"Rose pergi mana semalam? Sampai lewat malam pulak baru kamu balik?" Tanya puan Marina yang sedang menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga itu. Semangkuk nasi goreng diletakkan di atas meja makan. Pinggan yang telah tersedia di atas meja itu diambil lalu dituangkan sesenduk nasi ke dalam pinggan anak gadisnya itu. "Cukup?" Tanya Puan Marina sebelum menghulurkan sepinggan nasi tersebut kepada anaknya itu. Rose hanya mengangguk sahaja sebelum menggapai pinggan tersebut.
"Rose pergi jalan-jalan je. Sorrylah kalau Rose risaukan mama" ucap Rose sambil menyuap sesuap nasi ke dalam mulutnya. Puan Marina tersenyum memandang anak gadisnya itu. Kalau dulu susah sungguh nak dengar anaknya bersuara tapi kini anaknya mula berbual walaupun sedikit.
"Rose nak mama bekalkan apa-apa ke untuk Rose? Nasi goreng nak bawak pergi sekolah tak?" Tanya Puan Marina ingin bangun dari tempat duduknya itu.
Derapan kaki kedengaran menuruni anak tangga. Semua mata memandang ke arah anak tangga itu dimana bunyi tersebut datang. Walaupun mereka semua tahu siapa yang sedang menuruni anak tangga tersebut tetapi mata mereka tetap terhala ke arah anak tangga itu. Encik Rafael yang baru sahaja turun dari anak tangga tersebut berhenti sebentar. Matanya pelik memandang suasana meja makan itu.
"Why? Am I spoil the mood?" Tanya Encik Rafael pelik.
Puan Marina tersenyum sambil menggeleng memandang suaminya itu. "Sinilah kita sarapan sama-sama. Cukupkan tiga orang dekat sini" ucap puan Marina sambil menunjuk ke arah kerusi kosong di meja makan itu.
Tanpa menunggu masa Encik Rafael terus melangkah menuju ke meja makan tersebut sambil membetulkan tali lehernya itu. Rose yang berada di meja makan tersebut dipandang sekilas seraya menghadiahkan senyuman buat anaknya itu. Cantik sahaja anaknya tika ini dengan pemakaian seragam sekolahnya itu
"Rose pergi mana semalam?" Tanya Encik Rafael sambil menuang air nescafe ke dalam mug yang telah tersedia itu.
"Dia pergi jalan-jalan" ucap Puan Marina mewakili anaknya itu seraya mengambil tempat di sebelah anak gadisnya.
"Abistuu barang yang Rose nak beli tu ada tak?" Tanya Encik Rafael lagi.
Rose hanya mengangguk sahaja. Key chain yang tergantung pada bag sekolahnya itu ditunjukkan kepada Encik Rafael. Encik Rafael dan Puan Marina tertawa kecil melihat gelagat anaknya itu.
"Lah... Key chain je, papa ingatkan apalah tadi yang Rose nak beli tu" ujar Encik Rafael sambil memandang wajah bersih anaknya itu.
"Rose dah cakap dengan papa semalam barang tu tak adalah penting sangat cuma saja je rose nak beli" ucap Rose sambil menghirup air nescafe di dalam cawannya itu.
Melihat gelagat anaknya yang ingin bangun itu, Encik Rafael turut sama bangun. "Biar papa hantarkan Rose pergi sekolah. Semua barang dah lengkapkan, tak ada yang tertinggal kan?" Tanya Encik Rafael prihatin. Sejujurnya itulah impian lelaki tersebut untuk melihat anaknya bergegas ke sekolah sama seperti orang lain. Hidup normal seperti tiada apa yang berlaku.
Rose hanya mengangguk sahaja. Usai bersalaman dengan ibunya dia terus melangkah keluar menuju ke kereta Encik Rafael.
Perjalanan mereka ke sekolah tidaklah jauh mana hanya 10 minit sahaja menaiki kereta. Cuma Encik Rafael yang ingin menghantar Rose ke sekolah atas alasan waktu pagi banyak kenderaan lalu lalang jadi risau kalau apa-apa berlaku pada anaknya itu.
Suasana di dalam kereta senyap sahaja hanya ditemani suara-suara di corong radio sahaja. Suasana itu berlanjutan hinggalah kereta Encik Rafael berhenti di hadapan pintu gerbang sekolah menengah yang Rose bakal masuk kelak. Pukul 7.5 sudah mula ramai pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam sekolah itu takut jika lewat pengawas bertugas akan mencatat nama mereka dan diberikan kepada guru disiplin.
YOU ARE READING
Unrequited Love
Mystery / ThrillerRose Amanda - mempunyai nama yang cantik bak bunga sama seperti tuan badannya juga. kecantikan Rose menjadi buah mulut ramai orang. tetapi siapa sangka bunga yang cantik itu juga mampu menyakiti orang dengan durinya. - Dimata orang lain, Rose bagai...