[WRITTEN ON 7 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
AMARA KELIHATAN TERUJA MEMILIH baju kahwinnya sambil meminta pendapat daripada pekerja butik itu. Dia mendengar pendapat daripada pekerja butik itu yang mana dilihat sesuai untuknya. Amara kalau boleh mahu baju yang simple sahaja tetapi nampak cantik. Dia suka pakaian yang ada manik-manik bersinar yang membuatkan orang tidak berkelip melihatnya.
Senyuman Amara mati apabila dia melihat Qaiser yang sedar duduk di kerusi sebelahnya itu seperti termenung dan tidak fokus dengan misi mereka keluar hari ini. Amara sengaja mengajak Qaiser keluar mencari baju nikah mereka hari ini memandangkan dia cuti.
Amara perasan sejak dia bertunang dengan Qaiser, lelaki itu semakin menjauh daripada dia tetapi Amara cuba berfikir positif dan menganggap lelaki itu sibuk bekerja. Amara cuba sedaya upaya untuk menepis fikiran negatif, dia tahu di alam pertunangan ada ujian berat atau ringan yang bakal datang.
Amara melihat Qaiser yang masih termenung, lelaki itu langsung tidak bergerak dan Amara yakin Qaiser tidak mendengar semua soalan atau pendapat daripada pekerja butik itu. Amara dihuni rasa kecewa tetapi dikawal riaknya supaya pekerja butik itu tidak berfikiran buruk.
"Abang Qai! Sinilah tengok collection baju nikah ni. Semua lawa," Amara sengaja menaikkan nada suaranya untuk mengejutkan Qaiser daripada lamunannya dan ianya berjaya. Qaiser tersentak dan seakan baru sedar dia di mana sekarang.
Qaiser memandang Amara dengan riak keliru sebelum dia memandang album di tangan Amara itu. Kini dia sedar dia di mana dan sedang buat apa. Qaiser berdehem kecil dan senyum kecil pada pekerja itu dan Amara.
"Amara pilih aje yang mana Amara suka. Abang ikut Amara." Ujar Qaiser dengan senyuman kecil, Amara memandang Qaiser dengan riak kecewa, dia senyum kecil dan mengangguk perlahan.
"Biasanya bakal pengantin lelaki memang cakap macam tu. Mereka akan beri sepenuhnya dekat bakal pengantin perempuan untuk pilihkan baju kahwin dan pelamin nanti." Pekerja butik itu bersuara dengan nada yang mesra, dia tidak sedar ketegangan antara Qaiser dan Amara.
Amara senyum palsu, dia mengangguk kecil.
"Kalau macam tu, saya nak cuba baju ini dan yang ini, ya." Amara tunjuk baju kahwin yang menarik perhatiannya. Pekerja itu mengangguk kecil dan berlalu mengambil baju itu. Amara memandang Qaiser, dia berdiri dari kerusi itu.
"Kalau abang sibuk, cakap aje. Amara boleh bawa mama temankan cari baju nikah kita." Amara terasa dengan Qaiser yang sepertinya tidak kisah mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Dia rasa Qaiser tidak bersemangat untuk berkahwin dengannya dan dia rasa dia seorang saja yang terhegeh-hegeh.
"Eh, kenapa cakap macam tu? Kan abang pernah cakap yang abang tak pernah sibuk untuk Amara." Qaiser cuba memujuk tunangnya itu.
"Amara rasa abang macam tak semangat nak buat persiapan nikah kita. Amara rasa macam abang semakin menjauh. Kenapa?" Amara cuba mengawal emosinya tetapi entah kenapa dia terlalu sensitif sekarang. Qaiser tersentak dengan kata-kata Amara.
Semakin menjauh?
"Apa yang Amara merepek ni? Abang—"
"Cik? Sila ikut saya," Pekerja tadi datang bersama baju nikah yang Amara pilih, Qaiser terdiam, tidak dapat menyambung ayatnya. Amara mengangguk kecil dan mengeluh perlahan sebelum mengikut pekerja tadi ke bilik persalinan.
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...