Pengorbanan-1-

829 22 1
                                    

"Aku terima nikah, Puteri Aifa Qisrisya Binti Zarul Adam dengan mas kahwin seutas rantai tunai..."
Dengan lafaz ini, Aifa sah menjadi isteri kepada Kheairil. Aifa buntu. Namun, apa yang dibuatnya hanya memenuhkan impian mama dan papa. Keluarga mertuanya. Mama Kheairil berkenan untuk mengambil Aifa sebagai menantu. Perkara itu dipersetujui oleh keluarga Aifa. Dengan berat hati Aifa terpaksa akur. Kheairil berang dengan tindakan drastik mamanya. 'Pandai-pandai jer pinangkan minah ni untuk aku' desis hatinya. Ya, 'kahwin terpaksa'. Datin Marlia berkenan dengan Aifa kerana insiden yang Kheairil sendiri cipta. Tetapi puncanya salah Aifa. Salahnya juga kerana memarahi Aifa yang tertumpahkan air mocha keatas baju Kheairil. Semenjak itulah Datin Marlia berkenan dengan Aifa yang berlagak tenang dihadapan orang ramai. Walaupun dicaci dan dimaki Kheairil.
*FLASHBACK*
"Mama tak kira, kamu dah malukan budak tu depan orang ramai. Mama nak kamu nikah dengan dia hujung tahun ni." marah Datin Marlia.
"Hahahaha! you kidding right?" Kheairil ketawa sinis.
"Nope, Khe! Mama nak kamu dua orang nikah jugak. Mama tak kira. Kamu putuskan hubungan kamu dengan Kirana. Mama tak suka dia. Tergedik sana sini. Budak tadi tu Mama tengok bagus tak macam Kirana. Tak tahu malu."Datin Marlia membuntangkan mata terhadap Kheairil.
Kheairil terkedu. Akur dengan permintaan Mamanya.

_______________

Sanak saudara sudah pulang ke pangkuan masing-masing. Yang tinggal hanya keluarga Aifa dan keluarga Kheairil. Ayah dan ibu Aifa sudah mahu pulang. Ibu Aifa sedih kerana harus meninggalkan anak kesayangannya itu. Dia sudah menjadi milik Kheairil.
"Aifa. Ingat pesan ibu. Jaga suami kamu elok-elok. Gunakan segala petua yang ibu ajar. Syurga dibawah telapak kaki suami nak. Jangan sesekali tinggikan suara terhadap suami." pesan Iffah lalu mengucup dahi Aifa.
"Baik ibu. Aifa ingat pesan ibu." matanya sudah berkaca kerana harus berpisah dengan ibu.
"Dah dah. Macam lah si Aifa ni taknak balik lagi dah. Ingat Khe, cuti nanti baliklah ke rumah ayah. Kita makan-makan keluarga." Zarul masuk campur ketika lihat anak bininya sudah berasmaradana.
"Baik Yah. Nanti Khe bawa balik anak kesayangan ibu ayah ni. Pandailah Khe jaga dia ni. Kan sayang?" Kheairil merangkul pinggang Aifa ke sisi.
Aifa senyum sinis. 'dah kenapa dia ni. Ingat sweet. Pandai betul berlakon. Erghh' marah Aifa didalam hati.
" Haiiii.... Khe. Tak sabar nampak gayanya tu. Rileks lah malam masih muda ni. korang kenal lah dulu." Sahut Iltizam. Abang kepada Aifa.
Semua disitu ketawa berdekah-dekah apabila melihat Aifa yang sudah tersipu-sipu malu. Dah seakan anak kucing.

________________

Suasana hening yang sejuk telah memecah masuk kedalam ruang bilik Aifa dan Kheairil. Kheairil sedang menonton televisyen di bawah. Aifa pula berada diatas untuk menyiapkan diri. Maklumlah sudah berkahwin. Kenalah cantik untuk sang Suami.
"Dia ada kat bawah. Baik aku mandi sekarang. Taklah bertembung nanti. Heheheh" Aifa bermonolog seorang diri.
Selesai mandi, Aifa keluar dari balik air di dalam biliknya itu. Dia hanya memakai tuala separas peha. Tuala itu hanya menutup bahagian dada hingga lutut.
" Arghhhhhhhhh!" Jerit Aifa apabila ternampak Kheairil dihadapannya.
"Woi. kau dah kenapa? Jerit malam buta mcm ni. Aku tumbuk kau kang."marah Kheairil.
Aifa segera berlari ke dalam bilik air. "Bila masa awak masuk? bukan awak kat bawah ke? " tanya Aifa kehairanan.
Kheairil hanya membisu.
"Awak. tolong amekkan baju dan seluar saya kat atas katil tu. Saya sejuk duduk dalam ni."
"Kenapa? kau dah takde kaki nak amek sendiri?" Marah Kheairil.
"Saya keluar awak pejam mata boleh. Awak jangan tengok. Saya pakai tuala jer ni." Rayu Aifa.
Tapi tiada tanda seperti Kheairil di luar.
Aifa segera keluar mendapatkan bajunya diatas katil. Tiba-tiba, Aifa terasa hangat sesuatu di pinggangnya. Khe!
Kheairil menutup mulut Aifa. "Kalau kau nak selamat kau diam. " Arah Kheairil.
"Mulai harini, aku nak kau patuh cakap aku. Kau isteri aku. Kau jangan sesekali derhaka dengan aku. Lagi satu, kalau kita depan mama papa dan ibu ayah, aku nak kau berlakon mesra dengan aku. kalau tak kau takkan selamat."Kheairil menjegil matanya ke arah Aifa.
'Ya. Suci murni wajah suami aku. Tinggi lampai. Rambut ala-ala Izue Islam. Patutlah banyak orang minat' Hati Aifa berkata.
"Habis, kenapa awak setuju nikah dengan saya? Sebab Mama? Saya dah agak dari awal. Awak memang tak pernah sukakan saya." Rintih hati Aifa. Terkecil hati dengan perbuatan suaminya itu.
"Hahahahhaha! Yas! memang aku nikah dengan kau sebab Mama. Hei perempuan! Kau sedar diri sikit. Kau tak layak dengan aku. Kau tak setanding lansung dengan girlfriend aku Kirana. Kau tu ketinggalan zaman. Tak habis dengan jeans, kemeja dan shawl instant kau tu. Tak trending lansung. Tengok girlfriend aku seksi, vogue dan cantik. Tak macam kau kampung! Aku pun tak paham dengan Mama. Apesal lah berkenan sangat dengan kau!" Hina Kheairil terhadap Aifa.
" Sampai hati awak cakap macam tu. Saya pun tak mintak nikah dengan awak. Saya hanya turut permintaan family awak. Saya pakai macam ni at least saya tutup aurat saya untuk awak. Saya tak sanggup tengok suami saya kena seksa di padang masyar nanti." Kolam air mata Aifa sudah penuh. Bila-bila masa sahaja boleh tumpah.
Aifa terus berlari dengan bajunya ke dalam bilik air. Aifa terduduk dan dia menangis semahu mahunya.

PengorbananWhere stories live. Discover now