Aryan duduk di pondok kayu. Mata Aryan langsung tidak berkedip. Lama Aryan termenung. Entah apa yang di fikirkan tapi ianya membuatkan diri nya menjadi resah, takut, marah.
"Abang!" Tersentak Aryan. Aryan memandang isterinya yang berada di hadapan nya. Sejak bila isterinya berdiri di hadapannya, dia tidak tahu.
"Kenapa sweetheart?" Aryan menarik lembut pergelangan tangan Naura. Di pangku nya Naura.
"Hey! Malu lah orang kampung tengok." Naura terus turun dari pangkuan Aryan dan duduk di sebelah Aryan.
"Pokok laici ni besar, Naura. Tak ada yang nampak kita dekat sini."
"Depan aje yang di pandang, belakang tak nak pula pandang."
Aryan menoleh ke belakang. Ada pokok bunga raya. Besar. Aryan memandang Naura pula. Terlakar sengihan nakal.
Naura yang melihat sengihan tersebut. Meremang bulu roma nya. Apa yang suami nya fikir. Wajahnya mencuba untuk tenang.
"Meremang semacam, kenapa?" Aryan bertanya dengan tenang. Dia dapat agak apa yang berada di fikiran Naura.
"Mana ada." Nafi Naura. Dia sudah tidak senang duduk.
Wajahnya mendekati cuping telinga isterinya. Bibirnya bergerak mengatakan sesuatu. Dan pastinya, membuatkan Naura malu.
Naura menolak kuat bahu suaminya. Naura turun dari pondok kayu dan terus berjalan laju ke dalam rumah. Naura tidak memandang kehadapan, melainkan dia memandang ke arah tanah.
"Tengok depan!" Jerit nya pada isterinya.
Terletus ketawa Aryan. Ketawa Aryan sampai di dengari oleh Puan Arina yang berada di jalan raya. Puan Arina terlihat membawa beberapa plastik besar.
"Amboi! Kemain dia punya ketawa tu.. dari jauh mama dengar ketawa kamu..." Masih kedengaran ketawa Aryan. Seronok sungguh!
"Hahahahaha... Syok betul sakat menantu kesayangan mama.." Aryan menyeka air mata nya. Penat ketawa! Naura pun lahai.. kena sakat sikit dah lari..
"Kamu ni! Suka betul lah sakat si Naura tu!"
"Rilek lah mama.. Ryan sakat sikit je.." dua jari nya yang di buat kecil di tunjukkan pada Puan Arina. Tersengih - sengih Aryan. Indah nya lahai..
"Ikut kamu lah Ryan. Kalau kena tidur dekat luar, jangan cari mama." Puan Arina mengangkat kedua tangan nya. Tanda menyerah.
"Eleh! Ryan ada cara sendiri lah.. mama apa tau." Lagaknya. Puan Arina ketawa kecil. Berlagak ya.. tunggu malam nanti, tidur luar tu.
"Ada yang lawak ke mama?"
"Tak ada lah.." kata nya dengan tawa.
"Mama masuk dulu lah. Kamu tu jangan lama - lama dekat luar."
Aryan mengangguk. Puan Arina berjalan, baru beberapa langkah. Puan Arina bersuara.
"Jangan lupa pujuk bini!" Puan Arina terus masuk ke dalam rumah.
Aryan menggeleng kepala. Tak lama kemudian Aryan juga turut masuk ke dalam rumah. Kelibat isterinya di cari.
Terpusing - pusing Aryan mencari keberadaan isterinya. Di bilik tiada. Jadi dimana isterinya?
"Cari apa tu, Ael." Soal nekma yang sedang menaiki tangga untuk ke ruang tamu depan.
Aryan menoleh ke arah nekma. Dia menggosok belakang tengkuk nya yang tidak gatal. Alahai.. mana bini aku ni..
"Isteri kamu ada dekat belakang. Nekma tengok tadi, macam dia baru habis nangis."
"Kenapa dengan Naura, nekma?" Soal nya dengan penuh kerisauan. Tak kan lah sebab tadi.
"Nekma tak nak kamu bergaduh nanti, lebih baik kamu tanya Naura sendiri." Aryan terus berjalan menuju ke dapur. Tidak ada satu perkataan pun yang keluar dari mulutnya.
Wajah bengis di tayang.
"Papa.. Naura sakit.." gumam nya. Terlihat merah wajah Naura.
Naura teringat akan hal kejadian tadi. Betul ke aku ni mandul? Atau Aryan tak nak dekat aku? Naura terus menerus memikir hal yang tidak - tidak.
"Sakit dekat mana? Abang nak tengok." Naura terkejut. Dia menoleh ke sebelah kanan nya. Aryan.
Berair - air mata nya. Air mutiara nya mengalir membasahi pipi mulus itu. Tangisan nya mula kedengaran. Fikiran dia bercelaru. Dia rasa ingin marah pada Aryan. Namun Aryan tidak salah.
"Why are you crying, sweetheart?" Anak mata hazel itu lekat memandang wajah Aryan. Semakin laju air mata nya mengalir.
"Kalau sebab abang, abang minta maaf dekat sayang.." Naura menggeleng laju. Ini bukan salah suaminya!
"Kalau bukan abang, siapa? Tell me who. Abang tak boleh tengok isteri abang menangis macam ni.." Naura berdiam diri. Tapi air mata nya tetap mengalir. Sakit. Sakit sangat hati ni.
"Come. Peluk abang." Aryan menarik pinggang Naura. Naura dengan tenaga yang semakin berkurang, dia hanya membiarkan tubuh nya di peluk oleh Aryan.
"Hati abang sakit, bila tengok sweetheart macam ni.." suara itu menghentam gegendang telinganya.
Lama Aryan berdiam diri. Dia mahu Naura tenangkan diri nya. Dia tidak akan paksa isterinya untuk bercerita.
Tidak lagi kedengaran tangisan Naura. Aryan melihat wajah isterinya. Tidur. Patut lah senyap semacam.
Aryan dengan perlahan mengangkat tubuh kecil isterinya. Dia tidak mahu Naura terganggu. Kaki nya melangkah menuju ke bilik.
Tubuh Naura di letak atas tilam empuk. Tudung bawal yang tersarung di kepala Naura, di cabut. Stoking yang terpasang pada kaki Naura di cabut.
Aryan membuka baju t-shirt nya kerana kepanasan. Itu memang sudah menjadi kebiasan Aryan.
Aryan baringkan tubuhnya di sebelah Naura. Selimut yang bergambar Shin Chan itu di ambil, lalu di buka lipatan tersebut dan Aryan menutupi separuh badan Naura dengan selimut.
Rambut Naura yang terikat itu di buka oleh Aryan. Aryan mengemaskan sedikit rambut Naura.
"Penat sangat, sampai tertidur." Terbit senyuman kecil di bibir Aryan.
Aryan mengecup dahi isteri.
"Sleep well, sweetheart."
————
YOU ARE READING
ARYAN MIKAEL || OG
Romance"Saya Naura Kayla bersetuju untuk kahwin dengan Aryan Mikael" Ujar Naura dengan lembut. Dia sudah berfikir panjang. "Baiklah kalau macam tu, kamu berdua akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Jadi kamu Naura masih ada masa untuk study for your SP...