkan Alisya tergamam. Wajah Haania dipandang.

"And aku tak tahulah kenapa tapi aku perasan, setiap kali orang yang kenal Khalish, bila diorang nampak aku, mesti diorang akan sebut nama Qalissa, which is arwah tunang dia," sambung Haania lagi. Alisya pula kekal diam, masih lagi menanti cerita penuh dari Haania.

"And semalam time dah nak tidur, dia ada terjaga sekejap, tapi mata dia buka separuh aje and the first thing that he said when he partially woke up is that by calling her name, and kau nak tahu apa yang dia cakap?" Haania menggantungkan ayatnya. Alisya sekadar mengangguk.

"Qalissa, kenapa you tinggalkan I? I sayangkan you sangat-sangat." Suaranya bergetar halus tatkala menuturkan sebaris ayat tersebut. Terasa seperti ada sembilu yang menghiris hatinya. Dia tahu lelaki itu sekarang sudah selamat menjadi suaminya, tetapi, hati isteri mana yang tidak terdera apabila nama wanita lain meniti di bibir suami, walaupun mata Khalish memandang tepat ke arahnya?

"Allah..." Nama Agung itu meluncur keluar dari bibir Alisya. Terkejut.

"Kau pernah tengok tak gambar arwah tunang dia?" tanya Alisya pula. Haania menggelengkan kepalanya.

"And that is why lepas ni aku nak singgah rumah mama. Aku nak tahu kalau mama ada simpan ke tak lagi gambar dia. I need some confirmation. Is the reason why people keep calling me with that name sebab muka kami sama or what."

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now