[WRITTEN ON 4 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
ZAYAN MELANGKAH KELUAR DARI pejabatnya, dia menaiki lif untuk ke lobby. Tiba di lobby, dia terdengar bunyi suara orang bergaduh. Zayan menoleh ke arah meja resepsi, dia melihat ada dua orang perempuan sedang bergaduh dengan penjaga resepsi itu.
"Panggil baby I sekarang!! I nak jumpa dia!!" Perempuan berambut pendek itu bersuara dengan nada yang tinggi. Berkerut wajah orang sekeliling yang mendengarnya kerana sakit telinga.
"Hello?! Baby you? Zayan tu boyfriend I tau! You ni siapa tiba-tiba nak datang claim dia baby you?!" Perempuan berambut panjang pula bersuara. Zayan mengecilkan matanya, dari jauh dia sudah dapat kenal siapa dua perempuan sedang bergaduh itu.
Zayan menepuk dahinya, itu adalah perempuan yang pernah mengoratnya beberapa bulan yang lalu dan dia pernah membawa kedua-dua perempuan itu keluar makan dengannya.
Zayan mahu berlalu pergi dari situ tetapi kakinya terhenti apabila dia terfikir dua perempuan tadi tidak akan berhenti datang ke syarikat milik keluarganya itu selagi mereka tidak tahu hal yang sebenar. Zayan sudah lama berhenti mainkan perasaan perempuan sejak dia fokus pada Talita.
Dengan keluhan yang berat, Zayan melangkah ke arah meja resepsi. Dua perempuan tadi sedar akan kehadiran Zayan, mereka lantas memaut lengan Zayan. Ditariknya Zayan ke kiri dan ke kanan berulang kali sambil berkata Zayan milik mereka.
Zayan pula sudah pening dan serabut.
"Sudah!" Zayan bersuara dengan nada cuba menahan amarah. Dia perempuan tadi berhenti tarik menarik. Zayan mengetap bibirnya dengan rasa serba salah.
"Look, aku rasa aku perlu jelaskan apa—"
"Betul tu baby, tell her that you're mine!" Perempuan berambut pendek itu memotong percakapan Zayan, lengan lelaki itu dipaut erat ke dadanya. Zayan mengusap dahinya apabila perempuan berambut panjang itu pula menarik lengannya sebelah lagi.
"Jangan nak perasan! Zayan ni milik aku!"
Kalau Zayan yang dulu pasti akan bangga dan suka dengan situasi sekarang kerana ada perempuan berebut mahukan dia tapi sekarang tidak lagi. Zayan cuma mahukan Talita seorang dan bukan orang lain.
"I said enough!" Zayan menepis kedua-dua tangan perempuan itu dari memegang lengannya. Zayan memandang dua perempuan itu bersilih ganti.
"First of all, aku nak minta maaf dekat korang berdua. Aku yang bersalah sebab dah mainkan hati korang. Mulai hari ini kita tak ada apa-apa hubungan lagi. Second of all, aku bukan milik korang. Last but not least, don't ever come here and make a scene like this! Sekali lagi aku minta maaf. Aku harap kita semua boleh move on. Please leave, now." Zayan bersuara dengan nada yang tegas, dua perempuan tadi kelihatan terkejut.
"But baby—"
"Tapi sayang—"
"Sudah, pergi balik." Zayan bersuara lagi sebelum menoleh dan berlalu pergi dari situ. Dua perempuan tadi memanggilnya tetapi dia tidak berpaling atau berhenti, Zayan ada satu misi iaitu mendapatkan hati Talita.
Jika dia harus tinggalkan dunia playboy yang dia cipta selama ini, dia sanggup asalkan Talita boleh jadi miliknya. Zayan ikhlas mahukan gadis itu. Talita adalah gadis yang luar biasa. And he wants her so bad.
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...