13

20 6 1
                                    

Deringan telefon tidak dijawab walau berkali-kali Aisyah membuat panggilan tersebut. Geram dibuatnya. Takkan lah Irdina langsung tak nak menjawab panggilannya? Bukannya beza jam antara Malaysia dan Sydney berpuluh-puluh jam. Beza dua jam je pun, takkan lah Irdina dah tidur dibuai mimpi?

Panggilan dibuat lagi. Dia tak nak mengalah. Firasat Aisyah kuat mengatakan bahawa Irdina ada kena mengena dengan kejadian dia dirogol oleh Hanif.

"The number you have dialed, cannot be reach at the moment. Please try again"

Mahu sahaja dia mencampakkan telefon ke dinding. Pasrah pula apabila Irdina liat ingin mengangkat panggilan telefon yang dia buat. Bingkai gambar ditatap, wajah Aathif tersenyum mesra saat mereka bergambar di Taman Tasik Titiwangsa membuatka air mata Aisyah bertakung.

Malam kelmarin, dia sudah cuba untuk menyimpan segala barang-barangan yang diberikan oleh Aathif ke dalam kotak simpanan. Kalau Hanif nampak, mahu dibakar semua barang-barang tu.

Seketika, dia teringat akan hadiah yang diberikan oleh Aathif semasa santapan mempelai tengahari tadi. Pantas dia bangun dan terus menyelongkar hadiah-hadiah yang disusun tidak jauh dari katil.

Sebuah kotak yang kemas dibalut dengan pembalut berwarna putih diangkat. Dalam banyak-banyak hadiah yang ada, kotak itu sahaja dibalut dengan pembalut hadiah berwarna putih.

Pembalut hadiah dibuka. Kotak yang berukiran nama Aisyah membuatkan jantungnya berdebar. Dibuka kotak itu dengan perlahan-lahan sebelum matanya berair. Terlihat segala macam surat, gambar polaroid dan sekuntum bunga yang sudah kering berada di dalam kotak yang diperbuat daripada kayu tersebut.

Satu persatu polaroid ditatap. Setiap polaroid yang dipegang oleh Aisyah jelas menunjukkan betapa bahagianya dia bersama Aathif suatu masa dahulu. Kenangan-kenangan manis bersama-sama lelaki itu laju sahaja bermain di layar fikiran.

7 tahun yang lalu....

"Aisyah sabar ye. Bersabar atas apa yang Allah dah tentukan untuk Aisyah dan ibu"

Aisyah tersedu-sedan menangis meratapi pemergian si ayah.  Pemergian Osman membuatkan hidupnya kosong. Si ayah lah yang selalu menemani dia tatkala dia tiada kawan untuk diajak main bersama. Si ayah juga lah yang selalu menghantar dan mengambil dia selepas tamat sesi persekolahan.

"Aisyah dah tak ada ayah!!"

Aisyah menjerit, menangis semahu-mahunya. Dugaan apa yang Tuhan berikan kepada dia, dia sendiri tidak tahu. Yang dia mengerti sekarang, dia sudah kehilangan seorang lelaki yang digelar ayah. Bukan dia sahaja, Asma juga kehilangan pasangan yang pernah hidup bersamanya dahulu.

Seminggu selepas kematian Osman, Aisyah menjadi seorang yang pendiam di sekolah. Pada waktu rehat juga, dia memilih untuk duduk di dalam kelas walau beratus kali diajak oleh Irdina untuk makan bersamanya di kantin.

"Kau pergi lah, aku nak duduk sini je"

Itu alasan yang selalu dia berikan kepada Irdina setiap kali menolak ajakan gadis itu.

Seharusnya setiap kali selepas rehat, Aisyah akan mengikut Wahida untuk meronda sekolah. Sudah menjadi rutin seorang Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Sekolah meronda di setiap kawasan sekolah untuk mencari pelajar-pelajar yang suka ponteng kelas.

Pelajar-pelajar tersebut akan dibawa ke bilik disiplin dan akan dikenakan denda sehingga waktu persekolahan tamat. Tak kira lah cuci tandas mahupun membersihkan satu sekolah, pelajar-pelajar ini tetap akan didenda. Namun, tidak pada hari ini. Dia mahu rehat. Merehatkan otak yang terlampau sakit.

"Aisyah?" panggilan seseorang dari pintu kelas menghentikan lamunan Aisyah.

Kelibat seorang lelaki berkemeja putih berdiri sambil memegang sebungkus makanan.

"Ye? Kalau ada masalah, jumpa guru disiplin," ujar Aisyah. Kepalanya diletakkan kembali di atas meja, mencuba untuk melelapkan mata.

"Tak. Bukan nak jumpa cikgu. Nak jumpa Aisyah sekejap, boleh ke?" Tanya pelajar lelaki itu lagi.

"Apa kau nak? Aku tak ada mood nak layan sesiapa sekarang ni," jawab Aisyah.

"Nak hantar ni je. Aku... Aku Aathif. Aku ada dengar yang ayah kau dah meninggal waktu..."

"Dah seminggu ayah aku meninggal. Kalau nak letak sumbangan, letak je dekat tabung surau. Tak payah nak datang-datang jumpa aku," pintas Aisyah.

Malas sebenarnya dia mahu berkomunikasi dengan sesiapa, lagi-lagi dengan stranger! Entah siapa-siapa mamat ni, dia pun tak tahu. Kenal pun tidak.

"Aku nak bagi ni. Aku ada perasan yang kau selalu lepak seorang-seorang dalam kelas," ujar Aathif. Dia mula mendekati. Bungkusan plastik diletakkan di atas meja bersebelahan dengan meja Aisyah.

"Aku tak nak, ambil balik. Tak payah nak buat baik dengan aku," tolak Aisyah. Tegas sahaja suara yang dilantunkan.

"Makanan ni dari kedai mak aku. Aku letak dekat sini. Kalau nak makan nanti, simpan elok-elok tau. Jangan lah kau buang pula," kata Aathif.

Aathif mula berjalan keluar meninggalkan Aisyah. Terdetik di hati untuk tidak meninggalkan gadis itu seorang diri. Namun, tidak baik pula jika berdua-duaan di tempat sunyi. Jadi, dia terus sahaja mengambil keputusan untuk bersembunyi di sebalik dinding.

Seketika, dia melihat Aisyah sedang melihat-lihat apa yang ada di dalam plastik tersebut. Tersenyum dia saat gadis itu mula membuka balutan nasi berlaukkan ayam masak sambal dan sedikit sayur-sayuran.

Pada saat itu, hatinya cair di saat melihat senyuman Aisyah. Gadis itu terlalu cantik di matanya. Anggun dan sopan sahaja di saat bertutur dengan yang lebih tua. Tak sabar pula rasanya dia mahu menceritakan kepada si ibu bahawa dia sudah bertemu di seorang bidadari yang mungkin boleh dijadikan isteri.

Kini...

Aisyah senyum. Terlalu banyak kenangan manis bersama-sama Aathif pada ketika itu. Jika mahu diceritakan satu persatu, mungkin seminggu pun tak cukup untuk menghabiskan cerita.

Ketukan di pintu mengejutkan Aisyah. Laju tangannya menyimpan semua barangan ke dalam kotak kayu itu dan disorokkan ke dalam almari pakaian.

Dia melihat cermin. Air mata dilap laju sebelum dia berjalan ke arah pintu. Asma yang berkerut memandang Aisyah jelas menunjukkan betapa banyaknya soalan yang perlu dia jawab.

Mana kan tidak. Hanif tidur di luar manakala dia pula tidur di dalam bilik seorang diri.

"Bawa kan selimut untuk Hanif. Dekat luar tu macam nak hujan. Nanti kena gigit nyamuk pula," arah Asma.

Aisyah mengangguk. Segera dia mengambil selimut baharu yang dilipat kemas dari dalam almari dan berjalan menuju ke Hanif. Kelihatan lelaki itu sudah nyenyak dibuai mimpi.

Tubuh Hanif diselimutkan. Angin sejuk di luar terasa sehingga ke tulang. Selepas memastikan semua tingkap ditutup, wanita itu terus masuk ke dalam bilik.

Dia perlu tidur. Tiada apa yang dia boleh lakukan sekarang. Baru hari pertama bergelar isteri, layanan Hanif terhadapnya membuatkan Aisyah takut.

Kalau tadi dia dicengkam kuat di pipi, apa lagi yang Hanif boleh lakukan untuk kepuasan diri sendiri?

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now