1- Seroja & Dia

80 14 2
                                    

Tiga tahun kemudian...

SEROJA membuat keputusan untuk menyiapkan pesanan yang sudah lama tertangguh. Lama tak lama juga, dalam seminggu macam tu. Dia tangguh masanya untuk menyiapkan pesanan ini dek kerana Puan Suhaila yang 'memaksanya' untuk pergi ke pusat terapi.

Seroja mengeluarkan pelbagai jenis pisau dan alatan lain yang bakal digunakan untuk menyiapkan ukiran dinding tempahan seorang datin. Sebelum itu, dia juga sempat menyarungkan sarung tangan berfabrik cotton di kedua-dua belah tangannya. Tidak lupa juga untuk memakai penutup mulut dan hidung dan cermin mata khas. Risau jika habuk daripada kayu yang bakal diukir akan masuk ke mana-mana rongga pada wajahnya.

"Mula-mula kita--".

"Baaa!!! Cahaya Seroja!!!".

"Mak kau!!!". Belum sempat Seroja memberi mukadimah untuk penonton-penonton ghaibnya, kawan baiknya terlebih dahulu datang secara mengejut daripada belakang. Nasib baik tak tercampak pisau ukir ni atas kepala si kawan. Kalau tidak, mahu tembus!

"Eee! Berapa kali aku cakap, jangan terkejutkan aku macam tu! Lagi-lagi time aku buat kerja ni. Kalau pisau ni tercucuk kepala kau lepastu tembus, siapa nak tanggung?". Bebel Seroja panjang lebar manakala teman baiknya hanya ketawa tak henti-henti. Apa yang lawak sangat pun tak tahu.

"Lek arh, Seroja. Aku saja nak gurau-gurau. Garang sangat lah kau ni". Wanita berusia 28 tahun bernama Iman Nasuha itu mengambil kerusi yang ada berdekatan lalu duduk bersebelahan dengan Seroja.

"Gurau lah sangat! Bahaya tahu tak?". Seroja masih tak habis lagi marah ni, si Iman tu masih boleh suruh Seroja tenang. Geram betul!

"Okay, okay. Aku minta maaf wahai Cahaya Seroja sayang".

Seroja lalu meletakkan pisah ukir yang dipegang dan dia berpaling ke arah Iman. Kaca mata keselamatan dan penutup hidung dan mulut dibuka sebentar. Nak bercakap dengan Iman kena buka mask. Kalau tidak, dia tak dengar. Iman kan pek--.

"Kau kenapa datang sini? Tak kerja ke hari ni? Tak ada kes?". Seroja menyoal rakan baiknya yang merupakan seorang peguam itu. Risau juga dia. Iman ni selalu sangat datang jenguk Seroja di kedai. Tak ada kerja ke budak ni?

"Aih, aku dah tak boleh datang ke sini ke?".

"Kalau mama bagi masuk tu, maknanya kau boleh datang lah. Tak sekarang ni, cuba jawab soalan-soalan aku tu dulu". Seroja membahasakan Puan Suhaila iaitu ibu kandungnya 'mama' kepada Iman kerana Iman memang sudah seperti anak kandung kepada mama dan papanya. Sejak daripada kecil lagi berkawan dengan Seroja. Pantang dipisahkan!

"Ish, yela-yela. Nak gurau sikit pun tak boleh. Aku datang sini sebenarnya nak ajak kau pergi PBAKL esok". Dengar sahaja akronim itu, terus cerah bercahaya mata seorang Cahaya Seroja. Dia suka PBAKL! Sejak daripada empat tahun lepas lagi dia nak pergi tetapi tak boleh. Banyak sangat hal menghalang! Termasuk lah...

"Serius la? Kau tak kerja ke esok?". Baru lah suara Seroja terdengar ceria sedikit daripada tadi. Senang kan nak buat Seroja ceria? Sebut saja apa-apa pasal buku, terus terbang rasa sedih atau marah yang dirasai oleh wanita itu.

"Ni aku baru habis menang kes tadi. Bos aku bagi aku cuti sehari. Sempat lah pergi PBAKL dengan kau". Makin lama, makin gembira Seroja dibuatnya. Dia bersyukur dikurniakan kawan seperti Iman ini. Iman tak suka buku seperti Seroja. Tapi wanita ini sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk Seroja. Asalkan Seroja bahagia.

"Okay, okay. Kita pergi esok!".

"Simpan sikit gembira kau tu sebab aku ada berita yang lagi menggembirakan nak bagitahu kau ni". Iman tersengih-sengih seperti kerang busuk seraya membaiki sedikit awning tudungnya yang agak ke depan itu. Stres sangat 'bergaduh' dalam court tadi.

CAHAYA SEROJA ||OGWhere stories live. Discover now