Bab 24 🔥

6.9K 243 13
                                    


Aaydan yang sedang rancak bermain video game terus tersentak apabila kedengaran pintu biliknya diketuk. Cis siapa yang kacau aku malam-malam ni!

Terus Aayden menanggalkan headphone dan menuju ke pintu bilik. Terpancar wajah sengih Nadhira setelah pintu di buka.

"Ye adik, nak apa? Angah tengah sibuk ni"

Nadhira menjuling mata ke atas lalu dengan tidak dijemput terus dia masuk dan duduk di sofa bilik abang keduanya.

"Adik ada sesuatu nak bagitahu angah" balas Nadhira. Dia menaikkan kaki dan bersila di atas sofa.

Aaydan menggeleng kepala lalu menutup pintu dan kembali duduk di hadapan gaming setnya. Dia memusingkan kerusi menghadap Nadhira.

"Now tell me, what is it?" soal Aaydan sambil memeluk tubuh.

Nadhira menggaru kepala yang tidak gatal tatkala memikirkan cara untuk memberitahu abangnya. Lupa pula nak bagitahu apa tadi.

"Angah kenal kan Fika? Kawan baik adik masa dekat sekolah menengah dulu"

Aaydan mengerut kening memikirkan gerangan yang bernama Fika itu. "Oh that girl, kenapa dengan dia?" balas Aaydan.

"Dia tinggal serumah dengan Inara" ujar Nadhira.

Aaydan mengeluh lalu merenung tajam Nadhira. "Adik, tolong cakap bagi habis boleh? Angah ni kekadang tak ada kesabaran juga tau".

Tersengih kambing Nadhira mendengar balasan daripada Aaydan. Sengaja dia mengusik kesabaran abangnya yang satu ini.

"Yelah ish takmenyabar. Fika bagitahu adik, Inara ada rancang nak letak racun dalam minuman kaklong" jelas Nadhira.

Terbeliak besar mata Aaydan terkejut dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Kepala hangguk dia nak racun kembar ipar aku!

"What the fishball?! Adik serius ke?" terus Aaydan bangun dan duduk di sebelah Nadhira di atas sofa.

Nadhira menjeling dengan hujung mata memandang abangnya. "Betul lah, itu apa yang Fika bagitahu adik. Sekarang ni macam mana angah? Kita kena bagitahu along ke?".

Aaydan menyandarkan badan dan mengetuk dagu seperti memikirkan sesuatu. "Angah rasa angah ada plan" kata Aaydan sambil tersenyum jahat.

Nadhira mengerut dahi dan kening ke arah Aaydan. "Apa plan angah?" tanya Nadhira.

Aaydan tersenyum jahat sambil mengangkat kening berkali-kali. "Just wait and see baby" balas Aaydan.

♾️🦋♾️

Aayden yang sedang menjaga buah hatinya tidur terus tersentak apabila mendengar telefon bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan masuk.

Terus dia menggapai telefon bimbit yang berada di atas meja bersebelahan katil. Berkerut kening melihat nama yang tertera di skrin. Aaydan call? Jarang-jarang ni.

Dia terus menjawab panggilan daripada Aaydan dan dengan perlahan-lahan Aayden turun dari katil. Dia membuka pintu balkoni dan mengambil tempat di kerusi di balkoni itu.

"Hm ada apa kau call aku malam malam ni? Tak ada kerja ke?" soal Aayden dengan nada malas.

Malas betul bila ada yang mengganggu waktu dia nak bermanja dengan isteri. Nasib Camelia sudah dijemput lena. Kalau tak memang tidak lah dia nak menjawab panggilan sesiapa.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now