BLURB

17 0 0
                                    

Arissa Hafiya telah kehilangan ibu sebaik sahaja dilahirkan. Dua bulan kemudian, ayahnya juga pergi menghadap Ilahi. Tinggallah dia bersama neneknya. Hidup serba kekurangan membuatkan dia menjadi gadis yang kuat dan matang daripada usia. Kemiskinan tidak menghalang Arissa untuk menggenggam segulung ijazah dalam perniagaan keusahawanan.

Pelbagai peristiwa berlaku secara mendadak dalam hidupnya apabila dia dikahwinkan dengan seorang lelaki kaya dari Kuala Lumpur. Usia perkahwinannya tidak lama apabila sang suami dijemput Ilahi. Lebih malang lagi, nenek kesayangan meninggal pada hari yang sama. Akhirnya Arissa melangkah sendirian mencari bahagia.

Perkenalan dengan usahawan muda bernama Aryan membuka lembaran baharu dalam hidup Arissa.

“Awak kena buat pilihan.” -Arissa

“Apa pilihan yang saya ada?”-Aryan

“Kopi ni, awak pilihlah. Nak masukkan gula atau cinta saya? Dua-dua pun manis.” -Arissa

Masing-masing cuba menggapai bahagia. Namun… jalan menuju bahagia bukanlah semudah yang disangka. Ada harga mahal yang perlu mereka bayar.

Tak usah bicara tentang cinta,
kalau kau tak bersedia untuk kecewa,
bukan beerti cinta akhirnya derita,
cuma bahagia takkan hadir suka-suka.

KUPILIH BAHAGIAWhere stories live. Discover now