"I...IBU..." Wajah pucat itu dibasahi dengan keringat. Keira Elaine kembali memimpikan sosok ibunya yang meninggalkannya dalam alam lenanya.
Ceklek! Pintu bilik terbuka.
"Keira? Kenapa ni?" Seorang lelaki dengan pakaian santainya masuk dengan satu talam yang berisi semangkuk bubur dan air putih di tangannya.
"T...tuan Aaron? Saya dekat mana ni?" Keira menyoal dengan nada cemasnya.
Aaron meletakkan talam tersebut di atas meja sebelah katil dan melabuhkan punggungnya di tepi katil.
"Ni apartment saya. Lamanya awak tidur. Macam mana? Feeling better?" Tangan Aaron mengusap lembut kepala Keira. Tindakan spontan itu membuatkan Keira terpegun.
Gadis itu tidak pernah berhadapan dengan lelaki itu dalam jarak yang sangat dekat ini. Tambahan pula dengan tindakan Aaron yang mula menyentuhnya. Keira bemar-benar rasa janggal ketika berada dalam situasi ini.
"T...tuan, saya kena pergi. Kalau signor jum..."
"Shhh... Tak apa, sayang. You'll safe with me. Lagipun, this is my secret apartment. And Even tak tahu pun pasal tempat ni. Awak rehatlah dulu dekat sini sampai awak sembuh ya?" Renungan serta usapan lembut itu terasa sangat tulus di hati Keira.
Namun tetap sahaja, Keira enggan mempercayai sesiapapun lagi. Sudah dua kali dirinya dikecewakan oleh orang yang sangat dipercayainya.
"Saya ada buatkan bubur ni. Makan ya? Lepas tu makan ubat ni lepas tu rehatlah. Meh saya suap! Aaaaaa!" Aaron menghalakan sudu yang berisi bubur ayam tersebut ke arah mulut Keira.
Tetapi Keira tidak membuka mulutnya. Dia sempat meragui kebaikan Aaron kerana setelah perbualan mereka di dapur pada malam itu, Aaron mula tidak mengambil kesah terhadap dirinya.
Sekarang, mereka berakhir dengan saling berhadapan di antara satu sama lain di dalam bilik yang sunyi ini.
"Jangan risau. Saya tak letak racun pun, Keira. Tak apalah kalau aw..."
"Maaf, tuan. Saya tak fikir macam tu pun. Saya cuma...segan. Saya ni asyik menysahkan tuan je. Sepatutnya tuan tak perlu pun tolong saya. Siapalah saya ni kan? Cuma hamba naf..."
"Jangan gelar diri awak macam tu, Keira. Takkanlah saya nak biarkan awak basah kuyup dekat tapi jalan macam tu je? Macam mana kalau ada orang tiba-tiba nak serang awak? Musuh Even, mungkin? Awak ingat saya akan diam je? No. Saya bukan jenis lelaki yang sanggup biarkan orang yang saya sayang menderita," Renungan Aaron berubah sayu.
"Dah, buka mulut! Aaaaaaa!"
Tiada penolakan lagi daripada Keira. Akhirnya, Keira membuka mulutnya dan menerima suapan daripada Aaron.
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico...